CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidung Remaja Tercucuk Anak Panah Ketika Tangkap Ikan Dengan Kawan

17-3-2023 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4406| Komen: 0

Description: Dua rakan keluar menangkap ikan pada petang Khamis berakhir dengan tragedi apabila hidung remaja lelaki berusia 18 tahun tertusuk anak panah.Awani melaporkan, mangsa dikejarkan ke Hospital Ranau pada ...
Dua rakan keluar menangkap ikan pada petang Khamis berakhir dengan tragedi apabila hidung remaja lelaki berusia 18 tahun tertusuk anak panah.

Awani melaporkan, mangsa dikejarkan ke Hospital Ranau pada jam 4.30 petang sejurus kemalangan itu berlaku.



Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun cedera setelah hidungnya tertusuk anak panah sewaktu menangkap ikan pada petang Khamis. - Foto JBPM

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengesahkan pasukannya menerima panggilan pada jam 4.59 petang daripada pihak hospital yang gagal mengeluarkan anak panah tersebut.

Tiga pegawai bomba yang dikerah ke hospital berkenaan mengambil masa 10 minit untuk memotong anak panah itu menggunakan bolt cutter dan operasi ditamatkan pada jam 5.11 petang.

Mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.151495 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top