CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yantzen Dituduh Bukan-Bukan Sebab Nampak Tak Tentu Arah, Tak Normal

8-2-2023 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2762| Komen: 18

Description: Penyanyi rock popular, Yantzen Juniawan, 65, sedih dengan tindakan segelintir netizen yang meninggalkan komen kurang menyenangkan serta mendakwa dia terbabit dengan perkara negatif menerusi video yang ...
Penyanyi rock popular, Yantzen Juniawan, 65, sedih dengan tindakan segelintir netizen yang meninggalkan komen kurang menyenangkan serta mendakwa dia terbabit dengan perkara negatif menerusi video yang tular di Facebook, baru-baru ini.


Dalam video tanpa audio itu, Yantzen dilihat sedang bercakap sesuatu tetapi seperti berada dalam keadaan tidak tentu arah dan tidak normal.

Yantzen ketika dihubungi mengakui dia memang tidak sihat ketika itu, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.




"Saya tidak sihat ketika itu dan cuba stabilkan keadaan itu. Namun, bukan saja (orang) bersimpati. Ada juga beri tohmahan," katanya.

Penyanyi Rusty Blade dan bekas penyanyi May itu juga reda jika orang hendak berkata apa saja.

"Saya tidak mahu komen. Biar saja sesiapa yang ingin kata apa-apa pun. Terima kasih atas keprihatinan. Barakallah," katanya kepada Harian Metro dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp.


Video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook itu mendapat tontonn lebih 1.5 juta dan 3,300 komen.

Selain komen negatif, rata-ratanya meninggalkan komen bersimpati dengan Yantzen dan mendoakan dia sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shahirakay 8-2-2023 02:17 PM
NI VIDEO LAMA LAAA TAHUN 2020. KAU KENAPAAAAAAAAAAAAA NI? EDITOR CARI NI BARU BANGKIT DARI KUBURAN KE CANER?
Quote DARSITA 8-2-2023 02:24 PM
Aii tgk video terbaru elok jer dia. Dia dgn ex-wife pun baik. Rumah Yantzen besar cantik tak la melarat mcm penyanyi lama yang lain. Dia ada bisnes sendiri,
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 02:55 PM
aku 50-50 dgn dia nih...harap2 dia bersih drpd gejala *****
Quote kmbg 8-2-2023 03:00 PM
Video lama zaman tok kaduk, pemendenye la dorg ni..demi content kaedahnya
Quote Lavender_Violet 8-2-2023 03:12 PM
DARSITA replied at 8-2-2023 02:24 PM
Aii tgk video terbaru elok jer dia. Dia dgn ex-wife pun baik. Rumah Yantzen besar cantik tak la mela ...

Ooo..ye ek Kak Dar?
Dulu mcm terbaca heols pun ala2 merempat jugak
Hidup sorang terkontang kanting...kdg adalah anak lelaki dia dgn Lynn Al Khaired tu dtg jenguk dia sesekali
Quote Kancilkering 8-2-2023 03:13 PM
org tu dh tua dh 65 ….biar lah dia aman aman…
Quote miss_strangers 8-2-2023 03:18 PM
Tengok gv haritu, uncle ni siap buatkan Bilik khas utk anak dia yg hafiz tu belajar...menjadi pulak anaknya...yislamik gitu
Quote DARSITA 8-2-2023 03:25 PM
Lavender_Violet replied at 7-2-2023 11:12 PM
Ooo..ye ek Kak Dar?
Dulu mcm terbaca heols pun ala2 merempat jugak
Hidup sorang terkontang kanting ...


Elok steady jer kehidupan dia sekarang. Sihat + masih handsome.


Link:-

https://www.youtube.com/watch?v=5b9vsUs2QA0


Quote kucingitam 8-2-2023 04:49 PM
rumah dia cantik..pandai bertukang dia ni..tapi tu lah..
Quote TomyamPuteh 8-2-2023 05:03 PM
DARSITA replied at 8-2-2023 02:24 PM
Aii tgk video terbaru elok jer dia. Dia dgn ex-wife pun baik. Rumah Yantzen besar cantik tak la mela ...

Rumah dia kan kena banjir hari tu. Byk betul dia kena spend nk ganti blk brg2 yg rosak.
Quote shernazz 8-2-2023 05:27 PM
Last week adek iols rakam dia nyanyi kat kanduri...okay je suara..tp.style nyanyi mcm jamam abdillah la
Quote Belibis 8-2-2023 05:31 PM
shernazz replied at 8-2-2023 05:27 PM
Last week adek iols rakam dia nyanyi kat kanduri...okay je suara..tp.style nyanyi mcm jamam abdillah ...

Apa maksud style jamam abdilah??
Quote shernazz 8-2-2023 08:51 PM
Belibis replied at 8-2-2023 05:31 PM
Apa maksud style jamam abdilah??

Mcm style jamal tu...ngah high mcm tu..
Tak tau la kalau tu style dia ke mcmana..haha
Quote dudaberhias 8-2-2023 09:33 PM
kmbg replied at 8-2-2023 03:00 PM
Video lama zaman tok kaduk, pemendenye la dorg ni..demi content kaedahnya

iols google tok kaduk hidup zaman era kerajaan melaka lagi...
masalahnya gosip ni terlampau bersawang dah kaka zaman era mak lampir masih cantik kot...
kebetulan mak lampir hidup zaman era kerajaan champa... kalau semadikan gosip ni dalam muzium negara pun theyols terima kut sebagai khazanah negara ...

video punya lama pun nak bukak thread choiiii
Quote kmbg 8-2-2023 09:51 PM
dudaberhias replied at 8-2-2023 09:33 PM
iols google tok kaduk hidup zaman era kerajaan melaka lagi...
masalahnya gosip ni terlampau bersaw ...

Kan kak dud..haih apa la dorg ni bende mcm ni dok viral..tok kaduk tersedak nama diseru..
Dok gua mana la pemviral video ni?
Quote downiey 9-2-2023 06:08 AM
video lame ke... rase ritu tgk kt gv mcm ok je
Quote rosedemon 9-2-2023 08:27 AM
ngaku jela ko lalok
Quote nuralisa 9-2-2023 08:37 AM
dia mmg ada amik barang la rasanya .. dulu2 la kot
tapi aku rasa dia pun mmg jenis mcm tu, mcm lalok jer ...
kalau org dah kenal lama ngan dia, tahula kot dia mcm mana..
masa kat gv tu pun nampak dia pun jenis kelakar gak..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049090 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top