CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Dan Meerqeen Di Set Baik-baik Je' - Anna Jobling

22-3-2023 06:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5927| Komen: 1

Description: Jika sebelum ini sering digosipkan bersama, terbaru muncul pula desas-desus Meerqen dan Anna Jobling saling bermasam muka.Aktres itu bagaimanapun tidak mahu ambil pusing mengenai dakwaan berkenaan.IGP ...
Jika sebelum ini sering digosipkan bersama, terbaru muncul pula desas-desus Meerqen dan Anna Jobling saling bermasam muka.

Aktres itu bagaimanapun tidak mahu ambil pusing mengenai dakwaan berkenaan.



IG

Pelakon taruh siri drama Melur Untuk Firdaus itu mengakui sesekali mereka ada berselisih pendapat sama seperti manusia yang lain. Namun, semuanya berakhir dengan perbincangan tanpa menarik muka.

“Orang cakap macam-macam mengenai kami. Kalau kami ada berbeza pendapat, saya dan Meerqeen akan bincang elok-elok. Ia bagi mengelakkan salah faham. Saya dan Meerqeen di set baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media tayangan drama Melur Untuk Firdaus musim kedua. 

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja drama Melur Untuk Firdaus yang pernah mencetuskan fenomena di sudah memasuki musim kedua, semakin hebat dan kuat pula harapan peminat agar Meerqeen dan Anna menjadi kekasih yang sebenar di dunia nyata sehingga ada yang mewujudkan sebuah tanda pagar khas buat mereka berdua. 


“Sebenarnya semua drama pun penonton akan kenenkan antara hero dan heroin drama itu.Tapi bila drama itu sudah tamat, penonton akan lupa. Bila kamu sudah berlakon dengan pasangan yang lain, mereka akan move on. Namun memandangkan kami sedang giat mempromosikan drama ini untuk musim kedua, maka saya dan Meerqeen akan dilihat kerab bersama-sama,” tambahnya.

Melangkah melebarkan kariernya untuk tahun ini, Anna mendedahkan sudah menerima banyak tawaran berlakon termasuk daripada negara jiran. Selepas lebaran, pelakon itu bakal membintangi sebuah naskhah daripada Indonesia yang belum didedahkan judulnya. 

IG

“Saya tengok apa tawaran yang diberikan dan kita akan rancang karier secara strategik bersama-sama pengurus saya.

“Melihat kejayaan anak Malaysia di luar negara  memberikan saya motivasi untuk berlakon. Kita ada banyak bakat tempatan yang tidak kurang hebatnya namun mereka belum cukup ruang untuk kehadapan. 

“Saya rasa ia satu peluang yang sangat untuk menembusi pasaran Indonesia. Sebelum ini memang saya ada dapat tawaran berlakon filem dan drama di sana tapi tidak dapat dipenuhi kerana bertindih dengan komitmen lain. Tapi lepas raya saya akan fokus dengan satu tawaran filem di Indonesia. Ia juga menjadi debut saya dalam filem,” katanya tersenyum.



Drama arahan Zamri Zakaria yang mengandungi 35 episod  ini menemui penonton menerusi slot Akasia pukul 7.00 malam. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-3-2023 06:36 PM
motippp nak bermasam muka? sesama lubuk peminat kot

lain la anna di gandingkan dengan dewi arak... confirm caprut jah muka masing2... silap2 ada sesi tarik wig sampai tercabut macam pinah jebat dan madu kat restoran sambil di lihat dek botoi kicap...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052778 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top