CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shima Anuar Hamil Anak Ketiga- Cepat Penat, Alahan Dan Morning Sickness Teruk, Hidung Berdarah

20-3-2023 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3885| Komen: 6

Description: Shima Anuar kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan dah cecah lima bulan.
Shima Anuar kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungan dah cecah lima bulan.

Namun pelakon ini 'cuak' apabila mengalami hidung berdarah kerana tidak pernah berdepan masalah sama pada kehamilan sebelum ini.


Shima,32 atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar berkata dia bagaimanapun bersyukur kerana ramai yang mengatakan hal itu normal untuk ibu mengandung.

Foto: IG

"Saya okay. Cuma pagi ini ada keluar darah lagi kat hidung. Saya rasa panas dalam kot. Nanti kalau teruk lagi kena periksa dengan doktor. Kerana ramai yang cakap ia normal kalau hamil hidung berdarah.

"Ini kali pertama saya kena macam ini. Dulu tak pernah pula. Itu yang terkejut sedikit. Yang lain semua okay. Cuma kehamilan kali ini saya punya 'morning sickness' teruk gila.

"Trimester pertama tempoh hari paling teruk sampai tak boleh bangun. Kalau bangun rasa nak pitam. Sekarang sudah okay sedikit. Setakat ini juga tak ada mengidam apa-apa," katanya seperti dipetik di Harian Metro.



Shima yang berkahwin dengan ahli perniagaan Mohd Solih Toha, 55, berkata mungkin masalah itu disebabkan faktor usia juga dan kena benar-benar perlu berehat lebih.

"Dulu kan kalau saya hamil, sudah sarat pun saya boleh panjat tangga pasang langsir. Sekarang jadi cepat sangat penat. Padahal bukan buat apa pun. Rasa penat dia itu lain macam.

"Sekarang saya sudah tak 'hyper' macam dulu. Mungkin sebab sudah tua sedikit kot. Alhamdulillah semua okay dan setiap kali pemeriksaan kandungan, segalanya baik-baik saja doktor cakap," katanya.



Pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu bagaimanapun hanya akan berkongsi jantina cahaya mata ketiganya itu bila tiba masanya nanti.

"Anak-anak saya awal-awal sudah 'request' nak 'baby boy'. Tapi saya suruh tunggu dan nanti saja saya akan beritahu mereka. Saya dijangka bersalin pada awal Ogos nanti," katanya.



Shima mendirikan rumah tangga dengan Mohd Solih pada 8 April 2017 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 4, dan Mikhael Imaan, 3. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 20-3-2023 02:35 PM
Jual laksam lg x
Quote Perawankota 20-3-2023 02:36 PM
Pregnant pon cantik
Quote Ubatgegat 20-3-2023 11:30 PM
Faktor usia?
Usia dia ke usia suami dia?
LOL
Quote uda 21-3-2023 09:51 AM
Ubatgegat replied at 20-3-2023 11:30 PM
Faktor usia?
Usia dia ke usia suami dia?
LOL

Berapa umur husband dia?
Mula2 tenguk gambar 1st tu ingat sebelah dia tu bapa dia and husband dia yang sebelah kanan
Quote evlinne 21-3-2023 12:00 PM
Camne dia hadap rupa laki dia
Quote Nurkaseh01 22-3-2023 01:03 AM
Lamaa tak dengar cerita pasal dia.tak berlakon dah ke? Dulu selalu berlakon movie david teo

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.074296 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top