CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Pecah Masuk Rumah Salah Curi Kasut Bola Dan Pingat

17-3-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3974| Komen: 0

Description: Pingat naib juara Piala Negara Afrika bersama barangan berharga lain yang dicuri dari vila milik Mohamed Salah ditemui semula susulan penahanan dua lelaki.mStar melaporkan, mereka ditahan selepas meme ...
Pingat naib juara Piala Negara Afrika bersama barangan berharga lain yang dicuri dari vila milik Mohamed Salah ditemui semula susulan penahanan dua lelaki.

mStar melaporkan, mereka ditahan selepas memecah masuk rumah Salah di Kaherah, Mesir dan salah seorang yang ditahan merupakan bekas pengawal keselamatan di kompleks kediaman itu.



BBC

Kementerian Dalam Negeri Mesir berkata, antara lain yang ditemui polis adalah tiga pasang kasut bola sepak serta pakaian berjenama.

Penemuan barang-barang itu dibuat beberapa jam sebelum perlawanan Liverpool menentang Real Madrid pada petang Rabu.


IG


Selepas kejadian, satu sumber memberitahu Al-Ahram: "Kamera pengawasan di sekeliling sedang diteliti, dan anggota keselamatan yang bertanggungjawab mengawal tempat itu sedang disoal siasat.

"Khidmat sekuriti sedang giat untuk menyelesaikan misteri kejadian itu, dan langkah undang-undang yang diperlukan telah diambil." 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.183952 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top