CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mek Zura Microsleep, Langgar Pokok Besar Ketika Pulang Dari Kerja

10-3-2023 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1845| Komen: 7

Description: Penyampai radio Molek FM, Mek Zura menerusi perkongsian di laman sosial memaklumkan terbabit kemalangan sewaktu pulang ke rumah dari tempat kerja.Katanya, punca kemalangan disebabkan ‘Microsleep’.IG ...
Penyampai radio Molek FM, Mek Zura menerusi perkongsian di laman sosial memaklumkan terbabit kemalangan sewaktu pulang ke rumah dari tempat kerja.

Katanya, punca kemalangan disebabkan ‘Microsleep’.



IG

“Saya dah rasa kurang sihat sejak datang kerja jam 5 pagi hari itu, tetapi saya masih memaksa diri untuk datang kerja. Untuk dijadikan cerita, setelah selesai menjalankan kerja harian saya, saya terus pulang kerana waktu itu apa yang saya fikir hanyalah nak berehat.

“Perjalanan dari Sri Pentas ke rumah saya, Bagan Lalang agak jauh di mana mengambil masa hampir 1 setengah jam jadi saya sentiasa sediakan makanan seperti keropok, gula-gula dan minuman untuk hilangkan rasa ngantuk.

“Tapi, hari itu saya berpuasa jadi apa yang saya boleh buat untuk hilangkan rasa ngantuk hanya dengan tepuk pipi untuk rasa lebih segar namun tak berjaya. Sewaktu perjalanan pulang, saya memandu dengan keadaan yang berbahaya di mana saya ke kiri dan kanan tanpa sedar.


“Setibanya di guard house saya amat bersyukur kerana sikit sahaja lagi nak sampai rumah tetapi dengan tak sedar tiba-tiba kereta saya dah melanggar pokok besar berhampiran rumah saya,” jelas Mek Zura dipetik XTRA.

Pun begitu, dia bersyukur kejadian berlaku tidak juah dengan rumahnya.



Difahamkan, Mek Zura tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Dia yang bersyukur diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa menasihati pendengar untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan jangan memaksa diri jika terlalu penat.

Selain itu, dia menegaskan tali pinggang keledar wajib dipakai walau pergi ke mana sahaja bagi mengurangkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 10-3-2023 06:47 PM
Allahuakbar. takut nyaaa. moga cepat sembuh mek, moga sentiasa dalam lindungan Allah
Quote Perawankota 10-3-2023 06:54 PM
Risau kalau microsleep..
Quote imanjannah 10-3-2023 07:54 PM
kawan aku sedar2 dah langgar belakang kereta org..
Quote mojarean_X 10-3-2023 07:59 PM
Iols kalo drive kt highway jauh2 selalu hampir microsleep. Iols terpaksa jerit kuat2 dan tampar diri sendiri supaya x microsleep
Quote rayna_raynes 10-3-2023 09:19 PM
Ku ingatkan Fazura yang eksiden huhuhu
Get well soon la Mekzura walaupun tak kenal
Quote kechikchomel 10-3-2023 09:49 PM
mojarean_X replied at 10-3-2023 07:59 PM
Iols kalo drive kt highway jauh2 selalu hampir microsleep. Iols terpaksa jerit kuat2 dan tampar diri ...


Uollss slalu drive sorg² je ke? Kalau ada teman boleh jugak alert uollss klu terlelap kejap. Tp kalau si peneman pun terlelap tak guna jugak.


Macam cousin iolss haritu bini dia citer, dia dgn ank² sume tdo, cousin iolss drive sorg je la. Sedar² je dah bergesel divider. Sukurrrr takde pape.
Quote mojarean_X 10-3-2023 11:34 PM
kechikchomel replied at 10-3-2023 09:49 PM
Uollss slalu drive sorg² je ke? Kalau ada teman boleh jugak alert uollss klu terlelap kejap. Tp k ...

Ye sorang2...walaupun iols ckp rehat pun tetap juga nk microsleep...dh lah iols bawa laju pula tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.216973 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top