CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kaki Pukul Mati Ditembak Bapa Bekas Kekasih

22-3-2023 09:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13836| Komen: 1

Description: Lelaki maut ditembak bapa bekas kekasihnya selepas didakwa menyerang gadis itu di pangsapuri miliknya, Sabtu lalu.New York Post semalam melaporkan, polis bandar Gainesville bertindak balas terhadap sa ...
Lelaki maut ditembak bapa bekas kekasihnya selepas didakwa menyerang gadis itu di pangsapuri miliknya, Sabtu lalu.

New York Post semalam melaporkan, polis bandar Gainesville bertindak balas terhadap satu insiden pergaduhan domestik di sebuah blok apartmen dan mendapati bekas teman lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu berada dalam unit kediaman wanita berkenaan.


Lelaki itu dilaporkan menyerang wanita berkenaan secara fizikal, kata satu kenyataan polis.


Lokasi kejadian bapa tembak bekas teman lelaki anak perempuannya berlaku di Apartmen Polos, Florida pada Sabtu lalu. - Foto Google Maps

Bapa wanita tersebut dari Florida, Amerika Syarikat kemudian datang ke apartmen itu, selain bekas teman lelakinya juga kembali ke kediaman berkenaan pada masa sama, kata polis.

Bagaimanapun, bapa wanita itu melepaskan satu das tembakan menggunakan pistol yang mengenai dada bekas teman lelakinya sebelum mangsa melarikan diri.


Pegawai polis kemudian mengejar mangsa sebelum mendapati dia berada dalam keadaan cedera parah berhampiran keretanya.

Mangsa disahkan mati oleh anggota-anggota Perkhidmatan Perubatan Kecemasan walaupun terdapat usaha memberikan bantuan pernafasan kepadanya, kata pihak berkuasa. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 23-3-2023 08:42 AM
Ni je makan dia...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.310574 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top