CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Drama Projek:High Council Lonjak Populariti Mierul Aiman

18-3-2023 04:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 422| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Bagi pelakon Mierul Aiman yang melakonkan watak Fakhri menerusi siri Projek:High Council, dia mengakui kehidupannya kini banyak berubah dan menjadi buruan peminat.Pemilik nama sebenar, Muhammad Amirul ...
Bagi pelakon Mierul Aiman yang melakonkan watak Fakhri menerusi siri Projek:High Council, dia mengakui kehidupannya kini banyak berubah dan menjadi buruan peminat.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Amirul Aiman Norazman, 25, berkata, dia sendiri terkejut dengan sambutan hangat penonton sehinggakan dia dan barisan pelakon lain diserbu peminat ketika terlibat dalam program promosi drama tersebut.



"Antara satu pengalaman baru yang saya rasa sekarang apabila ada yang tegur dan panggil nama saya ketika sedang berjalan walaupun saya pakai pelitup muka dan topi.

"Bagi saya, ia satu perjalanan yang indah. Bila lagi nak rasa macam ni? Saya anggap ini sebagai satu harga yang perlu dibayar apabila bergelar pelakon," katanya.

Disebalik populariti yang dikecapi kini, Mierul juga sedar bahawa ia tidak kekal lama dan semuanya bergantung kepada hasil kerja keras menjayakan watak terbaik dalam drama selepas ini.


Katanya lagi, apa dirasai ketika ini bukan jalan mudah tetapi percaya Tuhan telah menetapkan jalan terbaik untuknya dalam mencipta nama sebagai pelakon.


"Soal untuk terus popular saya letakkan sepenuhnya usaha dan selebihnya adalah urusan Allah.

"Saya percaya pada rezeki yang telah ditetapkan malah Allah sudah tetapkan masa terbaik untuk saya capai semua ini," katanya.

Sebagai orang baharu dalam industri, Mierul juga tidak mahu membataskan kerjaya seni pada hanya satu genre lakonan dan sedia menyahut cabaran menggalas pelbagai watak.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-3-2023 10:46 AM
See... shirtless will make you famous..ekekeke
Quote AKAZ85 18-3-2023 08:39 PM
Takpe dekkk.. Dulu bamtah pon gini jugak..kurus.. Kering je... Dah banyak duit nanti hensem ngan macho la nanti budak2 PHC ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.042364 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top