CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Teringin Sangat Nak Berjumpa Abang Rosyam' - Iqbal Mazlan

21-3-2023 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11778| Komen: 3

Description: Juara program realiti Pilih Kasih musim pertama iaitu Iqbal Mazlan yang dilaporkan beberapa hari lalu mengalami masalah penglihatan akibat jangkitan virus, meluah hasratnya untuk bertemu dengan aktor ...
Juara program realiti Pilih Kasih musim pertama iaitu Iqbal Mazlan yang dilaporkan beberapa hari lalu mengalami masalah penglihatan akibat jangkitan virus, meluah hasratnya untuk bertemu dengan aktor Datuk Rosyam Nor.


Hasratnya itu diluahkan dalam satu temu bual bersama mStar ketika bercerita mengenai detik mula diuji penyakit tersebut.


IG

Katanya, Rosyam merupakan individu yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam industri lakonan.

“Saya teringin sangat nak berjumpa dengan Abang Rosyam. Lama dah tak jumpa. Teringin nak jumpa abang.

“Saya seorang macam ni, orang lain semua dah berjaya, saya belum lagi.

“Kali terakhir saya hubungi dia melalui panggilan telefon. Sangat lama, dah lupa bila,” luahnya dipetik BOOM!.

Tambahnya, aktiviti seninya dalam bidang lakonan kini perlahan dan tidak menentu.

“Saya masih lagi dalam bidang ini. Rasa cinta saya terhadap lakonan tetap ada walaupun tak sehebat Abang Rosyam.


“Kalau tak ada di depan tabir, saya berada di belakangnya melakukan aktiviti penerbitan melalui syarikat saya sendiri,” jelasnya memetik temu bual itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 21-3-2023 07:16 PM
Kesian kat heolss.. walaupun juara tetap sendu.. yang no. 2 tu ada gak berlakon kalau nak bandingkan dengan heolss..
Quote dudaberhias 21-3-2023 07:21 PM
mesti rosyam nor datang lawat punya nanti... lagipun heols pun dah takde job agittewww kaka nak puji dan kecam sekali all in one... ahahahaha...

tapi semoga dapat bertemu rosyam nor dan cepat sembuh....
Quote doubleA 22-3-2023 01:48 AM
Siannya dia. Gws

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040255 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top