CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ejen Insuran Menyamar Wanita 'Pancing' Budak Sekolah, Liwat Dan Rakam Video Por*o Dipenjara 33 Tahun

22-3-2023 08:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14960| Komen: 14

Description: Mahkamah Georgetown semalam menjatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan terhadap ejen insurans atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal serta merakam video por*ografi terhadap seoran ...
Mahkamah Georgetown semalam menjatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan terhadap ejen insurans atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal serta merakam video por*ografi terhadap seorang remaja lelaki, pada 2019.


Hakim Mazdi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas Ahmad Jalaludeen Rahumathulla, 36, didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan berkenaan tanpa sebarang keraguan dengan menimbangkan keseluruhan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama tertuduh didapati melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang pada ketika itu berusia 14 tahun dan belajar di sebuah sekolah menengah di sini.


Add Image Caption Here

AHMAD Jalaludeen yang memakai baju hitam dan menutup kepala dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual. FOTO Aminah Yusof

Menurut pertuduhan kedua dan ketiga, Ahmad Jalaludeen sekali lagi didakwa melakukan amang seksual fizikal selain membuat rakaman por*ografi terhadap remaja lelaki terbabit.

Semua perbuatan itu dilakukan di rumah tertuduh di Desa Mawar antara jam 1 tengah hari dan 3 petang sekitar bulan Disember 2019.

Bagi dua kesalahan melakukan amang seksual fizikal tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan rakaman por*ografi tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun, serta 14 sebatan untuk pertuduhan pertama dan kedua dengan tambahan hukuman penjara 15 tahun serta 10 sebatan bagi pertuduhan ketiga.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aimy Zainul Anwar manakala tertuduh diwakili peguam, V Parthipan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkuat kuasa semalam dan tidak membenarkan penangguhan hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia empat bulan mengemukakan tiga saksi manakala pihak pandakwaan menampilkan tujuh saksi sepanjang kes berjalan sejak 2020.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada mulanya menyamar sebagai wanita berkenalan dengan remaja itu melalui platform media sosial dan memancing mangsa supaya berkongsi gambar bogel miliknya sebelum mengugut remaja itu untuk menyebarkan foto berkenaan.

Kemudian, tertuduh menyamar sebagai individu lain yang kononnya berpura-pura mahu membantu mangsa menyelesaikan isu itu sebelum membawa remaja itu pulang ke rumahnya.

Dalam pertemuan itu, tertuduh melakukan amang seksual, meliwat dan melakukan perbuatan onani terhadap mangsa selain merakam aksi jijik berkenaan dan menyebarkannya kepada rakan mangsa di media sosial.

Kejadian itu terbongkar selepas rakan sekolah mangsa melihat video aksi tersebut yang hanya memaparkan wajah mangsa sebelum mamaklumkannya kepada pihak sekolah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 22-3-2023 09:02 PM
Padan muka.
Quote dani-rox 22-3-2023 10:08 PM
Ibu bapa sekalian, sila pantau aktiviti online anak masing2. Zaman sekarang tak mcm dulu ya, pedo dah boleh 'ceroboh masuk' rumah dan kacau anak2 korang. Dunia tanpa sempadan katanya, pedo pun senang2 grooming bawah hidung ibu bapa tanpa disedari.


[youtube]tjhGn6VcTiY[/youtube]

Quote syamzana 22-3-2023 11:04 PM
ko dah la liwat rakam bagai pastu ape motif sebarkan kat kwn bdk tu plak??
berdendam apa pedo s#"l l@-£;#t ni se#+r kat bdk tu???
sila mereput dlm penjara.
Quote primarikey 23-3-2023 12:09 AM
Rabak la montot ko dik kena sebat nt
Adan uker
Quote dua_chzy 23-3-2023 12:25 AM
Sebab tu akak benci gay pedobear.

Most gays are pedobears.
Quote Sazreena 23-3-2023 08:45 AM
Bersusun la libasan ekor pari kat bontot..mati pun xpe sbb ko dah pun bunuh jiwa budak tu.
Quote chandrahusin 23-3-2023 08:50 AM
Byk betul kerja kau kan
Menyamar jd pempuan
Menyamar nak membantu
Ada bini ada anak
Kau tolong bini jaga anak lagi ada paedah
Quote syaz_lina 23-3-2023 08:51 AM
nama ala2 ma.mak or abang.la or pakis.tan punya geng ni. memang gila sex ni, lengkap semua dia suruh bdk tu buat
Quote KamikuP 23-3-2023 09:26 AM
Jijiknya perangai ko moga disodom dalam jel
Quote biJOU.la 23-3-2023 12:59 PM
Ni kalau jel kat abroad xdan seminggu kat dlm Tu dah lunyai
Quote namieamuro 23-3-2023 01:28 PM
keji pnye jantan.
Quote tri-max 23-3-2023 01:30 PM
apsal tak apply masuk program Thai Hot Guy
rugi satu permata
Quote pekanwoohoo 23-3-2023 01:45 PM
Semoga kembali ke Rahmatullah.
Quote pooh~key 23-3-2023 01:48 PM
Mana videonya dek?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060899 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top