CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mierul Aiman Tak Kisah Dikata Muka Biasa-Biasa Boleh Dilihat Di Kedai Runcit

21-3-2023 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6246| Komen: 61

Description: Nama pelakon Mierul Aiman menjadi perhatian ramai selepas tampil memperagakan koleksi baju Melayu di acara pertunjukkan fesyen Bulan Bintang, baru-baru ini.Mierul yang mengenakan sepersalinan lengkap ...
Nama pelakon Mierul Aiman menjadi perhatian ramai selepas tampil memperagakan koleksi baju Melayu di acara pertunjukkan fesyen Bulan Bintang, baru-baru ini.

Mierul yang mengenakan sepersalinan lengkap baju Melayu rona merah dilihat segak sewaktu melalui pentas runaway.


Malah sedutan video yang merakamkan momen berkenaan turut dikongsi pengguna Twitter.



Bagaimanapun, dalam ramai memuji, tidak kurang segelintir pihak yang tidak bersetuju dan menyifatkan wajahnya tidak kurang seperti lelaki kebanyakan ketika memakai baju Melayu.

Malah, ada juga yang mengatakan wajah-wajah seperti Mierul boleh dilihat di kedai-kedai runcit misalnya ketika bersesak untuk membeli ais di pagi raya.



Ketika dihubungi MH, pelakon drama Projek High Council ini akui dia tidak berasa hati dengan komen-komen selain turut menyifatkan ia lumrah sebagai anak seni.

“Bila ada yang kata wajah saya ni biasa-biasa sahaja dan seperti orang kebanyakkan, saya tak tersinggung. Mereka berhak untuk berkata apa sahaja dan itu lumrah sebagai anak seni.

“Bila sudah bergelar public figure, kehidupan kita automatik akan menjadi tontonan dan perhatian umum melalui hasil-hasil kerja atau segala tindak tanduk ketika di luar.

“Apabila mereka bercakap mengenai saya, secara tidak langsung, kehadiran saya di dalam industri ini makin disedari ramai. Apa yang bermain difikiran mereka, sudah tentu mereka akan sampaikan melalui pelbagai cara.

“Mereka hanya berikan pendapat. Bercakap soal pendapat, pada saya tiada yang betul atau salah. Saya hanya akan mengambil aura-aura yang positif. Yang penting, saya akan terus ikhlas bekerja,” katanya.


IG

Dalam pada itu, juara Hero Remaja 2022 ini turut merasakan kecantikan bukan sahaja tertumpu pada luaran semata-mata, tetapi juga dalaman sangat penting.

“Soal rupa dan fizikal ini merupakan pemberian tuhan sejak kita lahir. Siapalah kita nak mempersoalkannya. Soal cantik ini bukan hanya sekadar luaran semata, kita juga boleh tunjukkan kecantikkan itu dari segi personaliti dan sikap.

“Ditambah pula kita ini sebagai orang Melayu yang kaya dengan adat dan adab. Adab merupakan tiang seri dalam kehidupan. Saya menghargai setiap padangan orang luar terhadap diri saya,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, pada malam pertunjukan fesyen itu, dia hanya melakukan apa yang disuruh oleh pihak penganjur.

“Pada malam tersebut, saya sebenarnya sedang bekerja. Saya bukan datang saja-saja. Saya ditugaskan untuk mencipta persembahan pada malam tersebut.

“Apapun, saya gembira dengan apa yang telah saya pamerkan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menunjukkan sokongan terhadap saya dan artis-artis lain,” akhirinya.

Imbas kembali, Mierul yang sebelum belajar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal merupakan alumni Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 21-3-2023 11:52 AM
Mmg pon. Cam mael dalam upin dan ipin je
Quote foxneo 21-3-2023 11:54 AM
jangan ketap sangat rahang tu dikk
Quote sleepandream 21-3-2023 12:32 PM
biasanya laki muka biasa2 ni pasangan dia cun melecun okayyy....
Quote dudaberhias 21-3-2023 12:33 PM
nak buat macam mana memang biasa2 pun... lepastu gigih ketap rahang bagi katanya nampak rahang jantan... padahal macam pembuka tin... tapi dia berlakon ok yach.... berganda2 meninggalkan hero2 yang dah senior atau kertu hahahahaha.... cumanya dia tak sesuai la watak untuk drama2... untuk siri2 astro go tu ok la...
Quote laksmanabentan 21-3-2023 12:41 PM
dudaberhias replied at 21-3-2023 12:33 PM
nak buat macam mana memang biasa2 pun... lepastu gigih ketap rahang bagi katanya nampak rahang janta ...

okay la sis ada hero baru dari balik2 aoran aziz tu kannn...
at least ini muda la sikit
Quote kakigojes 21-3-2023 12:46 PM
Pedulikan apa org kata, yang penting maintain sedap and lakonan mutu k
Quote nordin84 21-3-2023 01:20 PM
dudaberhias replied at 21-3-2023 12:33 PM
nak buat macam mana memang biasa2 pun... lepastu gigih ketap rahang bagi katanya nampak rahang janta ...

berlakon jd ank dato blh x kakdude ekeke
Quote Perawankota 21-3-2023 01:44 PM
Mail kan.. Mesti lah muka biasa2.. Harap dah femes ni tak jadik poyo.. Dan, yang penting bkn kaki pukul perempuan.. Sebab risau gak tgk muka mcm kaki buli ni
Quote annabellaruz2 21-3-2023 02:11 PM
laksmanabentan replied at 21-3-2023 01:41 PM
okay la sis ada hero baru dari balik2 aoran aziz tu kannn...
at least ini muda la sikit

erkkk...meols cannot la dgn aaron aziz semenjak badan dh mcm peti ais.
lagi pun lakonan tetap masih kaku.

Quote lattehazelnut 21-3-2023 02:17 PM
Dah kenyataan muka basic je..
Tp xde lah hodoh pun..
Klau ade bakat teruskan belakon ke ape..
Quote Kurex 21-3-2023 02:19 PM
Edited by Kurex at 21-3-2023 02:22 PM

Walaupun biasa2 jah, semoga iols dapat terjatuh dalam dakapan mierul sambil mirrul merangkul dengan kemas..
Quote insyi81 21-3-2023 02:37 PM
apooo kedai runcit....haha.. adoi tajuk pun
Quote laksmanabentan 21-3-2023 02:44 PM
annabellaruz2 replied at 21-3-2023 02:11 PM
erkkk...meols cannot la dgn aaron aziz semenjak badan dh mcm peti ais.
lagi pun lakonan tetap masi ...

sama ler... iollss pun sama.... da bukan zaman dia daaa..satu hal kalau dia buat suara2 manja terkemut2 ala2 cakap perlahan tu...
weeekkkk.... hahahhahahaa...

Quote Sachacha 21-3-2023 02:45 PM
dudaberhias replied at 21-3-2023 12:33 PM
nak buat macam mana memang biasa2 pun... lepastu gigih ketap rahang bagi katanya nampak rahang janta ...

Mcm biasa komen  mencuit hati
Quote Lorra2411 21-3-2023 08:20 PM
janji reti berlakon dekkkk,,, kalau tgok kat tiktok tu ramai je dak dak bbnu minat dia ni... same goes to Kahar iaitu Amir Ahnaff... ramai je rembas kat depa tu termasuk meolss... tengok kat kutuk tu semua kertu-kertu jerrrrr...
Quote fcl29 21-3-2023 08:31 PM
acik rs ko ensem dik.. tp mmg sebijik la mail 2 ringgit
Quote Rogue98 21-3-2023 08:41 PM
Ok jer aku tengok...muka dia mcm bengang dgn semua orang....haha. sesuai lah dgn character Fakri. Jenis fighter tak suka kena buli.
Quote anilanil 21-3-2023 08:46 PM
Oklah dik mierul. Muka cam mael 2 ringgit pon berlakon tak kayu. Jangan pulak ko gi ubah muka jadi hael oppa, kang dah takde dah sunshine muka ko tu. Ko & housemate (kapla) sama2 ada bakat, jgn buat benda pelik-pelik sudah kang kene cancel ngan acik forum.
Quote VespaSilbe 21-3-2023 09:35 PM
Encem jah acik nengok
Nak puji lakonan heols kat imam instant ustazah scammer.. best gak

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.144217 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top