CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Makan Tidur Atas Katil, Rumah Dan Diri Langsung Tak Terurus- Lelaki Hilang Semangat Selepas Teman Wanita Meninggal Dunia

7-2-2023 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2331| Komen: 15

Description: Kehilangan insan tersayang dalam kehidupan sudah tentu meninggalkan parut yang mendalam.
Kehilangan insan tersayang dalam kehidupan sudah tentu meninggalkan parut yang mendalam.

Akibat terkesan jiwa dan emosi, duka yang menyelubungi hanya boleh diatasi jika seseorang itu mampu berdamai dengan takdir.


Namun begitu, perkara tersebut bukannya mudah untuk dilakukan sepertimana perkongsian pemuda ini mengenai sahabatnya yang sedang melalui fasa berduka selepas teman wanitanya dijemput Ilahi.

Melalui satu video tular di TikTok, pemuda dikenali sebagai Hilmie menunjukkan keadaan rumah rakannya yang seperti dilanda badai, mencerminkan ribut di jiwa.


"Melawat kawan aku yang masuk tujuh bulan single... maaf biar kau sendiri. Ya Allah tak sanggup nak tengok.

"Sebab seorang wanita kau jadi macam ni wahai sahabat. Seolah-olah tiada lagi hati untuk hidup.

"Aku decide nak tolong kemas semua dan suntik semangat untuk dia hidup, arwah teman wanita dia dah tujuh bulan meninggal dunia tapi kawan aku masih tak boleh move on," tulis Hilmie dalam videonya.




Berdasarkan video yang dikongsikan itu, dapat diperhatikan keadaan bilik tidur sahabatnya yang tidak terurus dengan setiap barangannya bersepah di atas lantai dan juga katil.

Selain itu, jeriji tingkap bilik tidur itu juga dijadikan sebagai ampaian 'tangkap muat' untuk menggantung sejadah, sarung tangan dan tali pinggang.

Hilmie kemudiannya menunjukkan setiap barangan sahabatnya yang ternyata mempunyai nilai sentimental tersendiri walaupun dilemparkan merata di segenap sudut bilik.




"Dia menabung untuk halalkan awak," tulis Hilmie sambil menunjukkan balang coklat yang dijadikan tabung duit.

Selain itu beberapa barangan lain yang mempunyai kaitan dengan arwah teman wanita rakannya turut dikongsikan Hilmie.

Barangan yang membuatkan sahabat Himlie berasa dekat dengan arwah teman wanitanya.

"Dia simpan semua hadiah yang arwah bagi. Patung gajah ni, teman wanita dia yang bagi.

"Helmet motosikal ni yang mereka selalu pakai sama-sama.

"Ini kalendar tapi bukan kalendar biasa-biasa, dia ada bulatkan satu tarikh yang mereka putus hubungan.

"Hari Raya Aidilfitri yang ketiga tahun lepas... tarikh dia meninggal.

"Arwah sempat hadiahkan kawan aku ni sejadah, kain pelikat dan buku panduan solat untuk minta kawan aku belajar solat," terang Hilmie mengenai signifikan setiap barangan itu.




Hilmie seterusnya menunjukkan bukti yang sahabatnya sememangnya sedang meratapi pemergian arwah teman wanitanya.

"Penuh kotak tisu atas katil jadi saksi. Sedihnya dia hanya Allah je yang tahu.

"Makan tidur semua atas katil.

"Dulu seorang yang menjaga keterampilan," ujar Hilmie sambil menunjukkan dumbel yang digunakan untuk aktiviti kecergasan.

Melihat kepada ruangan kapsyen, Hilmie sempat memberikan peringatan bahawa hidup harus diteruskan walaupun yang tersayang sudah tidak lagi bersama kita.

"Bukan semua kuat untuk terima takdir, tapi kehidupan ni tetap kena teruskan walau pahit untuk ditelan," ujar Hilmie.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memahami perasaan yang dihadapi sahabat Hilmie itu.

"Tak mudah sebenarnya nak move on, hanya yang pernah lalui je faham betapa peritnya hilang orang yang kita sayang sebab meninggal dunia.

"Betullah lelaki kalau dah sayang, dia akan sayang betul-betul.

"Apabila putus sebab orang ketiga, kita boleh benci sebab dendam. Tapi kalau berpisah sebab meninggal dunia, tak tahu nak lepas ke siapa, nak marah tak boleh, nak suka pun tak boleh," kata sebilangan warga maya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 7-2-2023 08:11 PM
Errrr.... Tissue atas katil tu mcm guna buat lain je
Quote eyansss 7-2-2023 09:30 PM
Carcosa replied at 7-2-2023 08:11 PM
Errrr.... Tissue atas katil tu mcm guna buat lain je

haippp haippp...  husnuzon please...  ekekekeke...  tisu tu buat lap ayor mata...  anyway, aku kesian tengok baik lelaki baik perempuan yang heartbroken sebab partner meninggal...  bukan senang tau nak lupakan...
Quote matjerk 7-2-2023 11:52 PM
"Dia menabung utk halalkan awak"

Sekarang klu nak kawen mmg kena sebut istilah nak "halalkan"  erk?  
Quote Jitu 8-2-2023 12:17 AM
bersepahnya pantang betul aku sepah2 mcm ni
btw teringat lagu Utopia Disini Pasti

Ku terkenangkan cinta yang silam
Yang terbina dari dua jiwa
Suci tak ternoda
Walaupun kucuba melupakan
Ku tak berdaya

Mengapa oh kekasih
Dirimu yang terpilih
Menyambut lambaiannya
Waktu ku tiada bersama
Quote Themilo 8-2-2023 08:00 AM
takde sapa ke nak tolong kemaskan bilik mak wan latah & princess suzie pinky yang dah macam hoarder tu?
Quote supernaturalee 8-2-2023 08:23 AM
kotak tisu jadi saksi?...

mmm tah kenapa iols pk lain je nik
korang?


Quote supernaturalee 8-2-2023 08:26 AM
mana gmbr orgnya
dumbell berketoi mau bdn nya pun berketoi
ye dak???


move on la dek
dr raya thn lps
lama sgt dh tu
udah2 le, mesti arwahnya pun xnk ko terus2an bersedih
risau jadi mcm kassim selamat je
tisu tu duk kesat ayaq mata je kan? kan kan kan

Quote NazRysha 8-2-2023 08:29 AM
allahu sedihnya
abang aku pun baru meninggal 4 jan baru2 ni asbab kanser darah
dapat tahu pun da last stage tapi sempat kimo seminggu
Gf dia sedih sangat
Kalau tak mereka nak kawin bulan 2 ni
Quote Burong_Hantuk 9-2-2023 11:41 AM
jgn ikutkan sgt perasaan tu
Quote She-Ra 9-2-2023 11:45 AM
move on la dekkkkk
segala dlm dunya ni hanya pinjaman sementara
termasuk makpak kita...
sakit pedih sayu pilu tu, normal... kunci ketenangan adalah REDA
gituuuuu... don setajah

iols pun sampai sekarang masih rasa sakit rindu tidak berpenghujung pd yg tiada.. hidup harus diteruskan Al-Fatihah utk arwah mama.. Amin..
Quote jas7512 9-2-2023 02:16 PM
Haiyo..blm jd bini lg...dah sedih mcm apa je..dunia ni semua pinjaman..xde satu yg kekal..hanya Tuhan yg ttp baqa....solat tak...takut nanti jin yg tawan jiwa
Quote babelina 9-2-2023 02:18 PM
Soal ht dan perasaan nie ssh btl kn.. nasihat la mcm mana pn.. klau ht ko mmg xnk move on.. xnk tima kenyataan walaupn pahit.. ko akn mcm nie la.. sorry OT cikit.. mcm kwn aku.. bcinta ngn manager aku.. pastu manager aku kawin lain.. pastu dorg still couple bertahun2 x kawin2 gak.. gaduh.meroyan,nk bunuh diri.. aku lantak kn.. bkn setahun dua.. dekat 10thn.. bulu pn nk beruban dh..
Quote vanillaninja 9-2-2023 04:36 PM
Kemurungan la ni. Bertabah la dik. Semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup.
Quote Nham22 10-2-2023 01:35 PM
Bilik mcm stor saja.. Die tido balik lain ni... Hehehe... selalu naik motor sesame ke?? Wowwwww gf zaman skrg...
Quote zuliana29 10-2-2023 03:55 PM
selamat move on. semoga cpt berjumpa jodoh..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.059061 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top