CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak-Anak Pakai Alat Tulis Dan Baju Sekolah Lama- Golongan Ibu Bapa B40 Jimat Cermat Untuk Sambut Puasa Dan Raya

22-3-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6153| Komen: 27

Description: SEBERANG PERAI – Keba­nyakan ibu bapa daripada golo­ngan B40 di negeri ini menggunakan alat tulis dan pakaian sekolah lama untuk anak-anak mereka kerana gaji atau wang simpanan terpaksa dibahagikan ...

Foto: Kosmo

Rata-rata mengakui sesi persekolahan tahun ini agak kelam-­kabut kerana banyak perkara yang memerlukan perbelanjaan besar berlaku serentak atau berturut-turut.

Seorang peniaga makanan, Noor amira Amiruldin, 36, me­ngakui dia perlu berhati-hati dalam membuat bajet mini ­keluarganya ekoran perlu me­lakukan persiapan bagi sesi persekolahan 2023/2024 untuk tiga anaknya menyambut Ramadan dan persiapan raya.




Bagaimanapun, katanya, dia tetap memberikan yang terbaik untuk keselesaan anak-anaknya.

“Saya hanya belikan sepasang pakaian sekolah untuk mereka bersama kasut serta keperluan lain seperti alat tulis dan sebagainya. Itupun saya beli sejak awal tahun lagi bagi mengelakkan terguna wang yang telah diasingkan.

“Memang kena berjimat-cermat kali ini memandangkan saya terpaksa duit yang ada termasuk wang simpanan untuk ‘menampal’ mana yang lompong bagi ke­gunaan berniaga sepanjang Ramadan,” katanya kepada Kosmo!


Menurut Noor Amira, kenaikan harga peralatan serta kelengkapan sekolah termasuk buku-buku ketika ini membuatkan dia dan suami, Mohd. Zafril Asrudin, 37, terpaksa mengutamakan ke­perluan berbanding kehendak.

“Kami beli buku wajib dahulu seperti buku kerja dan sebagai­nya. Untuk buku latihan pula, jika buku lama masih boleh digunakan, kami akan guna. Alhamdu­lillah, anak-anak saya mema­hami,” ujarnya.

Sementara itu, seorang ibu tunggal dan juga peniaga kuih yang mahu dikenali sebagai Lina, 40, berkata, dia terpaksa mengutamakan pembelian buku untuk tiga anaknya selain memakai pakaian sekolah lama yang dibeli dengan saiz lebih besar tahun lalu.

“Anak-anak memahami kea­daan saya dan tidak langsung merungut untuk meminta pa­kaian sekolah baharu. Cukuplah dengan membuka semula jahitan pada kaki seluar dan kain serta tangan baju kurung sekolah.

“Saya perlu berjimat dan simpan duit modal membeli bara­ngan membuat kuih untuk dijual pada bulan Ramadan nanti,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-3-2023 11:14 AM
beli kat kedai dua hengget je la chuollsss..iollss slalu singgah kedai tu beli alat tulis
Quote rayna_raynes 22-3-2023 12:23 PM
iols pun tak beli lg untuk tahun ni, sebab dah beli bulan 11 haritu lepas dpt bonus. Nantilah lepas raya baru beli lagi yg baru
Quote white_musk 22-3-2023 12:35 PM
Hari Raya Pertama dan kedua nanti semua orang jadi T100
Quote krustykrab 22-3-2023 12:39 PM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?
Quote zuliana29 22-3-2023 12:41 PM
krustykrab replied at 22-3-2023 12:39 PM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?

sbb sedari dulu adanya bazaar ramadan huhu.. padahal boleh je masak & mkn mcm biasa
huhu

smlm g pasar tani, sesak betul.. weekend aritu g pasar borong pun sesak luar biasa. ramai yg mula beli brg2 basah utk stok mknn bulan puasa kot..
Quote bynroslan 22-3-2023 12:51 PM
krustykrab replied at 22-3-2023 04:39 AM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?

Bulan biasa makanan pun biasa-biasa je, tapi bulan puasa eh nak kena ada kuih pedas satu jenis kuih manis satu jenis, eh pastu nak kena ada air berperisa khatira, soya, tebu etc. Mungkin la mungkin.
Quote doridori_hi 22-3-2023 01:13 PM
Aku kalau ada duit lebih, beli siap2 lah .. seketul dua, takde nk kalut ujung2 , bersesak2...
Quote Kitty_catz 22-3-2023 01:24 PM
abesstu dah biforti

takkan nak spend mcm emforti pulekkk

ayoooo
Quote Samerosie 22-3-2023 01:34 PM
So far, inilah news yg interview parents yg bg jawapan rational.  Yg lepas2 semua mengeluh kisah semua tak cukup, nak keluar duit epf la etc.  Adakah yg semua serba serbi tak cukup tu parents M40?
Quote Samerosie 22-3-2023 01:35 PM
krustykrab replied at 22-3-2023 12:39 PM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?

Maybe sebab dia nak kumpul modal untuk berniaga kut.
Quote green~tea 22-3-2023 01:36 PM
krustykrab replied at 22-3-2023 12:39 PM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?

Beli groceries kot.. sbb banyak nak masak kat rumah
Quote krustykrab 22-3-2023 01:58 PM
green~tea replied at 22-3-2023 01:36 PM
Beli groceries kot.. sbb banyak nak masak kat rumah

Patutnya kurang la ...biasa melantak 5-6 kali sehari..ni kan 2 kali je, kalau gi surau masjid, byk jimat kat situ.
Ni sb nafsu syaitan, gi bazar beli itu ini mcm setahun tk makan.
Quote krustykrab 22-3-2023 02:00 PM
Samerosie replied at 22-3-2023 01:35 PM
Maybe sebab dia nak kumpul modal untuk berniaga kut.

Kalau nk niaga logik la..tp kalau nk spend itu ini kt bazar tu, maleh la nk kesian
Quote hashashes 22-3-2023 02:53 PM
Memang patut nya gitu lah, mana yang elok pakai je lagi. Kau kalau sustain perangai berjimat dan tak membazir kak, InsyaAllah rezeki lagi berkat lah so memang sume akan rasa cukup

Bukannya asal ada duit je semua nak tukar baru.
Quote sufi^_^ 22-3-2023 03:14 PM
kenapa tak jimat yang bab ramadan & raya jugak kalau betul2 sesak?

keperluan sangat ke bab2 makan mentekedarah time bulan puasa ni? Bukan ke patutnya lagi jimat sebab kurang makan?

Raya wajib ke berhabis pecah tempayan atas nama nak beraya?

Quote sufi^_^ 22-3-2023 03:16 PM
Salah satu tujuan puasa nak menghayati kehidupan fakir miskin yang susah nak dapat makanan, apa lagi nak makan sedap, nak belajar empati gitu.

Kita dah lama beat the purpose.

Asal bulan ramadan, fokus utamanya makan, makan, makan. Siap ada menu sahur sebulan pekejadah. Patutlah susah nak jumpa yang berjaya kurus lepas sebulan berpuasa.
Quote ifanonline 22-3-2023 03:19 PM
its time that malaysians kena ubah lifestyle, especially B40 dan M40...keperluan2 lain mcm astro, merokok, vape, makan luar, etc perlu dihentikan segera...kena ada some form of prioritize dr segi spending...

kurangkan bil internet, pakai prepaid, pakaian jgn asyik beli yg baru shj, beli bundle, etc...

negara2 di eropah pun banyak meningkat golongan miskin mereka...so belah2 asia ni kena sedor diri skit...
Quote Nnasda53 22-3-2023 03:20 PM
Iols paling suka bulan ramadhan,bulan yg paling menjimatkan.
Bijak la berbelanja.
Kalau boleh beza keperluan dan kehendak InsyaAllah.
Quote Nnasda53 22-3-2023 03:22 PM
krustykrab replied at 22-3-2023 12:39 PM
Sambut ramadhan kena guna duit ke?

Kalau sejenis muntah kedarah mmg duit setinggi gunung pun boleh jadi rata.
Semua habis jadi najis je.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.049595 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top