CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Orang Cakap Peminat Saya Semua Budak-budak, Tapi Kena Ingat… - Nadhir Nasar

19-3-2023 07:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 554| Komen: 7|Original author: Tatod

Description: Sambutan hangat drama bersiri 'Projek: High Council' sejak ditayangkan sekali gus memberikan tempias populariti kepada pelakonnya.Nadhir Nasar yang juga salah seorang pelakon taruhan untuk drama ini t ...

Sambutan hangat drama bersiri 'Projek: High Council' sejak ditayangkan sekali gus memberikan tempias populariti kepada pelakonnya.

Nadhir Nasar yang juga salah seorang pelakon taruhan untuk drama ini tidak terfikir naskhah yang mengangkat kehidupan pelajar sekolah asrama lelaki itu menyentuh hati ramai penonton.

"Kita tak tahu drama ini akan meletup sedemikian rupa. Ya, memang kami ada meneka ia mungkin akan berhasil. Namun, apa yang lebih penting ialah kami semua sangat bersungguh-sungguh menjayakan drama ini.

"Menjalani penggambaran lebih sebulan untuk banyak babak pergaduhan sangat memenatkan. Namun, inilah yang kami lakukan untuk memberikan perubahan kepada industri.



"Ada yang kata, 'alah... peminat saya semua budak-budak'. Tapi kena ingat, kalau mereka berusia 16 tahun pada hari ini, 10 tahun akan datang mereka semua sudah 26 tahun.

"Ketika itu mereka bukan lagi budak dan di situlah perubahan akan berlaku," katanya.

Rantaian 'Projek: High Council' sudah melabuhkan tirai menerusi episod terakhir yang ditayangkan pada Sabtu (semalam).


Sumber: GETARAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Orangkaya99 20-3-2023 01:14 PM
love nadhir
Quote orangbiasaje 20-3-2023 10:45 AM
Suka tgk budak ni dalam Si Tanggang. Abang sulung yg kerja rider.
Quote KamikuP 20-3-2023 10:04 AM
La dah habih ker..  best ke cuolls citer ni cerkabo
Quote Perawankota 20-3-2023 04:23 AM
Jgn terlalu acah2 method sgt tau.. relax2 sudah.. anyway, remaja purba pon ramai jer kan yg menggeletis tengok dia
Quote ilahaz 19-3-2023 08:00 PM
nak puji.. nadhir pandai berlakon.. hrp lps ni dia dpt skrip yg bagus2
Quote Kurex 19-3-2023 07:49 PM
Bila nak leak?
Quote margo20 19-3-2023 07:44 PM
So apa yang kau cuba maksudkan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042512 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top