CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ummi Masuk Kelas Lakonan, Inisiatif Cari Kelainan

19-3-2023 08:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 241| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Baru-baru ini, nama pelakon Ummi Nazira menjadi perbualan apabila wanita itu menjayakan watak sebagai Salina menerusi drama Rindu Kasih ditayangkan di TV3.Ketika babak pergaduhan bersama ibu mentua la ...
Baru-baru ini, nama pelakon Ummi Nazira menjadi perbualan apabila wanita itu menjayakan watak sebagai Salina menerusi drama Rindu Kasih ditayangkan di TV3.

Ketika babak pergaduhan bersama ibu mentua lakonan Fazlina Datuk Ahmad Daud yang menyaksikannya berubah menjadi psiko, Ummi berjaya memukau dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Mengulas lanjut, anak kelahiran Besut, Terengganu itu menyedari hakikat tidak semua watak boleh digalas dalam keadaan dirinya berhijab.


Justeru, katanya, dia perlu tampil dengan pelbagai inisiatif tambahan di samping berusaha lebih menghidupkan watak supaya dapat memberi kelainan.

"Saya terbuka dengan apa sahaja watak diberikan pada masa akan datang. Walaupun pasti akan ada sedikit persamaan, tetapi sebagai pelakon, saya perlu mencari kelainan.

"Disebabkan berhijab, tak semua watak sesuai untuk dibawa. Jadi, tanggungjawab saya membina karakter tersendiri supaya tidak nampak sama.

"Saya mengikuti kelas lakonan untuk menjayakan setiap watak diberikan. Sebagai contoh, saya ambil kelas lakonan terlebih dahulu dengan Fatimah Abu Bakar ketika membintangi drama Risik Pada Hati, tahun lalu.


"Saya bersyukur dengan bimbingan diberikan guru, mentor dan pasukan produksi, ia membantu saya melangkah hingga ke tahap ini," katanya.

Terdahulu, Ummi menunggu selama 16 tahun sebelum diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023, baru-baru ini. - CARI


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote beautifulorchid 20-3-2023 09:18 AM
cantik plak tudung umi ni...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.065199 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top