CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Cha Joo Young Tak Dedah 'Body' Dalam The Glory, Guna Teknik CGI

19-3-2023 10:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 535| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Drama Korea Selatan, The Glory sehingga kini masih hangat diperkatakan walaupun sudah seminggu bersiaran di platform penstriman Netflix.Tidak sahaja berpuas hati dengan lakonan mantap barisan pelakon, ...
Drama Korea Selatan, The Glory sehingga kini masih hangat diperkatakan walaupun sudah seminggu bersiaran di platform penstriman Netflix.

Tidak sahaja berpuas hati dengan lakonan mantap barisan pelakon, ramai juga resah menantikan setiap babak yang berada diluar jangkaan penonton.


Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila aktres Cha Joo Young yang memegang watak sebagai Choi Hye Jeong membuka baju dan tampil separuh bogel dalam salah satu babak siri tersebut.


Namun, menerusi media sosial, ramai pula yang mempertikaikan payudara yang terdedah itu adalah milik aktres tersebut dan Joo Young memakai pad pada bahagian dadanya.

Menerusi laporan Allkpop, Joo Young menjelaskan dia sebenarnya tidak mendedahkan bahagian itu tetapi menggunakan teknik pengimejan berkomputer (CGI).

"Bahagian badan yang ramai irang ingin tahu itu adalah CGI dan produksi menyediakan pasukan khas untuk babak tersebut.


"Watak itu digambarkan telah menjalani pembedahan membesarkan payudara. Mungkin orang akan kecewa jika tahu perkara sebenar.


"Ada penonton komen, alang-alang saya dedahkan payudara, kenapa tidak bogel sepenuhnya. Mereka tidak tahu itu adalah palsu," katanya.

The Glory turut dibintangi pelakon hebat seperti Song Hye Kyo, Lee Do Hyun, Ji-yeon, Kim Hieora, Park Sung-Hoon dan Kim Gun-woo. - CARI


Sumber: mStar, Allkpop



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote lasagna 21-3-2023 11:45 AM
aku ske btul cite The Glory ni, ending dia mmg puas hati giler.
babak tu sekejapan berapa saat jer pun. tak laa lama mana.
mostly korean b**bs pun tecik. mebi juga dia org guna teknik CGI.
sbb dia bwk watak yg dia mmg ada buat pembesaran b**bs.
Quote sambaldurian 19-3-2023 09:03 PM
The glory ni ok la jgk, org jahat dh digambarkan dpt balasan awal2, ( yg ujian tu tunjuk sikit2 je)klu ko tgk sinetron indonesia 150 eps, babak 30 minit sebelum ending 150 eps tu la baru org jahat dpt pembalasan. Lg 149 stgh episod hero/heroin asyik dpt ujian je.
Quote Bawang123 19-3-2023 01:23 PM
Bahaya cgi nih... Nanti bamjat tau, dia asik nak xpose bubis je. Kena kecam, boleh cakap bubis cgi.
Quote Thunderclouds 19-3-2023 11:44 AM
Lahhhh..bubis cgi kaa..montok betol.
Quote Nizleen86 19-3-2023 10:51 AM
Nice betul the glory ni. Sikit sebanyak ada dark sides of koreans yg di highlights. Btw SHK dah nampak ketuaan ya. Jauh betul beza masa descendant of the sun.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.066272 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top