CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rider Conteng Arang Lagi, Tinggal Makanan Merata-rata Sebab Malas Hantar Sampai Depan Pintu

13-2-2023 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1567| Komen: 20

Description: Tular dakwaan seorang pelanggan yang mendakwa rider gagal menghantar makanan ke kediamannya."Selama aku hidup, ini kali pertama aku rasa nak luah kat sini. Order makanan pun hampir sejam, yang mana ak ...
Tular dakwaan seorang pelanggan yang mendakwa rider gagal menghantar makanan ke kediamannya.

"Selama aku hidup, ini kali pertama aku rasa nak luah kat sini. Order makanan pun hampir sejam, yang mana aku tak kisah pun," ujarnya dipetik mStar.



Pelanggan luah rasa kecewa apabila makanan tidak dihantar ke kediamannya. - Foto: mStar

Malah, katanya sebelum makanan sampai dia menerima panggilan daripada rider. Menariknya, muncul nama ‘rider pemalas’ melalui aplikasi Truecaller.

Dakwanya, rider itu memintanya turun mengambil makanan di hadapan lif memandangkan dia perlu ke lokasi seterusnya.

Bagaimanapun, dia tetap meminta rider itu untuk naik ke tingkat kediamannya yang terletak bersebelahan dengan lif kerana sedang ada urusan.

"Tiba-tiba status tunjuk delivered tapi makanannya tak sampai. Apabila hubungi nak tanya status makanan kena reject tanpa sebarang respons. Yilek, nada, nothing," katanya.


Dia yang akhirnya terpaksa turun ke tingkat bawah mendapati makanan dipesannya sekadar diletakkan di atas peti surat.


Gambar hiasan - Foto: mStar

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyelar sikap tidak amanah rider berkenaan sehingga menyusahkan pelanggan yang telah membayar caj penghantaran.

Ada juga rider meninggalkan komen, menganggap tindakan pelaku seumpama menconteng arang buat komuniti pekerjaan tersebut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-2-2023 09:45 AM
Rider tu kejar trip tapi dah keluar kat Truecaller 'Rider Pemalas' ko bagi rating satu star jahh
Quote prettyuglybabe 13-2-2023 10:15 AM
kalau dah macam tu, rate je la satu star..
biar dia kena ban..
dah dapat kerja rider, buat masalah pulak..
orang order makanan sah-sah la nak makanan sampai depan pintu..
kalau kena turun naik lif, baik bersiap gi beli sendiri je..
Quote Thunderclouds 13-2-2023 10:19 AM
Aku malas nk bcukau ngn rider time dok flat.
Dia call mintak aku turun,aku turun p amik (level 1 ja pon,no hal)
Obt dia aku bg 1bintang & tader tips.
Out of sight out of mind.
Quote sarahmirza 13-2-2023 10:19 AM
Ntah nyah...
I kadang2 order grab kat office rider minta turun amik kat lobby.... I okay je...
Ingatkan dulu i je yang baik hati sangat turun dari tingkat belas2 ke lobby...
Rupanya ramai je yg kerja same building yang turun juga ke lobby amik dari rider...
Quote cikatilia 13-2-2023 10:29 AM
opis aku ada rider malas masuk pagar.. suruh kita keluar.. dok lepak depan gate tu... hanat tol.
Quote _blackbird 13-2-2023 10:34 AM
aku pon masa duduk apartment, kalau food delivery mcm ni mmg aku dah standby tunggu kat lobi, ada tracker kan, ntah la, aku rasa win2 situation. no obligation pon si rider ni nak kena hantar sampai ke depan pintu melainkan aku bayar utk door to door service. ni kalau rider malas mmg ku laharkan ajer.

skang duduk landed, ku dah siap2 tunggu depan pagar.
Quote vanillaninja 13-2-2023 11:17 AM
Bukan standard ke kalau duk high-rise memang the rider drop dekat lobby/drop-off point? Kalau lif rosak and rumah orang tu level 15, memang the rider is expected to naik tangga and deliver depan pintu ke?

Quote Burong_Hantuk 13-2-2023 11:55 AM
so far so good
Quote esbok 13-2-2023 11:58 AM
vanillaninja replied at 13-2-2023 11:17 AM
Bukan standard ke kalau duk high-rise memang the rider drop dekat lobby/drop-off point? Kalau lif ro ...

Ya depan pintu
Quote chikumanis 13-2-2023 01:17 PM
ada ambil door to door service ke? biasanya kalau ada, memang door to door service. melainkan dia obey, boleh la rate 1*...
Quote kakikuDibibirmu 13-2-2023 01:29 PM
Melayu memang pemalas, selayaknya lah jadi kuli hamba abdi penghantar makanan jah
Quote pekanwoohoo 13-2-2023 01:39 PM
vanillaninja replied at 13-2-2023 11:17 AM
Bukan standard ke kalau duk high-rise memang the rider drop dekat lobby/drop-off point? Kalau lif ro ...

Ye. Motor rosak ke, rumah terbakar ke, order rumah tingkat 50 pun lif rosak ke, rider wajib hantar sampai depan pintu.
Quote LoveSungmin 13-2-2023 01:53 PM
delivery memang door to door unless security guard tak bagi masuk.. then yang tu kena tinggalkan kat guard house.. kalau lif rosak, kena ikut budi bicara la.. dulu i stay tingkat 16, i pick up kat tingkat 8.. tak pun suruh adik i turun sampai bawah sekarang stay tingkat 4, okay je rider hantar sampai depan pintu.. tau² dah ada dalam bakul
Quote cmf_premierleag 13-2-2023 02:23 PM
Nak elak rider hantar merata, ko buat je payment by cash
So maksudnya rider tu kene bayar guna duit dia dulu
Pastu baru ko bayar dia ala2 COD
akak buat mcm ni skang dgn grab food
Sah2 rider akan deliver smpi ke tangan aku
Kalo x, dia x dpt la payment cash tu
Quote Decaffeinated 13-2-2023 03:40 PM
aku team rider.

ko duduk atas awan sila turun pick up your order.

Quote Skuau 13-2-2023 05:44 PM
sapa suh korang 'beli kat rider'....dah kena..'menyalak'...pulok...
Quote Kurex 13-2-2023 05:51 PM
Iols terdesak jah guna rider. Macam semalam nak beli ayam penyet, rege rm12 + delivery fee 9.90sen. iols terus keluar beli ayam penyet dekt tempat tu. Rege ayam penyet+extra jos rm11
Quote dekmieDandy 13-2-2023 05:58 PM
team customer, sebab memang semua door to door delivery (kecuali lala move)

rider tu yang pemalas, tiber-tiber nak suruh customer yang 'bertimbang rasa'

habes tu kalau tukang masak tetiba malas, dia masak separuh je, separuh lagi ko sambung masak kat rumah, boleh ke camtu???
Quote Skuau 13-2-2023 07:29 PM
tuk keberapa kali benda ni jadi...'terma & syarat' msh x jelas lg ke???

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070831 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top