CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia Tak Kenakan Larangan Jual Beli Pakaian Terpakai

21-3-2023 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1747| Komen: 2

Description: Tiada sebarang larangan urusan jual beli pakaian terpakai dikenakan di Indonesia.Namun, Ketua Pengarah PKTK Kementerian Perdagangan, Moga Simatupang berkata, kerajaan hanya mengharamkan pengimportan p ...
Tiada sebarang larangan urusan jual beli pakaian terpakai dikenakan di Indonesia.

Namun, Ketua Pengarah PKTK Kementerian Perdagangan, Moga Simatupang berkata, kerajaan hanya mengharamkan pengimportan pakaian berkenaan.



Detik

“Apa yang kita menyekat adalah import pakaian terpakai dan ia termaktub dalam Peraturan Menteri Perdagangan Nombor 18 Tahun 2021,” katanya kepada Detik.com.

Kata beliau, ini bermakna tiada larangan dikenakan bagi peniaga yang menjual pakaian terpakai.

Namun, jelasnya, para peniaga hanya tidak dibenarkan mengimport pakaian terpakai dari luar negara.

Sehubungan itu, Moga berkata, setakat ini, kerajaan tidak mempersoalkan pasaran besar yang menjual pakaian terpakai di republik ini seperti Pasar Senen di Jakarta atau Pasar Gedebage di Bandung.

“Jadi, tiada masalah kerana apa yang dilarang adalah import produk terpakai bukan jualan.


“Malah, produk terpakai seperti pakaian, kasut, kereta dan barangan lain semuanya menjejaskan industri tempatan,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan import pakaian terpakai harus dihentikan.

Ini kerana, katanya, pakaian terpakai yang diimport mengganggu industri tekstil domestik.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 21-3-2023 08:45 PM
Barang bundle nie dah banyak sangat..kalau Kain baju tu siap ada yg guna baju bundle ke baju2 org donate tu buat lap pantai Masa banjir tuhari.banyak sangat.
Quote rogayahtop 21-3-2023 11:38 PM
Indon jaga industri, tp sebenornya lg elok tak beli baju baru pun kalau ala2 nak save the planet.

Apa yg boleh recycle, reuse, renew tu mmg jimat belanja pun. Baju baju lama laki buat  lap lantai dapur time masak tu tp mg kena tanya dulu mana yg tak pakai takut rupanya baju2 peveret dia walaupun last muat tahun 2010.

Akak belajo menjahit pun psl berangan tgk org buat selimut tampal tu tp mmg tak sampai level tu la, last2 bungkus hantor je la kat Mercy tu.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.135668 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top