CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alasan Buat Permohonan Nusyuz: Puteri Sarah Curang Dengan Suami Orang, Fitnah Syamsul Pukul Dan Tak Bagi Nafkah

21-3-2023 05:01 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 19807| Komen: 180|Original author: Saiful

Description: Syamsul Yusof mendakwa Puteri Sarah Liyana curang terhadapnya apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang.
Syamsul Yusof mendakwa Puteri Sarah Liyana curang terhadapnya apabila mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, mendedahkan perkara itu sebagai sebahagian alasan dinyatakan dalam permohonan nusyuz yang difailkan terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa.


Katanya sebagai suami dia tidak boleh menerima apabila isterinya berlaku curang dan berat baginya untuk mendedahkan perkara itu dalam tuntutannya.


Foto: mStar

"Sebagai seorang suami, saya juga sudah memedam rasa dan nak cakap pun malu. Tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain," katanya kepada mStar Online.

Syamsul berkongsi perkara itu ketika ditemui di luar mahkamah selepas membuat permohonan berkenaan kira-kira pukul 3 petang dengan ditemani peguam, Azmi Mohd Rais.


Dalam masa sama Syamsul, dia mengakui masih sayangkan Sarah dan berharap semua kemelut di antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.

Azmi berkata, antara alasan lain Syamsul membuat permohonan tersebut ialah disebabkan Puteri Sarah meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Oktober 2020 tanpa izin.


Foto: mStar

Puteri Sarah juga didakwa enggan mematuhi notis nusyuz dan membuat fitnah terhadap Syamsul seperti menuduhnya memukul dan tidak memberi nafkah.

Pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah atas faktor masih percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.

Hakim Syarie mahkamah berkenaan, Akmalludin Ilyas memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan penceraian mereka.

Foto: IG

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Aka Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 21-3-2023 05:04 PM
bongoklah haiiiii
ex ps ni sapa je?
amar pian kaki muntut ngan sape lgi?
Quote fatimahmarkonah 21-3-2023 05:08 PM
Elok dia buat permohonan dayus skali utk diri dia sendirik
Quote jiwakacau06 21-3-2023 05:09 PM
Edited by jiwakacau06 at 21-3-2023 05:12 PM

kau jgn main2....amar bangla counter back nanti...
yala sol ..nafkah batin dlm mimpi...
Quote Suchi 21-3-2023 05:11 PM
Pulak, so apa kata PS?
Skrg dia plak ke mangsa?


Lambat lagi la nak abis ya kisah dorang nih
Ya Allah permudahkan lah
Quote hollahop 21-3-2023 05:11 PM
Kau ingt kau tgh buat filem ke shamsul? Dalam movie kau boleh la kau ja betul, kau ja hero, kau la paling hebat. Poyo
Quote SherryZass 21-3-2023 05:13 PM
macam mana soley tau sedangkan tak balik rumah bertahun. Ada je PS gitau laki dia still bagi duit, kalau nafkah tu tak tahulah kan
Quote codenamedream 21-3-2023 05:15 PM
Nafkah batin ko dah lama tak bagi kan sol??
Quote mizruncing 21-3-2023 05:20 PM
mende ko ni sol
Quote Manusiabesa 21-3-2023 05:22 PM
Sol oi.. hg kata lah apa pun, apa yg kluaq dri mulut hg ni mmg lgsg xdk nilai dh. Di mata netizen, kami saksi sendiri wujud IK.wife ada d rumah, tp IK gk yg hg cari. Ada bukti yg kukuh. Mcm hg nyatakan PS contact ex dia tu mmg xdk bukti. Ps dh korban masa dia, lps kawen tinggal serumah dgn metua. Dok dendiam, stop berlakon. Taat dia tu pun org dh leh nilai mana ikan emas mana ikan pekasam. Hg gebang la sorg2 hg sol oi,  netizen xdk sekoq pun dh yg pecaya. Oh 1 lg, sol ni panik ni  sbb dia dgr mak dia bakal jd pencelah utk side ps. Tu yg dia berpusing2 cari idea. Siang mlm dh xlyn IK rasanya  , dh hmbar dh. Hahaha
Quote anilanil 21-3-2023 05:23 PM
Tak betol ke PS ckp dia gagal memberi nafkah? Duit bole bank in. Penis ko by courier ke camne sol?
Quote KucingBisu 21-3-2023 05:24 PM
Manusiabesa replied at 21-3-2023 05:22 PM
Sol oi.. hg kata lah apa pun, apa yg kluaq dri mulut hg ni mmg lgsg xdk nilai dh. Di mata netizen, k ...

yang sokong dia pon golongan dia jela laki laki tagune dekat fb tu itu jela hat sokong pun
Quote MatDeghem 21-3-2023 05:25 PM
Bg rasa ...ini mesti penyondol IRA Dan apak nya Pak Kazar geleng yg ajor si Sol.

Gara2 nak elak dari penyondol sekeluarga kena hukum kerana ingkar perintah mahkamah.
Quote epal_putih 21-3-2023 05:28 PM
Haha
Ko block wasap bini ko.setahun
Bini balik umah mak ko
Ko gi mana
Gi gentel degawan ke
Quote noor2 21-3-2023 05:28 PM

Tudia....keluar dah semua...
Nak tengok sapa yg betul....
Quote khaira01 21-3-2023 05:29 PM
Edited by khaira01 at 21-3-2023 05:31 PM

Astaghfirullahal'azim, speechless.
Rasa sedih pulak, ko dh kenapa ha, udah2 laa..
Quote jihyomelly 21-3-2023 05:29 PM
lagu yuna “lelaki tak gunaaaaaaa” sesuai utk mangkuk ayun nih!!!! kalau dah tahu bini ada scandal cerai kan je..kan nampak lelaki sejati ni hmmmmmm
Quote sukacactus 21-3-2023 05:29 PM
Kengkonon ko buat plot twist ye sol?
Quote likilu 21-3-2023 05:31 PM
Yay boleh tgk jonidepp version tanah air

Quote Fazzbulous 21-3-2023 05:31 PM
soley,slagi blh mudah,blh mudahkan....dah terang bersuluh,mmg ko salah...mak ayah ko sndri yg jd saksi..bkn org luar...ke ko jeles sbb ps blh survive sndri?ke bru ko nmpk skang yg bini ko ada rupa?huhuhu

Lihat semua komen(180)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.071276 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top