CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Selepas Tujuh Tahun, Akhirnya Yuna Nyanyi Lagu Bahasa Melayu

17-3-2023 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5089| Komen: 12

Description: Selepas tujuh tahun tidak tampil dengan lagu berbahasa Melayu, akhirnya Yuna melancarkan Menanti khas buat peminat.Yuna menyifatkan penghasilan Menanti sebagai kebetulan apabila mendapat peluang dan i ...
Selepas tujuh tahun tidak tampil dengan lagu berbahasa Melayu, akhirnya Yuna melancarkan Menanti khas buat peminat.

Yuna menyifatkan penghasilan Menanti sebagai kebetulan apabila mendapat peluang dan inspirasi menggubahnya selepas sudah lama tidak menghasilkan lagu dalam bahasa berkenaan.


Foto: IG

Lebih mengujakan, Yuna memberitahu akan ada lagu-lagu berbahasa Melayu lain yang akan dilancarkan pada masa akan datang.

"Lagu Melayu pertama selepas tujuh tahun. Tak sabar nak kongsi dengan anda lagu baru... kebetulan ada pula peluang dan inspirasi.

"Terimalah Menanti dan lagu-lagu lain yang akan datang. Sayang anda semua," ujarnya.



Sebelum ini menerusi Twitter, Yuna ada memberi bayangan kepada peminat dia bakal kembali.

Menerusi video yang dimuat naik, Yuna berkongsi sedutan-sedutan muzik video dan klip beberapa nyanyiannya dalam bahasa Melayu.



Malah penyanyi itu turut membuat undian tentang genre lagu yang dimahukan peminat bagi single terbaharunya itu.

Hasil undian itu, 46 peratus mahukan Yuna merakamkan lagu berbahasa Melayu genre 'sendu' dan penyanyi itu menunaikan permintaan peminat.



Untuk rekod, Yuna mula mencipta nama di Amerika Syarikat pada 2011 dan pernah popular menerusi lagu duet bersama Usher iaitu Crush. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 17-3-2023 05:13 PM
Dah kenapa lagu kau dah macam lagu Yoniboi?
Quote dua_chzy 17-3-2023 05:13 PM
Atau cik B? Ape ni?
Quote Raline 17-3-2023 07:13 PM
Selepas tujuh tahun Yuna kembali dengan lagu Melayu
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5152937
Post time 11-3-2023 03:37 PM


dah ada la awaaa...
Quote sleepandream 17-3-2023 07:54 PM
5 saat jeh letak? apooooo
Quote arwenlotr 17-3-2023 08:11 PM
Terukir di bintang tu siapa nyanyi?
Quote inspektoremos21 17-3-2023 08:44 PM
Mesti flop.. Org2 yg akan kata lagu dia best pun mungkin hanya adamyousofunny, bcl, aizat amdan dan isteri.
Quote dekmieDandy 17-3-2023 08:44 PM
kenapa tujuh tahun??? bukan ada lagu 'tiada akhir' release 2019 ke.??
Quote Tembikaigoreng 17-3-2023 11:06 PM
dua_chzy: Dah kenapa lagu kau dah macam  ...


Bahahahahah betul juga!!!
Quote rayray28 17-3-2023 11:08 PM
dua_chzy replied at 17-3-2023 05:13 PM
Atau cik B? Ape ni?

Kann..dgr awal2 td mmg igt cik B terus
Quote dua_chzy 18-3-2023 01:43 AM
Tembikaigoreng replied at 17-3-2023 03:06 PM
Bahahahahah betul juga!!!

Level hanjeng dah lagu sheols banding zaman2 Deeper Conversation dulu yach! Part korus je la hada ok siked tapi tu pon melodi tu tak unik. Macam pernah dengar somewhere. Pengaruh tiktok banyak kat lagu Melayu terbaru (yang tak sedap) Yuna ni yach!
Quote dua_chzy 18-3-2023 01:44 AM
rayray28 replied at 17-3-2023 03:08 PM
Kann..dgr awal2 td mmg igt cik B terus

Aiol tak faham - nak target GENERASI TIKTOK ka?
Quote Tembikaigoreng 18-3-2023 10:17 PM
dua_chzy replied at 18-3-2023 01:43 AM
Level hanjeng dah lagu sheols banding zaman2 Deeper Conversation dulu yach! Part korus je la hada  ...

Nak paling terunik kot!! Rasanya suara dia pun cam kureng and xsesedap kat lagu  terukir dibintang

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-4-2023 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.077036 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top