CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JDT Akan Tubuhkan Pasukan Bola Sepak Wanita, TMJ Tanya Ada Sesiapa Nak Main?

20-3-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8775| Komen: 8

Description: PETALING JAYA: Hasrat Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita dijangka akan menjadi kenyataan satu hari nanti selepas pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi ...
PETALING JAYA: Hasrat Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menubuhkan pasukan bola sepak wanita dijangka akan menjadi kenyataan satu hari nanti selepas pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi gambaran tentang tujuan itu.


Tunku Ismail secara terbuka bertanyakan mana-mana pemain wanita yang berminat bermain bersama JDT di media sosialnya sebagai reaksi kepada pemain bola sepak wanita kebangsaan, Steffi Sidhu yang mengharapkan kelab itu menubuhkan pasukan wanita.

“Memang dalam perancangan. Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT?,” kata Tunku Ismail.

Foto: Utusan

Sebelum ini, media melaporkan harapan Steffi yang mahu melihat Tunku Ismail menubuhkan skuad wanita Harimau Selatan dan dia yakin kehadiran pemilik JDT itu dapat membantu meningkatkan tahap bola sepak wanita di negara ini.

“Kita tahu JDT adalah satu pasukan yang sangat profesional dan luar biasa. Mungkin TMJ boleh menubuhkan pasukan bola sepak wanita pula dan kita akan berpeluang untuk meningkat selangkah demi selangkah,” kata Steffi.


Mengikut rekod, Tunku Ismail sebelum ini pernah mendedahkan mahu memiliki pasukan wanita di bawah pengendalian kelabnya sendiri sebagai kemajuan dalam dunia sukan.

Tunku Ismail menjelaskan perkara itu akan direalisasikan selepas kelab JDT mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung dua pasukan bola sepak bagi mewakili negeri Johor.

Jika harapan itu dapat dilaksanakan kemungkinan besar penyokong bola sepak tanah air boleh melihat kebangkitan skuad wanita negara di peringkat antarabangsa.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 20-3-2023 06:07 PM
Ada tetek bergoncang-goncang tak?
Quote dani-rox 20-3-2023 07:04 PM
kakikuDibibirmu replied at 20-3-2023 06:07 PM
Ada tetek bergoncang-goncang tak?

kalau player nya semua pengkid mcm Megan Rapinoe, lupakan jah sis



Quote kakikuDibibirmu 20-3-2023 07:19 PM
dani-rox replied at 20-3-2023 07:04 PM
kalau player nya semua pengkid mcm Megan Rapinoe, lupakan jah sis

Ya Awloh! Flat screen!
Quote Zazama 20-3-2023 10:55 PM
Eh! Tak payah la!
Quote mojarean_X 20-3-2023 11:03 PM
Tutup aurat tak? Tanya pemimpas PAS
Quote FOTHER-MUCKER 21-3-2023 02:38 AM
Lebai kata haram.

Seoerti di Pakistan perempuan main bola secara rahsia. Lebai tau kalau kena tangkap.
Quote babelina 21-3-2023 10:07 AM
sebaik aku dh x bole.. klau x aku register dulu.. hahahha..
Quote duri_durians 21-3-2023 10:07 AM
kalau JDT je nk buat pasukan tapi negeri lain takde usaha mcm JDT tak guna juga. JDTwomen nak main dgn sape? stakat ni yg ada liga pun amatur atau konsep karnival. takde lagi usaha nk buat liga semi pro/ pro sebab mmg takde pasukan yg stabil.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.046184 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top