CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dulu kerja arkitek, lepas dah kurus terus pilih jadi model sepenuh masa

19-3-2023 05:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 732| Komen: 4|Original author: Tatod

Description: Menerusi sebuah video tular, netizen memuji seorang gadis selepas dia berkongsi rakaman transformasi fizikalnya menerusi media sosial.Dalam video tersebut, Adnin Tasneem, 26, menunjukkan keadaan dirin ...
Menerusi sebuah video tular, netizen memuji seorang gadis selepas dia berkongsi rakaman transformasi fizikalnya menerusi media sosial.

Dalam video tersebut, Adnin Tasneem, 26, menunjukkan keadaan dirinya ketika dia memiliki berat badan 89 kilogram pada 2020.


Berusaha menurunkan berat badannya, wanita itu kini tersenyum bangga dengan berat badan terkini sekali gus mengubah banyak perkara dalam hidupnya.

Mesra disapa sebagai Tasneem, dia awalnya tidak menyedari perbezaaan pada badannya namun mula membuat perubahan demi mengekalkan kesihatan diri.

Sumber mStar

"Saya belajar dan bekerja dalam bidang Seni Bina. Jadi, ada kecenderungan untuk tak tidur dan makan lewat malam. Kemudian saya banyak bergantung kepada kopi.

"Bila tidur tak jaga, berat pun naik mendadak tanpa sedar. Masa akhir tahun 2020, berat saya mencecah 90kg. Tapi saya belum sedar lagi pada waktu itu sehinggalah saya pergi ke Vietnam.


"Ketika nak jahit baju di sana, tukang tu cakap saya tak cukup kain untuk buat baju. Kena cari dan tambah kain lain. Masa itu baru sedar berat dah meningkat.

"Tapi, masa itu sata tak fikir soal nak cantik. Masa itu, saya pergi kerja pun tak bersolek. Sasaran saya cuma nak sihat agar mudah nak bekerja," katanya.

Sumber mStar

Tasneem turut memaklumkan dia tidak terlalu 'push' diri, sebaliknya menjalani rutin menurunkan berat badan secara sihat dan santai sahaja.

"Saya tonton video senaman di YouTube dan jadikan ia panduan. Pada masa sama, saya jaga pemakanan. Saya makan semua benda tapi dalam saiz sederhana.

"Saya percaya kalau kita terlampau ikat, lama-lama kita tak boleh kawal. Boleh saja makan apa-apa tapi lepas makan tu 'bakar' la sikit," katanya.

Tasneem turut mengakui pernah beberapa kali berputus asa namun akhirnya berjaya menurunkan beratnya ke 53 kilogram.

Apatah lagi ketika menjaga pemakanan, ramai orang sekeliling yang acuh tak acuh dengan perubahan yang ingin dilakukannya.

Selepas berjaya menurunkan berat badan, Tasneem kemudian aktif sebagai 'content creator' di TikTok sehingga menerima banyak tawaran yang tidak pernah disangkakannya.

Sumber mStar

Dedah Tasneem, dia akhirnya nekad untuk meninggalkan bidang Seni Bina dan memulakan kerjaya baharu sebagai model bermula tahun lepas.

"Alhamdulillah, so far so good. Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Sudah tentu saya rindukan bidang seni bina tetapi saya teruja untuk pergi jauh dalam bidang baharu ini," katanya.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 20-3-2023 02:09 PM
Ustaz Izhar ada kata dlm ceramahnya, Allah jadikn pmpuan senang gemok sbb bila gemok, ttup sana sini, bila dh kuyus, buka sana sini.
Quote CardiGans85 20-3-2023 12:58 PM
Bagus la.
Quote Goodluckdontcry 19-3-2023 09:29 PM
Baguslah dik..cuma jgn pulak, waktu berisi, sampai xcukup kain nak jahit buat baju..tp bila dah kurus..sampai xcukup kain ko pakai saiz SSS saiz baby... kehkehkeh ok dik..all the best...
Quote SalenaGomez 19-3-2023 06:00 PM
Cantekkk nya…org gemuk2 ni mmg cantik bila dah kurus dan suara pon sedap kalau nyanyi

Tp actually, kalau kurus mmg cantik n nampak lebih muda dari usia

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.047179 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top