CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Macam Ni Gayanya, Banyak Kali Ulang Al-Fatihah! Budak-Budak Bising Main Lato-Lato Dalam Surau

20-2-2023 07:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1098| Komen: 6

Description: Nampak seperti permainan biasa yang murah, namun dua bebola bertali Lato-lato di Indonesia menular ke Malaysia.Gambar hiasanBaik kanak-kanak mahupun yang tua, semakin ramai ketagih menghayun lato-lato ...
Nampak seperti permainan biasa yang murah, namun dua bebola bertali Lato-lato di Indonesia menular ke Malaysia.


Gambar hiasan


Baik kanak-kanak mahupun yang tua, semakin ramai ketagih menghayun lato-lato, siap ada pertandingan lagi dan hadiah ditawarkan juga bukan calang-calang seperti motosikal, mesin basuh dan wangtunai.

Pun begitu, permainannya tidak 'mesra alam' dan bunyinya sangat mengganggu bagi mereka yang tiada kesabaran.



Begitulah yang turut dilalui seorang wanita ini apabila berkunjung ke sebuah surau awam untuk menunaikan solat, lapor Kisah Dunia. 

Ketika jemaah lain sedang menunaikan tanggungjawab masing-masing, kelihatan dua kanak-kanak asyik bermain ‘lato-lato’ hingga mengganggu orang sekeliling.




Meskipun cukup marah dengan kejadian berkenaan, namun dia hanya mampu bersabar mengenangkan ia adalah tempat awam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa melihat perkongsian Rosnani itu. 



Ramai berharap ibu bapa kanak-kanak berkenaan membuat teguran lebih keras supaya perkara sedemikian tidak berulang. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 21-2-2023 10:34 AM
kalau area umah tu xpaham aku
dah kul 10 11 baru la nak mula main
rasa nak aje aku lilit leher yg dok ketek ketek ketek ketek ketek tu pakai lato2
Quote DARSITA 21-2-2023 10:41 AM

Sebab itu aii rela sembahyang di rumah dari di masjid or surau. Dgn bising gitu mmg batal lah sembahyang sebab hati ni asyik menyumpah seranah. Dah kena dah dgn orang orang pakistan yang bodoh ya amat dgn adap dlm masjid. Anak melalak, main kejar kejar, makan bersepah atas carpet masjid etc .. dia orang ni wife para doctor lawyers tapi adap sivic mcm ni tak tau.
Quote Burong_Hantuk 21-2-2023 11:11 AM
jenis mak bapak x ajar....
Quote prettyuglybabe 21-2-2023 11:45 AM
kalau i, i syyyhhhhhh kan aja..
biar mak dia yang tengah solat tu cepat-cepat pastu angkut anak keluar..
Quote hyie 21-2-2023 12:06 PM
iols paling2 pon jegil mata je kat anak orang kalau ikutkan hati nak bagi pelempang aje
Quote Lagubestbest 21-2-2023 05:51 PM
baru harini tetibe anak jiran kecik sangat lagi tak terer dok ktak.. ktak.. ktak.. so masih alhamdulillah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054918 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top