CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berlakon Lebih, Cikgu Abaikan Je Murid-Murid Yang Menangis Di Sekolah

21-3-2023 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3623| Komen: 10

Description: Punca mengapa cikgu ‘abai’ murid-murid yang menangis di sekolah akhirnya terjawab apabila kanak-kanak itu menjadi ceria dan aktif di akhir persekolahan.
Punca mengapa cikgu ‘abai’ murid-murid yang menangis di sekolah akhirnya terjawab apabila kanak-kanak itu menjadi ceria dan aktif di akhir persekolahan. 

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang cikgu tadika, menerusi akaun TikToknya, @cikguhanaghafar0 kelihatan beberapa keping gambar kanak-kanak tersebut menangis ketika hari pertama sesi persekolahan.




Namun, di hujung sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), gelagat kanak-kanak tersebut terus berbeza dan kelihatan ceria serta gembira sehingga berjoget di hadapan kelas. 

“Salah satu sebab cikgu ‘ignore’ sahaja anak murid yang menangis. 

“Awal persekolahan berbanding akhir persekolahan. Mari tengok akhir video ini macam mana,” tulisnya dalam video itu. 

Di ruangan komen ramai yang terhibur dan turut menghadapi situasi sama dengan anak-anak mereka yang dianggap sebagai sebuah ‘lakonan’.




“Awal tahun dia punya menangis adoi.. Bila akhir tahun, ‘aku lah hero’. Kenal sangat dah perangai mereka (budak-budak) ini,” komen seorang pengguna. 

“Sama macam anak saya, mula-mula dua ke tiga hari pertama drama sangat. Masuk minggu kedua, dialah ‘kepalanya’,” seloroh seorang ibu. 

“Biarkan dia lepas emosi dia dahulu. Lama-lama dia akan berhenti dan pandai sesuaikan diri. Cuma kena perhati sahaja budak-budak itu,” komen pengguna yang lain pula. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 21-3-2023 12:10 PM
Sometimes parents kena la tidurkan anak2 tu awal kalau esok sekolah.  Most of the time depa mengamuk2 sebab kena bangun awal still mengantuk and badan pun still letih.
Quote prince_marhaen 21-3-2023 12:19 PM
Cikgu-cikgu Malaysia ni tunggu masa je nak kena saman ye, mendedahkan underage minor, even atas kapasiti nak hiburan, nak tunjuk contoh, tapi tetap salah ye tayang muka anak-anak murid, even some parents pun tak dedahkan muka, logo sekolah, lokasi sekolah, tak kira lah anak orang kaya ke tidak...ini siap video siap viral lah gelagat budak-budak sekolah....tak kabur muka.. dekat negara lain dah dilarang dah, parents pun tak boleh ambil gambar anak & rakan sekolah dia suka-suka...
Quote rykall 21-3-2023 12:44 PM
Segelintir cikgu sekarang memang bodoh ya sebab rakam pembelajaran di medsos demi Likes. Hmmm.
Quote sangbara2020 21-3-2023 12:49 PM
aku xfaham yg viral2 psl keje....
nak muntah..
Quote dekmieDandy 22-3-2023 02:34 PM
mak aku dulu pun cikgu kemas

kalau yang perangai gini, depan mak-pak, senyum-senyum je

bila mak-pak dah balik, dia head lock nye kepala budak tu
Quote syaz_lina 22-3-2023 02:38 PM
ni cikgu medsos, bukan sibuk tgk budak2 tu, tangan berjahit buat content tiktok.
Quote pekanwoohoo 22-3-2023 02:55 PM
prince_marhaen replied at 21-3-2023 12:19 PM
Cikgu-cikgu Malaysia ni tunggu masa je nak kena saman ye, mendedahkan underage minor, even atas kapa ...

Kan. Bodoh betul cikgu-cikgu sekarang ni ye. Mungkin sebab banyak yang jadi cikgu ni pun jenis belajar dulu bengap, jadi ambik KPLI lah jadi cikgu sebab takde job. Nak pakai degree belajar dulu tak laku, jadi berlambaklah cikgu-cikgu bangang dekat media sosial hari ni.
Quote faraway1 22-3-2023 03:19 PM
Betapa orang cikgu dalam kelas ni, kalau 40 orang, camana budak lain bila cikgu dengan budak lain...

My daughter kelas yang 18 orang pun 1 cikgu 1 assistance...
Quote juboqhang 26-3-2023 08:53 AM
Cikgu sekarang level bawang.. dlm cari pun ada sekor!
Quote Suchi 26-3-2023 09:46 AM
Biasanya budak lelaki kan suka nangis2 ni
Aritu antar anak darjah 1, ingat dh takde budak nangis rupanya ada lagi.
Bebudak laki la sampai mak kena beratur sekali riba kan dia.
Maybe tak biasa ngn suasana sekolah yg besar, sblm ni sek tadika kecik je.
Hari pertama biasalah semua sukar dan susah, budak laki lebih mudah dapat kwan ikutkan sbb dorang takde beria sgt nk  berpuak2.
Bebudak pompuan ni lain sikit mcm wajib plak nak kena ada sorang bespren.Walhal kalau kawan je ngn semua org pun takde hal.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.115677 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top