CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Payah Berkias, Be Gentle, Sebut Nama Dan Kemukakan Bukti," Fizo Omar Sound Mawar Karim, Ajak Naik Mahkamah

8-2-2023 04:25 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 15030| Komen: 132|Original author: Saiful

Description: Fizo Omar mengakui sindiran yang dikeluarkan bekas isterinya itu ditujukan kepadanya.
Fizo Omar mengakui sindiran yang dikeluarkan bekas isterinya itu ditujukan kepadanya.

Katanya sindiran tersebut merupakan satu fitnah yang boleh menjejaskan namanya dan keluarga.

Foto: IG

“Sebenarnya saya agak ketinggalan, tidak tahu menahu sehingga salah seorang staff saya beritahu. Saya kurang jelas apa yang dimaksudkan tapi bila tengok respons daripada netizen memang itu ditujukan kepada saya.

“Sekiranya betul, saya rasa lebih gentle tak perlu berkias-kias, sebut sahaja nama senang kita ambil tindakan susulan. Pada saya itu satu fitnah yang boleh menjatuhkan reputasi saya dan keluarga.

“Sekiranya betul, be genuine, be gentle, sebut nama dan kemukakan bukti, petik nama. Jadi nama yang dipetik akan menjawab, mungkin akan kemukakan bukti siapa yang betul, siapa yang salah. Tak gentlelah nak meroyan kat media sosial seorang, tak puas hati, petik nama. Rasa kalau ada benda tak betul, kita pergi mahkamah,” katanya kepada Melodi.





Malah dia tak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas agar perkara tersebut tidak berulang.

“Saya tak ada apa yang di takutkan, selepas berpisah, tiga tahun saya berdiam diri tak pernah buat sebarang kenyataan sebab saya memikirkan anak.

“Tiada angin tiada rebut kita nak sesuatu untuk dapat perhatian daripada orang, tak payah berkias-kias, straight to the point, kita tengok apa tindakan yang patut kita buat.

“Sekiranya saya nampak memang agak melampau, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan dengan niat benda ini tidak berlaku lagi.

“Benda dah lepas, saya dah berkahwin, dah bahagia, dah berkeluarga dan dia sendiri pun dah ada pasangan dan keluarga. Jaga pasangan masing-masing. Tak perlu buang masa.

“Sama-sama kita bersahabat baik demi membesarkan anak, itu lagi bagus sebenarnya."

Fizo memberitahu hubungannya bersama isteri kini dalam keadaan baik sahaja bairpun terpalit dengan isu ini.

“Secara jujur isteri saya jenis tak ambil tahu, sehinggalah saya yang beritahu sekurang-kurangnya saya beritahu, dialah yang banyak berpesan pada saya.

“Kadang-kadang kita nak juga bersuara di media sosial, tapi atas nasihat daripada isteri saya, bersabar memberi kekuatan kepada saya dari segi hubungan kami tidak terjejas, Alhamdulillah,” katanya.

“Jangan terlalu emosi, kita ni orang tengok kiri, kanan, depan dan belakang. Kalau apa yang terbuku di hati, kita masih berhubung, ada nombor telefon, tegur cara baik-baik, saya harap benda ini tidak berlarutan demi anak, demi nama baik kedua-dua keluarga.

“Manusia sabar ada tahap, sampai tahapnya mungkin akan bersuara. Ingat, negara kita ada undang-undang. Jangan sampai susah satu hari baru kita fikir kesan dan akibat semata-mata mengikut emosi kita."

Tunggu reaksi Mawar selepas ini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 8-2-2023 04:32 PM
Apa lg madam rose reveal la. Dia da cabar tu. Lambakan je bukti
Quote NazRysha 8-2-2023 04:35 PM
Padan muka ko mawar
Betul la apa yang Fizo cakap
Team Fizo
Quote NazRysha 8-2-2023 04:36 PM
Sabar orang ada had jugak wei
Ni mesti kes tak puas hati tgk ex laki bahagia
Kalau ada bukti sila kemukakan jer dekat mahkamah
Quote jihyomelly 8-2-2023 04:37 PM
dia probok ek..cik rose sila proceed apa patut..netizen pun tgk sapa yg kena sapa betul sapa salah..
Quote msel 8-2-2023 04:42 PM
Sapa mula dulu sindir2 ni? Dah dah ler tu..
Quote Fazzbulous 8-2-2023 04:48 PM
kemon rosee...bring it on..kikikikiki...
Quote riena3321 8-2-2023 04:49 PM
ntah mawar ni dok berkias2. bagi jer bukti biar fizo terciduk
Quote ayukpingu 8-2-2023 04:51 PM
apa lagi rose...ini lah masa nya. dia minta bukti tue...
Quote AnnaSendin 8-2-2023 04:53 PM
Acik rose boleyh saman pizo kerna sheols tade petik nama sesiapa. Pizo yang terasa lalu petik nama acik rose.
Quote primarikey 8-2-2023 04:53 PM
Aku tggu je mawar kuarkn bukti sambil mkn popkon....
Quote arffa 8-2-2023 04:54 PM
madam Rose kami nak bukti, aku ni dahla mmg berbulu dengan geng - geng SSKJP. Belum pernah jumpa jantan SKKJP yang perangai senonoh.
Quote bvsf06 8-2-2023 04:56 PM
Acik2 forum/netizen sokmo minta bukti
Tapi bila org tu keluarkan bukti dah kata sebarkan aib/ suka meroyan pulak
Macam kes Bella vs Sophia
PS vs Syamsul


Quote LadyCarefree 8-2-2023 04:57 PM
Kalau pijat menghabiskan duit roseyposey masa dalam perkahwinan, memang xbolehlah nak bawa ke mahkamah. Sbb tu pijat berani cabar. Bukan semua benda boleh masuk mahkamah, sama macam bukan semua benda boleh main saman.
Quote prettyuglybabe 8-2-2023 05:01 PM
orang tu tak petik nama sesiapa pun..
sapa suruh terasa
Quote manehnya 8-2-2023 05:04 PM
kesian la kt anak tuh... dh tua masing... dah la tu madam, x yah bitter sgt... let it go
Quote namieamuro 8-2-2023 05:23 PM
bvsf06 replied at 8-2-2023 04:56 PM
Acik2 forum/netizen sokmo minta bukti
Tapi bila org tu keluarkan bukti dah kata sebarkan aib/ suka m ...

ye sgt. bile bukti dikeluarkan, aib pulak. tak keluar bukti, dikatenye bising meroyan

pijo mkn cili ler tu. pokok pangkalnye, si fake acc probok mawar tu harus diheret jugak. tibe nk petik cantik tak cantik pastu compare dgn bini skrg. budus

Quote cm_vungtau 8-2-2023 05:31 PM
Be gentle tu maksudnya “Be a gentleman.”

Memang la dia bukan gentleman, dah dia perempuan.

Bodo piang
Quote adeqbun 8-2-2023 05:34 PM
Apehal tibe2 panas balik kes diorg ni
Quote kakJOYah 8-2-2023 05:39 PM
bvsf06 replied at 8-2-2023 04:56 PM
Acik2 forum/netizen sokmo minta bukti
Tapi bila org tu keluarkan bukti dah kata sebarkan aib/ suka m ...

Betul sangat, satgi meratib aib aib aib pulak

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.240360 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top