CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Bunuh Diri Lepas Tembak Ibu Dan Bunuh 2 Polis

17-3-2023 09:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10852| Komen: 1

Description: Remaja berusia 16 tahun menembak diri sendiri selepas menembak ibunya. Malah, suspek dilaporkan turut membunuh dua anggota polis yang tiba di kediaman mereka.Menurut laporan AWANI, Ketua Polis Edmonto ...
Remaja berusia 16 tahun menembak diri sendiri selepas menembak ibunya. Malah, suspek dilaporkan turut membunuh dua anggota polis yang tiba di kediaman mereka.

Menurut laporan AWANI, Ketua Polis Edmonton, Dale McFeeberkata, kedua-dua anggota berkenaan ditembak ketika tiba di sebuah bangunan pangsapuri sebaik menerima panggilan berhubung pertelingkahan domestik pada jam 12.47 tengah malam Khamis.



Gambar hiasan

Pasukan polis yang dikerah ke apartmen itu kemudian menemukan mayat suspek yang tidak dinamakan kerana masih berada di bawah umur itu dengan kesan tembakan yang dipercayai dilakukannya sendiri.

Manakala, ibu suspek dilapor dalam keadaan kritikal ketika dibawa ke hospital namun kini berada dalam keadaan stabil.

Anggota polis yang terkorban dikenal pasti sebagai Travis Jordan, 35, yang telah berkhidmat dengan pasukan Edmonton selama lebih 8 tahun, dan Brett Ryan, 30, yang berkhidmat lebih 5 tahun.


"Ini adalah hari yang sangat tragis bagi Perkhidmatan Polis Edmonton dan bandar ini.

"Anggota polis ini berkorban nyawa ketika cuba melindungi komuniti di sini. Pengorbanan mereka tidak akan dilupakan," kata McFee dalam satu kenyataan.

Punca kejadian masih dalam siasatan polis.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 17-3-2023 10:35 PM
Berat betul kes belah sana

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.037662 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top