CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yana Samsudin Terlebih Risau Anak Masuk Darjah Satu, Tak Boleh Tidur Malam Fikir "Sebab Sekolah Masih Guna Tandas Cangkung"

20-3-2023 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6400| Komen: 39

Description: Yana Samsudin, 39, macam tak percaya anaknya Aisy Mateen yang berusia tujuh tahun ke sekolah.
Yana Samsudin, 39, macam tak percaya anaknya Aisy Mateen yang berusia tujuh tahun ke sekolah.

Kata Yana dia tidak boleh tidur semalam kerana risaukan hari pertama Mateen memasuki darjah satu.


Foto: IG

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin berkata sebelum ini selalu melihat orang lain siapkan anak. Kini dia rasa teruja merasa menguruskan anak sendiri.

"Malam tadi saya pula tak boleh tidur sebab takut ada yang tertinggal. Sudahlah semalam juga baru teringat nak gunting rambut. Kelakar, kelam kabut!



"Kita yang terlebih risau, terutama penggunaan tandas. Sebab sekolah masih guna tandas cangkung. Tapi sudah ajar dan pesan Mateen.

"Makan semua sudah siapkan malam tadi. Saya masak sup daging. Sebab sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) kena bawa bekal sendiri," katanya.



Yana bagaimanapun sangat bersyukur Mateen pun amat teruja mempersiapkan diri tanpa ada timbul rasa kerisauan pun memasuki persekitaran baharu.

"Tapi nampak Mateen okay, tak menangis. Dia tak sabar malam tadi bersama-sama sediakan persiapan macam letak beg dan kasut siap-siap depan pintu.

"Sudah beritahu malam mesti kena susun buku ikut jadual. Nak biasakan dan ajar dia buat sendiri. Takut mak dia nanti tiba-tiba sibuk pula," katanya.



Yana juga turut menasihati Mateen untuk jaga diri sebaiknya dan belajar penuh tekun di sekolah.

"Tapi sepanjang dalam kereta biasalah mak-mak ini berbakul pesanan. Suruh fokus dengar apa cikgu cakap. Kalau ada masalah beritahu cikgu. Semualah. Kesian pula, mesti penat otak dia tiba-tiba semua kena ingat," katanya.



Yana dan suaminya juga pelakon Fadzil Zahari, 40, sendiri menghantar Mateen ke sekolah pagi ini.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Februari 2015 dan selain Mateen, mereka turut dikurniakan cahaya mata kedua Aisy Sofea, 3. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 20-3-2023 03:54 PM
Donate duit lah tukar tandas ke duduk. Nak tunggu Kerajaan lamberrrrtttt lah.

Quote kads 20-3-2023 03:56 PM
Haha..mcm aku dulu sibuk duk ajar anak cara guna tandas cangkung
Quote lyshafull 20-3-2023 04:04 PM
Lol masalah dunia sgt
Quote Suchi 20-3-2023 04:09 PM
Ohh skjc tandas cangkung juga ker? Sek keb je yg masih tandas cangkung zaman lampau dah tu semedang bocor.
Anak iols td guna tandas duduk yg kat surau tu tp abis basah kain dia plak.
Leceh tul pakai kain g sekolah.
Quote Aneem 20-3-2023 04:10 PM
Sponsor la buat jamban duduk.
Quote kamexkame 20-3-2023 04:10 PM
Hantar jelah sekolah private. Semua lengkap
Quote Suchi 20-3-2023 04:11 PM
kads replied at 20-3-2023 03:56 PM
Haha..mcm aku dulu sibuk duk ajar anak cara guna tandas cangkung


Iols pun sama duk ajar tp dia takut2 gak.
Masa  hari pendaftaran darjah 1 mmg cikgu siap bg taklimat pasal tandas cangkung ni hihi so nampak tak mmg masalah semua mak pak zaman skrg yg anak lahir2 umah tandas duduk semuanya.
Cikgu ckp takde pilihan kena ajar dorang tandas cangkung sbb sekolah mmg ada tandas cangkung je
Cikgu suh standby baju extra dlm beg memasing sepanjang sebulan tempoh transisi nih.
Quote supernaturalee 20-3-2023 04:18 PM
Suchi replied at 20-3-2023 04:09 PM
Ohh skjc tandas cangkung juga ker? Sek keb je yg masih tandas cangkung zaman lampau dah tu semedang  ...

teringat video bdk darjah 1 ckp utara yg merungut habis kain dia basah sbb ambik wudhu'



anyway...........org lbh fokus psl kakak ipar dia kt cari skrg ni


Quote _blackbird 20-3-2023 04:36 PM
bagus lah generasi baru skang dah tau guna tandas duduk. dulu masa i form 5 kot, classmate iols ni duduk hostel, 1 day dia ni nak ikut sgt kitorg hang out balik sek, then gi la buang masa kat mall, pastu kitorg ada la gi kencing beramai2 dlm toilet. lepas keluar tu sambung aktiviti balik, minah ni tanya la mcm mana kitorg kencing, then kitorg pon jawap la mcm mana kitorg kencing, pastu kitorg tanya balik mcm mana dia kencing, dia dengan selamber jawab dia cangkung atas tandas duduk dengan kasut sekolah. dia ckp dia taktau guna, first time guna tandas duduk. weoll semua mcm whattt??? kampung bebenor ko ni
Quote kads 20-3-2023 04:36 PM
Anak gegirl pakai kain baju kurung guna tandas cangkung ok lagi...tapi time pakai baju sukan, jenuh ajar supaya x basah seluar
Quote Suchi 20-3-2023 05:05 PM
supernaturalee replied at 20-3-2023 04:18 PM
teringat video bdk darjah 1 ckp utara yg merungut habis kain dia basah sbb ambik wudhu'



Anak iols tadi basah gak kain dia sbb tadi guna tandas duduk kat surau tu.

Adehh leceh tul, dia plak berlapis2 pakai suar. Panties, suar legging pastu kain kurung.
Hari ni ok laa iols ada jd papadom, esok lusa pandai2 la nk hidup nak takkan hari2 mak nak dtg sekolah kang kena halau ngn cikgu plak.
Iols suh dia tanggal kan kain je tiap kali nk kencing.
Quote Suchi 20-3-2023 05:07 PM
kads replied at 20-3-2023 04:36 PM
Anak gegirl pakai kain baju kurung guna tandas cangkung ok lagi...tapi time pakai baju sukan, jenuh  ...

Ya tandas cangkung tu kalau pakai kain ok tp anak iols dia pakai legging sekali kat dlm tu
Esok nak pujuk dia takyah pakai, takkan hari2 kain basah kena air.

Sekolah ni plak baju pjk takde stok lagi.
Maka hari2 la kena pakai kain dulu
Quote fcl29 20-3-2023 06:18 PM
aku dulu trauma dgn keadaan tandas kat skolah.. baik skolah rendah, mahupon menengah aku.. aku harap nnt zaman anak aku skolah, tandas dijaga elok.. kalo x, aku nk sponsor cleaner khas cuci toilet je.. jadi toilet premium ala2 klcc.. wakakaka over nau
Quote zie_indah 20-3-2023 07:13 PM
Nk tunggu si laki ngn yana ni komen pasal si abg dan isteri..sllu depa B2 ni mihak kat abang
Quote rayna_raynes 20-3-2023 08:01 PM
Since kaya, apa kata retis2 ni bagi sumbangan kat sekolah untuk buat toilet baru?
Quote besties 20-3-2023 08:05 PM
Daripada segi kesihatan, bagus lagi tandas cangkung daripada duduk. Tapi untuk survival, belajarlah guna dua2 jenis tandas.
Quote cahaya_almas 20-3-2023 08:12 PM
Mslh tandas kt sek  tandas busuk..bdk tk.reti guna kot..n mslh air yg slow...jd nk cuci jd ssh...lg 1 kdg2 air.tkde...huhu
Quote nordin84 20-3-2023 08:38 PM
sekolah cina kan.. bukan sjkc kaya ke.. then cina pki tandas cangkung? wow.. impressive..
Quote orkid_amani 20-3-2023 09:53 PM
Aii berkejaran jugak p barber shop ahad tu sebab cikgu complain kata rambut ank aii fashion sgt..padahal mmg rambut dia Jenis jatuh kedepan mcm Korea tuu bila panjang sikit..sikit ja pun panjang nya.. jaaauuuuhhh lagi kot dari kening..malas nk gaduh2 dgn cikgu pasal rambut gigih la p barber shop..ya rabbi raaamaaaai gila kot org.. masalahnya bukan budak sekolah org tua2 yg q..sudahnya p potong mamak ja.. settle

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.233938 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top