CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Alshad Ahmad Nikah Senyap-Senyap Sebab Bekas Kekasih Hamil 8 Bulan

22-3-2023 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6115| Komen: 8

Description: Dunia hiburan Indonesia pernah dihebohkan dengan berita selebriti media sosial Alshad Ahmad yang berkahwin hanya dalam tempoh dua bulan bersama bekas kekasihnya Nissa Asyifa.Kedua-dua mereka sebelum i ...
Dunia hiburan Indonesia pernah dihebohkan dengan berita selebriti media sosial Alshad Ahmad yang berkahwin hanya dalam tempoh dua bulan bersama bekas kekasihnya Nissa Asyifa.

Kedua-dua mereka sebelum ini tidak pernah mengumumkan tentang perkahwinan tersebut, namun rekod perceraian menunjukkan mereka secara rasmi sah bercerai pada hujung Disember tahun lalu.



IG

Lebih mengejutkan lagi, pasangan tersebut sebelum ini memilih jalan untuk bernikah secara senyap kerana ketika itu Nissa sedang hamil lapan bulan.

Menerusi laporan permohonan cerai yang dibuat Alshad yang juga sepupu kepada pengacara Raffi Ahmad, dia memilih untuk berpisah dengan Nissa kerana tiada persefahaman dan mengaku sering bertengkar.

"Alshad dan Nissa tidak sependapat dalam menjalani kehidupan rumah tangga. Alshad terpaksa menikahi Nissa kerana ketika itu dia sedang hamil lapan bulan.


"Alshad telah mencari jalan terbaik untuk memperbaiki rumah tangga mereka termasuk perbincangan bersama keluarga. Namun kesemuanya gagal mendapat jalan penyelesaian dan akhirnya mereka berpisah," dedah laporan tersebut.


Alshad kini bercinta dengan Tiara.

Kisah mereka berdua mula menjadi bualan hangat baru-baru ini apabila Nissa memuat naik gambar anaknya di laman sosial.

Di sebalik cerita tersebut, netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap kekasih Alshad iaitu Tiara Andini kerana menjalinkan hubungan cinta dengan Alshad ketika dia berstatus suami orang.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-3-2023 01:26 PM
Siapkaaaaahhh dia
Quote PULANGKAN 22-3-2023 01:58 PM
  who???

tak relevan

NEXT!
Quote sayurmayur88 22-3-2023 03:55 PM
apa ni ??? gosip seberang !
Quote prince_marhaen 22-3-2023 04:09 PM
yindon caprut mana nihhhhhhh
Quote OyenLemas 22-3-2023 06:06 PM
indon kaaa. tapi muka helokkk
Quote Whatsofunnyth 22-3-2023 06:25 PM
Iolss follow scandal ni sbb ramai kt tiktok pasal dia. Jan/feb he and ex buat anak. March dia start dating dgn tiara, sept kawen senyap2 dgn ex sbb dh preggie. Ironic sbb bulan sept tu, tiara (alshad gf) ada buat bday party and alshad &family dia dtg ke party tu

Gilee la. I know la anak muda skrg ni ramai yg lifestyle dia acah2 liberal tapi yg ni muka depa mcm budak2 baik sume
Quote hmmlantakko 22-3-2023 09:47 PM
whoryoussssss??!!! muka x siap yindon caprut mana nihhhh. acik porum berkata
Quote Nurkaseh01 30-3-2023 09:02 PM
Siapa kah jantan ini

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.239041 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top