CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tiada Apa Dipanggil Sebagai Orang Palestin,"- Menteri Israel

21-3-2023 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2069| Komen: 5

Description: Tel Aviv: Seorang menteri Israel pada Isnin, mendakwa 'tiada apa dipanggil' sebagai orang Palestin ketika kerajaan gabungan baharu Israel melalui tempoh paling sukar apabila merancang merombak badan k ...
Tel Aviv: Seorang menteri Israel pada Isnin, mendakwa 'tiada apa dipanggil' sebagai orang Palestin ketika kerajaan gabungan baharu Israel melalui tempoh paling sukar apabila merancang merombak badan kehakiman.


Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, rombakan itu sebagai baik pulih bahagian penting negara yang akan memberi kawalan mengenai siapa yang menjadi hakim, sebelum Parlimen tidak bersidang selama sebulan bermula minggu depan.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas mesyuarat delegasi Israel dan Palestin di Mesir, disertai pegawai Mesir, Jordan dan Amerika Syarikat, yang berjanji mengambil langkah meredakan ketegangan melanda wilayah itu.


Foto: reuters

Ia mencerminkan pengaruh pentadbiran Biden terhadap kerajaan sayap kanan baharu Israel dan menimbulkan persoalan mengenai cubaan meredakan ketegangan Israel mahupun Palestin.

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich ketika berucap pada majlis memperingati aktivis sayap kanan Perancis-Israel di Perancis pada Ahad, menyatakan tanggapan rakyat Palestin mengenai kenegaraan, sejarah dan bahasa adalah tidak benar.


"Tiada apa yang dikatakan sebagai negara Palestin. Tiada sejarah Palestin. Tiada Bahasa Palestin," katanya di Perancis, Ahad lalu.

Beliau berucap pada upacara peringatan untuk aktivis berhaluan kanan Perancis-Israel yang menafikan kewujudan negara Palestin dan menyokong kepada pendudukan haram Yahudi di Tebing Barat.

Kementerian Luar Jordan berkata, penampilan Smotrich adalah tindakan hasutan melulu dan melanggar norma antarabangsa serta perjanjian damai antara kedua-dua negara.

Jurucakap kementerian, Ahmed Abu Zaid berkata, kenyataan menteri Israel menafikan fakta sejarah dan geografi menjejaskan usaha mencapai keharmonian antara Palestin dan Israel.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh berkata, kenyataan Smotrich adalah bukti fahaman Zionis dan perkauman yang mentadbir parti kerajaan Israel ketika ini.

Di Brussels, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell kesal dengan kenyataan menteri itu dan tidak boleh diterima kerana tidak menghormati dan berbahaya dalam keadaan sangat tegang ini.

Borrell menggesa kerajaan Israel menafikan kenyataan terbabit dan bekerjasama dengan semua pihak untuk meredakan ketegangan.

Sebelum ini, Smotrich pemimpin sayap kanan yang menentang kenegaraan Palestin pernah mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan rakyat Palestin.

Bulan lalu, beliau menyeru bandar Palestin, Hawara di Tebing Barat 'dipadamkan' susulan serangan tembakan yang membunuh dua warga Israel. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 21-3-2023 03:57 PM
ummah yahudi mabuk butthurt ke tu??
Quote Zazama 21-3-2023 06:03 PM
Tak sedar diri. Statement tu patutnya utk kamu lah!
Quote kakikuDibibirmu 21-3-2023 06:08 PM
Chef Ammar Pelesitin terlepas jual lamb shank harga Tel Aviv tersenyum sinis
Quote haruslah 7-4-2023 05:45 AM
Panggil EL setel kan
Quote alieyrina 7-4-2023 09:20 AM
Jahat betul yahudi ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.126036 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top