CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Yakin Watie Boleh Jaga Waktu Sakit- "Watie Penyayang, Jaga Kakak OKU Sejak Kecil"

1-2-2023 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5574| Komen: 71

Description: Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya sebagai sebuah takdir yang telah ditentukan.
Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya sebagai sebuah takdir yang telah ditentukan.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, meskipun tidak pernah melupakan Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin namun dia menganggap kehadiran wanita itu dalam hidupnya mempunyai sebab tersendiri.


Foto: IG

"Sampai ke hari ini saya masih tercari-cari hari yang saya tidak teringatkan Sarah. Jadi, bila ada orang yang datang kepada kita (Watie), saya pasti ada sebab-sebabnya.

"Zalimlah saya kalau saya tidak menghargai orang itu. Saya tidak tahu masa depan macam mana, tambah pula ibu saya boleh yakinkan saya. Jadi saya rasa itu adalah jawapan paling besar untuk saya," katanya kepada mStar.



Bercakap lanjut mengenai Watie, Shuib berkata dia tertarik dengan personaliti usahawan berkenaan kerana sikap penyayang ditonjolkan selain mempunyai ciri-ciri seperti arwah Sarah.

Kata Shuib, apa lebih mengagumkan, Watie turut mengambil tanggungjawab menjaga kakaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) sejak kecil.

"Saya sangat selesa dengannya kerana Watie seorang yang penyayang. Dia sendiri ada kakak OKU yang sejak lahir memang tak boleh berjalan. Dialah yang hari-hari uruskan kakaknya itu.

"Saya melihat pada pasangan jika satu hari kita sakit, ada tak yang boleh jaga kita? Kita mampu atau banyak duit, tapi bila kita sakit, kita tak nak semua itu pun. Kita hanya nak orang jaga kita, lebih-lebih lagi orang yang kita sayang," ujarnya.



Sementara itu, menjelaskan kehadiran mereka menghadiri konsert penyanyi Lah Ahmad Sabtu lalu, Shuib mengakui itu adalah kali pertama mereka keluar berdua tanpa ditemani anak-anak.

Kata Shuib, mereka mengambil keputusan menghadiri konsert berkenaan selepas mendapat tiket daripada Lah pada saat-saat akhir.

"Kalau dulu sorok-sorok orang marah... daripada hari itu lagi saya sudah beritahu saya sedang berkawan dengannya.

"Tapi bila keluar bersama, masih ada pertikaikan. Jujur saya beritahu, itu kali pertama saya keluar berdua dengannya. Selalunya memang ada anak-anak bersama kami," jelasnya.



Dalam perkembangan lain, Shuib turut menjelaskan dia sudah mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya, namun masanya belum lagi ditetapkan.

Kata Shuib, ibunya sering bertanya tentang perkara tersebut memandangkan anak bongsunya, Ayash sudah semakin membesar.

"Insya Allah, kalau ikutkan mak saya tu nak cepat sebab dia fikirkan Ayash. Ayash dah makin besar. Sekarang Ayash pun dah nak pandai jalan. Watie pun tak ada masalah sebab dia pun pernah jaga Ayash.

"Cuma apa yang saya boleh katakan, kami berharap yang terbaik dan mohon doa daripada semua. Insya Allah bila sudah ada tarikhnya saya pasti akan umumkan," jelasnya.



Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2.

Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada Ogos 2021. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuchenta_81 1-2-2023 11:18 AM
Dah start dahhh
Yelah Mac tak lama lagi so kenalah start bagi mukadimah pastu barulah ke majlis seterusnya kan Shuib hehe
Quote Momohizan 1-2-2023 11:22 AM
Panjang gilo spinning. Alih2 mintak kita doakan. Eh kau yang nak berbini, kau la doa sendiri. Tak koser I nak doakan jantan terpaling n Watitek.
Quote ketambangkang 1-2-2023 11:27 AM
cecepat la kawin, mak kau pon dh bagi hint tu dia dh penat jaga ayash..jaga bdk ni penat woo lagi plak org dh berusia mcm tu..umur mcm ayash tu tgh lasak
Quote dudaberhias 1-2-2023 11:28 AM
sooo? nak bagitahu heshe bakal jadi hamba abdi dan private nurse ko ke dikkk...

takpelah jimat duit gittuhhh... tak payah penat2 hire private nurse macam cepwan...
Quote Mekgadis16 1-2-2023 11:29 AM
Haritu kemain complain tak selesa la apa la bila orang tanya pasal pengganti semua tu. Dah kau pun sibuk duk canang cerita dah kenapa? Kalau tak nak orang tanya diam je. Know know kawin gittuh!
Quote cikatilia 1-2-2023 11:29 AM
udah2 la tu meratib hiba justify ko memilik tek tu
Quote Nham22 1-2-2023 11:29 AM
Uihhh... Die jaga ke kalal die yg oku atau bg upah saja bg duit ja... Hahaha.. Hati itam aku...
Quote Fly_over 1-2-2023 11:39 AM
gigih nak justify ni mesti pasal imej lama watek tu kan.. so nak portray kt org watek ni baik. deserve utk ko dan anak2. utk penyucian imej la ni.. lantakla eb.. kawen jela. semak tau x.,,
Quote duradanis 1-2-2023 11:42 AM
ketambangkang replied at 1-2-2023 10:27 AM
cecepat la kawin, mak kau pon dh bagi hint tu dia dh penat jaga ayash..jaga bdk ni penat woo lagi pl ...

shuib ada duit, kenapa tak bg maid je.. janji nenek ada tengok2 kan.. tpi nnti mak tiri nak ke pikul tanggugjwb jaga ank kecik
Quote LadyCarefree 1-2-2023 11:42 AM
punyalah justify konon zalim kalau dia tak terima tetek.
Quote 3chanceno 1-2-2023 11:47 AM
Fly_over replied at 1-2-2023 11:39 AM
gigih nak justify ni mesti pasal imej lama watek tu kan.. so nak portray kt org watek ni baik. deser ...

Maaf tertekan report pulak

Setuju dgn komen uols nie.. kalau keluar cerita mesti pasal nak kawin...tak dak sapa nak halang dengan sapa yg ko nak kawin...belum tinggal serumah, semuanya wangi, iya dak soeb ooiiii
Quote Burong_Hantuk 1-2-2023 11:48 AM
time tgh suka...kentut dia pun kau ckp wangi
Quote doubleA 1-2-2023 11:48 AM
Dia ni defensive kat sapa? Netizen ke? Nikah jela watitek no one cares
Quote red_velvet 1-2-2023 11:49 AM
Still nak kaitkan ngan arwah eh ..still teringatkan sarah, ciri2 sama macam sarah, penyayang macam sarah.. ...kenapa? Mengemis approval dari netizen ke?  Nak kawen kawen je lah.. motip huraikan a to z sisi baik bakal bini kat media macam lah netizen2 ni yg nak kawen dgn watetek tu .. bangang
Quote epuepy 1-2-2023 11:54 AM
Quote selipar_hijau 1-2-2023 11:55 AM
Halah halah si mira nii punn.. Nanti dh menikah mesti kuar cerita brp hari pulak tak kuar2 umah
Quote Suchi 1-2-2023 11:59 AM
Tak cukup kena jaga kakak yg oku, bakal suami plak dah mengharapkan ko untuk jaga dia dan 4 ketul free gift.

Quote Suchi 1-2-2023 12:02 PM
Nham22 replied at 1-2-2023 11:29 AM
Uihhh... Die jaga ke kalal die yg oku atau bg upah saja bg duit ja... Hahaha.. Hati itam aku...

Penah tunjuk tak ye gambo kakaknya tu,
Cam pelik plak kalau jaga sejak kecik ada masa lak dia pam tetek bagi besar, huhah sana sini ngn gang kana tu dulu pi celebrate besday kat kelab bagai.
Setau iols jaga org kurang upaya ni takde life, bknlaa takleh kuar umah langsung tp lebih kurang camtu laaa jarang dapat kuar umah lelagi memalam buta.
Quote makadek 1-2-2023 12:02 PM
Yela ib tukang sok kwin jgn  tonggeng arwah ye

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.192844 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top