CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Yoo Yeon Seok didakwa biadab terhadap pengawal keselamatan, bakal dikenakan tindakan undang-undang

26-3-2023 09:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 310| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Namapelakon Yoo Yeon Seok dilaporkan bersikap biadap terhadap pengawal keselamatan yang berkerja di pangsapuri kediamannya.Memetik Soompi, perkara itu dilaporkan oleh anak pengawal keselamatan berkena ...

Nama pelakon Yoo Yeon Seok dilaporkan bersikap biadap terhadap pengawal keselamatan yang berkerja di pangsapuri kediamannya.

Memetik Soompi, perkara itu dilaporkan oleh anak pengawal keselamatan berkenaan selepas bapanya menerima layanan buruk sehingga terpaksa berhenti kerja gara-gara tidak tahan dengan sikap aktor tersebut.

Bagaimanapun, pihak King Kong Entertainment menyangkal dakwaan tersebut malah beranggapan perkara itu adalah tuduhan tidak berasas dan bakal mengambil tindakan undang-undang.


"Selepas menyiasat lebih lanjut mengenai perkara ini dengan Yoo Yeon Seok, kami mengesahkan bahawa tuduhan itu tidak berasas. Kami bercadang untuk memfailkan saman kerana menyebarkan fitnah dan berita palsu.

"Kami telah mengupah peguam dan bersedia mengambil tindakan undang-undang," katanya.


Pihak agensi Yoo Yeon Seok juga meminta agar pihak berkenaan membuat permohonan maaf terbuka untuk membersihkan nama aktor berusia 38 tahun itu.

Susulan itu, individu yang dipercayai menyebarkan khabar angin tersebut tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka.

Malah dia mengaku cemburu dengan Yoo Yeon Seok yang semakin terkenal sejak kebelakangan ini sekali gus tidak menyangka perkara itu akan menjadi serius.

"Saya minta maaf kepada Yoo Yeon Seok, saya tak sangka perkara akan menjadi serius seperti ini. Saya akui saya cemburu dengan dirinya.

"Saya tidak pernah bertemu dengannya, tetapi saya fikir dia mesti seorang pelakon dengan personaliti yang baik dan penuh pertimbangan," ujarnya.

Walau bagaimanapun, pihak agensi bertegas untuk mengambil tindakan dan ketika ini kes berkenaan sedang dalam siasatan.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote swateng1 27-3-2023 09:51 AM
Yoo Yeon Seok didakwa biadab terhadap pengawal keselamatan, bakal dikenakan tindakan undang-undang

tajuk tu bagi betul2 sikit..tatabahasa ke laut dalam betul

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.045341 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top