CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syura Selamat Bersalin Anak Lelaki Secara Normal

14-3-2023 07:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9481| Komen: 11

Description: Syura selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor Bharu, Johor pada pukul 9.01 malam, Isnin.
Syura selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor Bharu, Johor pada pukul 9.01 malam, Isnin.

Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata, bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan secara normal dan memilih untuk bersalin di Johor kerana sebelum ini doktor yang sama menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.


Kata Syura, dia juga berasa bimbang jika berlaku sebarang komplikasi atau perlu melahirkan secara pembedahan apatah lagi ini kali pertama dia bersalin dalam tempoh 12 tahun.

Foto: IG

"Syukur Alhamdulillah proses bersalin semua dipermudahkan. Saya pilih untuk bersalin di sini (Johor) sebab bimbang jika perlu dibedah, maklumlah usia pun sudah meningkat.

"Selepas 12 tahun, pelbagai perasaan yang saya rasakan. Memang teruja tapi dalam masa sama ada sedikit rasa janggal. Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.




Dalam pada itu, Syura berkata, dia dan suami iaitu Muhd Farizat, 29, sepakat memilih nama Muhammad Umar Eussof untuk bayi lelaki mereka.

Syura memberitahu suaminya teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka dan turut menemaninya saat melahirkan di dewan bersalin.

Menurutnya lagi, dia dan suami akan berkongsi gambar bayi mereka itu untuk tatapan peminat dalam masa terdekat.



"Mestilah suami teruja sebab ini kali pertama dia bergelar seorang ayah. Dia yang sambut bayi kami semalam sampai menggigil tangannya apabila melihat anak kami," ujarnya.

"Buat masa sekarang memang tak kongsi wajah anak. Kita pun tak mahu perkara tidak diingini berlaku. Tapi tidaklah saya akan sorok lama.

"Insya Allah kami akan kongsi bila tiba masa sesuai," jelasnya yang akan menjalani proses berpantang di Kuala Lumpur.



Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan ini merupakan perkahwinan kedua penyanyi tersebut.

Untuk rekod, Syura pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.



Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14 dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 14-3-2023 07:30 PM
alamak who is yuhhhhh??????

kaka terlampau muda untuk kenal siapa mereka ni...

yang kenal tu jom pakat2 standby anti aging dan esteloder advanced night repair kat umah... titik lah tiap2 malam supaya kedut tu boleh tegang kembali...
Quote MeowPARSI 14-3-2023 09:28 PM
Apa jd dgn kes mahkamah dia eh
Quote spankee_fili 14-3-2023 09:30 PM
Tahniah Cula
Quote Nizleen86 15-3-2023 02:05 AM
Sampai beranak dah dia ni..kes ct nana dah settle belum?
Quote imanjannah 15-3-2023 07:40 AM
alhamdulillah.. tahniah syurga
Quote prince_marhaen 15-3-2023 08:59 AM
..Mestilah suami teruja sebab ini kali pertama dia bergelar seorang ayah..


bangga lettuw zuraidah bedon dapat kawin orang bujang...dia tak heran dah tiga kepala keluar hihihi... lepas ni kakak babi sondol pulak beranak anak cencorot tu... meriah cucu pak bedon

Quote ezacbee 15-3-2023 09:01 AM
Nizleen86 replied at 15-3-2023 02:05 AM
Sampai beranak dah dia ni..kes ct nana dah settle belum?

Belum rasanya. Masing2 happy je.
Quote dewi_rina 15-3-2023 09:31 AM
Kes kakak dia rampas laki orang dah senyap?
Quote rosedemon 15-3-2023 09:57 AM
watevAGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
Quote brunesss 15-3-2023 10:45 AM
artist sendu tua penuh kontrobersi mcm ni tak payah lah post.

we need quality content mcm emma maembong dan suaminya yg elok tu
Quote Nurkaseh01 23-3-2023 11:09 PM
Tahniah kira dah lewat jugk umo tu nasib takde ape2 masalah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.153029 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top