CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PBB Bimbang Penghapusan Etnik Berulang, Desak Masyarakat Dunia Lindungi Populasi Rohingya

3-2-2023 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1865| Komen: 40

Description: BANDAR RAYA NEW YORK – Pasukan pakar bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat siuasi di Myanmar mendesak masyarakat antarabangsa supaya ‘melakukan lebih banyak’ untuk melindungi ...
BANDAR RAYA NEW YORK – Pasukan pakar bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat situasi di Myanmar mendesak masyarakat antarabangsa supaya ‘melakukan lebih banyak’ untuk melindungi populasi Rohingya di negeri Rakhine.


Akhbar Arab News melaporkan semalam bahawa Utusan Khas PBB, Tom Andrews memberi amaran, kegagalan berbuat demikian mengundang risiko berulangnya tragedi 2017.

Beliau merujuk kepada penghapusan etnik Islam Rohingya yang bermula dengan operasi tentera terhadap komuniti itu enam tahun lalu. Tentera Myanmar membunuh beribu-ribu orang Rohingya, manakala lebih satu juta yang lain terpaksa melarikan diri ke negara-negara lain.


Foto: AFP

Etnik Rohingya menderita akibat diskriminasi, keganasan dan pembunuhan di Myamar selama berdekad-dekad. Namun, penghijrahan keluar terbesar bermula pada 25 Ogos 2017 selepas tentera Myanmar melancarkan operasi zalim di negeri Rakhine, utara Myanmar.


Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) berkata, gelombang keganasan yang berlaku jelas pelanggaran serius undang-undang antarabangsa

Junta Myanmar membakar keseluruhan kampung-kampung dan memaksa lebih 700,000 orang dengan separuh daripada mereka kanak-kanak, melarikan diri ke Bangladesh di mana hampir sejuta pelarian Rohingya kini hidup di kem-kem pelarian penuh sesak di Cox’s Bazar.

Andrews yang baru pulang daripada lawatan mencari fakta dan membentangkan laporannya kepada PBB di New York mengenai situasi di Myanmar memberitahu Arab News bahawa lebih 600,000 etnik Rohingya masih berada di negeri Rakhine dengan 130,000 daripada mereka hidup di kem-kem tahanan sementara.

“Malah, mereka yang tinggal di kampung-kampung pula, kampung-kampung mereka telah dikepung. Etnik Rohingya menjadi tahanan di kampung halaman sendiri. Mereka hampir tidak mempunyai hak sama sekali. Adalah sangat tertindas untuk hidup dalam keadaan seperti ini.”

“Anda tahu: Jika anda boleh terlepas apabila melakukan jenayah (genosid), mengapa tidak melakukannya sekali lagi? Jika masyarakat antarabangsa tidak bersedia membawa junta ke muka keadilan, mungkin mereka akan melupakan apa yang berlaku akibat rampasan kuasa tentera di Myanmar,” katanya.

Sementara itu, Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa Karim Ahmad Khan berkata siasatan yang sedang dijalankan oleh pejabatnya terhadap jenayah terhadap Rohingya akan menjadi keutamaan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Sejak junta tentera berkuasa, Andrews berkata sekurang-kurangnya 2,900 orang, dan mungkin lebih ramai lagi, telah meninggal dunia, manakala 17,500 orang menjadi tahanan politik dan sekurang-kurangnya 38,000 rumah, klinik serta sekolah dibakar.

Di samping itu, sejumlah 1.1 juta orang hilang tempat tinggal, lebih 4 juta kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada pendidikan formal dan 17.6 juta orang dijangka memerlukan bantuan kemanusiaan tahun ini, meningkat berbanding 1 juta sebelum rampasan kuasa. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 3-2-2023 10:22 AM
amik la byk2 kat malaysia ni pi ternak kat new york sana
amik semua pon xpe
Quote shernazz 3-2-2023 10:36 AM
1 jota tu dah jadi berapa jota skang?
Minta tumpang kat rumah andrew seribu dua tengok
Quote ayukpingu 3-2-2023 11:00 AM
tanah amerika masih luas. ambik la diaorg ni. ternak kat sana
Quote HabukBesi 3-2-2023 11:07 AM
ayukpingu replied at 3-2-2023 11:00 AM
tanah amerika masih luas. ambik la diaorg ni. ternak kat sana

yeahhh
Quote Paiya 3-2-2023 11:14 AM
ada sebab Mymar bertindak kejam

dulu puak ni aman2 saja kat sana
sapa suruh buat onar
Quote bondeh 3-2-2023 12:27 PM
Ko jelah amek Amareka korang kan bangsa terpaling human rights puihhhh
Quote anony-mous 3-2-2023 12:32 PM
Puiii!! Pbb ni kan anti islam, dah knp dgn rohingya pbb nk selamatkn??? Ughyur tu xada berbunyi pulak??? Tlg la ikut jejak tentera myanmar hapuskn rohingya ni. Bkn praktikkn islam pon
Quote blue_blur 3-2-2023 12:35 PM
pbb sila kutip p ke new york.
Quote Buritan 3-2-2023 12:41 PM
cikatilia replied at 3-2-2023 10:22 AM
amik la byk2 kat malaysia ni pi ternak kat new york sana
amik semua pon xpe

Huntung rohingya dpt pi no york...
Quote Decaffeinated 3-2-2023 12:53 PM
Nampaknya orang2 kapir lebih risaukan nasib orang2 Islam sementara jiran Islam terdekat semua nak lepas tangan suruh kapir amik bela.

Typical. Sambil tu ada hati nak kutuk ereb tak bela felestine.
Quote namieamuro 3-2-2023 12:57 PM
tah la. i sokong je the purge versi rohingyuck. dtg sini menyusahkan lg ade la. dah tu makin membiak. buat kepala. bkn dgr kate. ko tak bagi derma, ko dimaki nye. manusia gitu ko nak hadap?

mohon anta sekapal besa puak sampah ni dan pos ke new york sane.
Quote namieamuro 3-2-2023 12:59 PM
ade lagi 600k rohingyuck masih duduk kt kampung halaman. hadoiii kalau 600k pakat2 dtg Malaysia. naya pak karim hoiiii.

ko andrew, ko mesti tak penah berdepan dgn puak sampah ni depan2 sbb tu ko tak rase ape Myanmar rase
Quote Freezies 3-2-2023 01:35 PM
Ala lindungi populasi taik kau...kat sini mmbiak mcm tikus..
Quote juboqhang 3-2-2023 01:36 PM
Decaffeinated replied at 3-2-2023 12:53 PM
Nampaknya orang2 kapir lebih risaukan nasib orang2 Islam sementara jiran Islam terdekat semua nak le ...

Berapa peratus Amerika.. UK ambik pelarian Rohingya.. ? Kasi la percentage jgn tau sembang ja.
Quote Decaffeinated 3-2-2023 02:33 PM
juboqhang replied at 3-2-2023 01:36 PM
Berapa peratus Amerika.. UK ambik pelarian Rohingya.. ? Kasi la percentage jgn tau sembang ja.

US & EU dah support Ukraine, sama2 kapir. Yang ini Islam, coloured, half a world away. Kenapa nak harap US juga? Mana jiran2?



Quote kucingitam 3-2-2023 04:00 PM
mai sini bawak depa balik pi amereka sinun..biar demer jual sayur kat tepi jalan wall street tu pulak.
Quote Decaffeinated 3-2-2023 06:49 PM
anony-mous replied at 3-2-2023 12:32 PM
Puiii!! Pbb ni kan anti islam, dah knp dgn rohingya pbb nk selamatkn??? Ughyur tu xada berbunyi pula ...

PBB walau pun anti Islam tapi sekurang2nya mereka masih tersisa sifat kemanusiaan. Di mana pula mereka yang mendakwa beragama, setakat nyanyi selamat malam ja ka?



Quote becir 3-2-2023 06:52 PM
Myanmar ni bukan takat rohingya je lari sini..rakyat non Muslim tapi against junta dia pun pakat masuk haram ke sini..
Quote kakikuDibibirmu 3-2-2023 06:58 PM
@Skuau tersenyum sinis

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.159951 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top