CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

4 Hari Je Sempat Tayang, Pelakon Filem Eva Kecewa Terima Notis Panggung Wayang Batal Tayangan

1-2-2023 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4060| Komen: 23

Description: Baru empat hari ditayangkan di pawagam, filem Eva Take Me As I Am didakwa sudah pun dibatalkan tayangan dikebanyakan panggung wayang seluruh Malaysia sejak 30 Januari 2023.
Baru empat hari ditayangkan di pawagam, filem Eva Take Me As I Am didakwa sudah pun dibatalkan tayangan dikebanyakan panggung wayang seluruh Malaysia sejak 30 Januari 2023.

Pelakon filem berkenaan, Shamsul Danish, 16, meluahkan rasa kesal dengan tindakan tersebut kerana menyifatkan tempoh empat hari adalah terlalu singkat.



Foto: mStar

"Kami sangat terkilan selepas empat hari filem Eva ditayangkan, kami dimaklumkan pihak panggung akan membatalkan tayangan di kebanyakan panggung di seluruh Malaysia.

"Apa yang kami dapat buat dalam empat hari tayangan? Orang ramai baru mula nak pergi tengok dah kena tarik balik tayangan," katanya.

Dalam pada itu, Shamsul juga meluahkan rasa kecewa kerana filem tersebut tidak ditayangkan di kawasan berpotensi seperti di Seremban dan di sebuah panggung di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Kata Shamsul, peminat sudah mula memberikan respons positif dan para pelakon juga sedang giat mempromosikan filem tersebut namun hasil karya mereka seperti tidak dihargai.


"Penonton baharu sahaja mula memberikan respon bagi filem ini dan kami juga giat jalankan promosi membawa naskhah Eva untuk mendidik melalui hiburan.

"Itu belum isu panggung tak nak beri kami lokasi yang ramai penonton berpotensi. Kami tak minta banyak, bagi masa utk Eva ini ditonton," ujarnya.

Sementara itu, Shamsul juga memberitahu dia sudah membuat aduan kepada Setiausaha Sulit Menteri Komunikasi dan Digital untuk tindakan selanjutnya.

Pendatang baharu ini turut mengharapkan filem yang mengangkat tentang gangguan kesihatan mental itu dapat memberi peluang kepada penonton memahami isu tersebut.

"Saya telah emel juga isu ini kepada setiausaha sulit Menteri Komunikasi dan Digital dan harapnya ada jawapan dan tindakan yang dibuat. Tolong beri kami masa.

"Saya juga berharap dengan watak Miqal ini dapat membuka mata masyarakat daripada perspektif seorang anak yang mempunyai seorang ibu yang mengalami gangguan kesihatan mental.

"Semoga mesej ini sampai kepada masyarakat dan secara tidak langsung memberi semangat kepada mereka yang mengalami masalah ini dalam kehidupan," katanya.

Untuk info, Eva merupakan sebuah filem arahan Suhaiza Aziz yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 26 Januari 2023.

Selain Shamsul, filem Eva turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Nadia Brian, Nadia Aqilah, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Mustaqim Bahadon. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 1-2-2023 10:47 AM
tengok trailer pun macam tak menarik... entah tiba2 ada scene penyeksaan dan kerat mengerat... teaser tak dapat menarik minat penonton... plus yang penting sekarang ni watak utama kena herlokkkk yach... kalau letak yang herlok storyline hauk dan bercakap dialog beliak2 bijik mata pun laku... kalau tak herlokkk deorang beli tiket tengok filem animasi atau binatang contohnya lion king... lagi berair tengok telur singa bergayut....
Quote Burong_Hantuk 1-2-2023 11:01 AM
takziah......
Quote lolita737 1-2-2023 12:19 PM
tak silap filem ni yang ada claim menang award di cannes..tapi bila aliff ahmad scrut tengok2 macam award beli..lebih kurang scammer la..dan xsilap salah sorang peguam bainun producer utk filem ni xsilap.
Quote virgocircus 1-2-2023 01:34 PM
Xpernah kuar iklan kat mana2 pun. Suam2 kuku je promo filem. Camner nak laku?
Quote Suchi 1-2-2023 01:40 PM
Baca komen kat grup movie tu katanya trailer cam menarik tp iols tak tgk pun lagi
Quote pembacagosip 1-2-2023 01:42 PM
oh ada eh cerita ni kat wayang baru tahu
Quote beta_carotene 1-2-2023 02:00 PM
dudaberhias replied at 1-2-2023 09:47 AM
tengok trailer pun macam tak menarik... entah tiba2 ada scene penyeksaan dan kerat mengerat... tease ...

Hmmm.. Silap2 kalih tgk channel animal planet lagi best.. Tak berbaloi dgn beli popcorn 20 hengget dgn set combo ais lemon tea. Alih2 berborak sama sendiri jah dlm panggung..

Elok tayang kat rtm je la dek..
Quote pocongkiutss 1-2-2023 02:14 PM
lolita737 replied at 1-2-2023 12:19 PM
tak silap filem ni yang ada claim menang award di cannes..tapi bila aliff ahmad scrut tengok2 macam  ...

Lorrr .ye ke
Quote lolita737 1-2-2023 02:20 PM

ya..boleh baca kat fb Aliff ahmad..

Quote cycra 1-2-2023 02:32 PM
lolita737 replied at 1-2-2023 04:19 AM
tak silap filem ni yang ada claim menang award di cannes..tapi bila aliff ahmad scrut tengok2 macam  ...

kan,,iols pun baca yg Aliff Ahmad scrut tu..ada kaitan sebab ni ka?

Quote Perawankota 1-2-2023 03:10 PM
Iols tgk masa malam gala filem ni.. Cerita ni best jer.. Cuma orang malaysia x berapa suka kot genre cerita ni plus pelakon2 bkn pelakon yg blh tarik penonton ke panggung..

Quote lolita737 1-2-2023 03:19 PM
cycra replied at 1-2-2023 02:32 PM
kan,,iols pun baca yg Aliff Ahmad scrut tu..ada kaitan sebab ni ka?

itulah..mungkin jugak..
dengar2 macam ada cuci2 jugak..


Quote kashaz 1-2-2023 04:14 PM
virgocircus replied at 1-2-2023 01:34 PM
Xpernah kuar iklan kat mana2 pun. Suam2 kuku je promo filem. Camner nak laku?

terjumpa dorang promo kat depan Sogo dulu..
Tapi bukan retis2 promo..team produksi, budak2 muda.
Pakai topeng, buat games, pastu ada sorang laki ketuk2 kuali ke apentah haritu.Tapi hauk cara depa handle games, depa cakap dgn peserta tu je...sedangkan ramai org tgk, no crowd engagement.

takde promote movie tu pun to me..sudahnya iols blah.
orang nak tgk buskers, tp sbb depa ade situ, buskers pun stop rehat kot.


Quote takayama 1-2-2023 04:18 PM
xtaw kewujudan movie ni
terbaca kt group movie br taw tp cuma sempat tayangan 4 hari aje, knp bantal tayangan tu, ada benda x beres ke
Lps tu promo cerita ni xde lbh kurang cam Dollah Superstar tahun bila dulu, msk dlm Netflix ajelah nnt ramailah yg tgk
Quote Perawankota 1-2-2023 04:23 PM
Pernah baca jugak pasal bab2 cuci ni…
Quote fadz84 1-2-2023 05:33 PM
Edited by fadz84 at 1-2-2023 05:35 PM

Kenapa pelakon ni bdk umur 16 yg tulis emel ke pegawai sulit menteri? Penerbit/pengarah film ni mana?
Quote Parit.Hilton 1-2-2023 05:54 PM
sebab masa malam gala filem ni ada lawyer mek siah and the gang datang kan?

suweyyyy
Quote selenaaaa 1-2-2023 05:56 PM
The Lady of Heaven” executive producer Malik Shlibak has voiced his disappointment over Cineworld's decision to pull his film from U.K.
Quote Rogue98 1-2-2023 07:52 PM
Aku tau movie ni pun masa kecoh peguam bainun tak pi mahkamah tapi sebok attend launch movie. Boikot sebab peguam2 ni lah. Padahal aku suka jer citer2 psycho triller camni. Hahaha...sape producer? Too bad lah.... korang tak sedar ke rakyat msia menyampah dgn bainun and loyar2 sampah dia tu.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053937 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top