CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sepatutnya Kena Menang Satu Anugerah Sepanjang Hidup Baru Boleh Jadi Juri - Azwan Ali

29-1-2023 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3762| Komen: 49

Description: Pengacara sensasi, Azwan Ali, 56, berpendapat mana-mana individu dilantik sebagai juri perlu memenangi sekurang-kurangnya satu anugerah sepanjang menceburi karier sebagai penyanyi.Jelas Azwan yang sud ...
Pengacara sensasi, Azwan Ali, 56, berpendapat mana-mana individu dilantik sebagai juri perlu memenangi sekurang-kurangnya satu anugerah sepanjang menceburi karier sebagai penyanyi.

Jelas Azwan yang sudah berkecimpung selama 35 tahun dalam bidang seni, pencapaian tersebut menunjukkan kualiti vokal mereka pernah diiktiraf dan mendapat penghargaan menerusi penganjuran anugerah berprestij di negara ini.



NST

“Sepatutnya kredibiliti atau kelayakan menjadi juri mestilah pernah menang satu anugerah sepanjang karier mereka.

“Sekurang-kurangnya vokal mereka sudah dinilai dan diiktiraf sekiranya program tersebut berkaitan dengan nyanyian, barulah layak menilai peserta bertanding.

“Adakah sikap juri yang suka mengamuk dan terjerit-jerit ini menjadi ‘nyawa’ kepada stesen televisyen?” soalnya.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut melahirkan kekecewaan dengan lambakan juri ‘sampah’ yang kian menguasai rancangan realiti di televisyen.


Sedangkan, katanya, ramai penyanyi hebat seperti Datuk Aishah dan Datuk Francissca Peter yang terbukti memenangi pelbagai anugerah vokal tetapi jarang dijemput menjadi juri.

“Balik-balik muka yang sama muncul dalam televisyen, sedangkan penyanyi yang mahir mengenai vokal juga ramai dan boleh memberikan komentar mengenai persembahan nyanyian,” katanya.

Dalam masa sama, Azwan yang sinonim dengan ayat ‘see my level’ turut menempelak rancangan hiburan yang tidak menghormati kedudukan sebenar kerusi juri kerana lebih gemar meniru rancangan dari luar negara.

“Ini bukan rancangan realiti kartun yang sumbat siapa sahaja jadi juri sehingga terpekik-pekik dan terkinja-kinja. Ini trend negara mana? Kehormatan juri itu terletak pada kerusinya dan mereka perlu hormat dengan kedudukan tersebut,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 29-1-2023 02:48 PM
pihak stesen tv la suka, rating naik, jd vial sana sini duk bcakap psl program diorang
Quote Burong_Hantuk 29-1-2023 02:55 PM
jujur aku cakap...si mummy tuh bukan cemerlang mana pun career nyanyian dia
Quote Dolmat 29-1-2023 02:58 PM
Betol tuuuuu tengok si Paula Abdul... Album jual memang award layak jadi juri international American Idol..
Ni si nenek kebayan Mas Idayyyyyu suara dia sendiri HAUKKKKK kelautan Hindi jadi juri local.. MUHAHAHAHA!
Lawok lawok lawok!  
Quote mrseller 29-1-2023 03:02 PM
Edited by mrseller at 29-1-2023 03:45 PM

Dengan pegang mikropon lain maciammm tu pun jadi juriiiiii ka3x
Quote ratuiphone 29-1-2023 03:10 PM
Burong_Hantuk replied at 29-1-2023 02:55 PM
jujur aku cakap...si mummy tuh bukan cemerlang mana pun career nyanyian dia

Dia duduk situ konon2 sebab dia la Black lahir sbg penyanyi..padahal tanpa dia , Black mampu je ..sbb berbakat kan..
Quote ekselen 29-1-2023 03:47 PM
Tapi sheols pernah menang anugerah kan? Bkn anugerah2 picisan mcm anugerah era atau meletop tu pun...
Quote woven11 29-1-2023 03:54 PM
ekselen replied at 29-1-2023 03:47 PM
Tapi sheols pernah menang anugerah kan? Bkn anugerah2 picisan mcm anugerah era atau meletop tu pun.. ...

Anugerah ape?
Quote Bawang123 29-1-2023 03:56 PM
mrseller:  Edited by mrseller at 29-1-20 ...

Mujur edit komen.. Tersedak baca yg awal tadi.
Quote ekselen 29-1-2023 04:18 PM
woven11 replied at 29-1-2023 03:54 PM
Anugerah ape?

AIM tak salah..
Quote ashilalat 29-1-2023 04:22 PM
ekselen replied at 29-1-2023 04:18 PM
AIM tak salah..

Dia menang album dangdut terbaik dgn kulit album terbaik..berapa nilaian sumbangan dia utk menang anugerah tu?

Vokal terbaik? Yilek.
Quote ciksom 29-1-2023 04:41 PM
Burong_Hantuk replied at 29-1-2023 02:55 PM
jujur aku cakap...si mummy tuh bukan cemerlang mana pun career nyanyian dia

Kalau tak jadi juri.mesti dia tak ada job. Nyanyi pun nan hado. Siapa nak panggil.
Quote fadz84 29-1-2023 05:04 PM
ratuiphone replied at 29-1-2023 03:10 PM
Dia duduk situ konon2 sebab dia la Black lahir sbg penyanyi..padahal tanpa dia , Black mampu je .. ...

Tp dia x berjaya pun naikkan next protege dia masa Mentor 4.. terus ke kuburan bdk tu..
Quote tikusmontok 29-1-2023 05:07 PM
Dolmat replied at 29-1-2023 02:58 PM
Betol tuuuuu tengok si Paula Abdul... Album jual memang award layak jadi juri international American ...


Sesuai la ngan lagu dia..kelaut, kelaut, kelauuuuutt
Quote orkidorkido 29-1-2023 05:09 PM
Francesca, even ramlah ram pun layak. Ramai lebih layak. Mas idayu ni aku tak berkenan dari dulu, tak nampak hebat dia menyanyi. Who gives her right nak menghina orang di depan ramai macam tu? Semoga satu hari nanti dia pulak kena
Quote fadz84 29-1-2023 05:13 PM
ashilalat replied at 29-1-2023 04:22 PM
Dia menang album dangdut terbaik dgn kulit album terbaik..berapa nilaian sumbangan dia utk menang  ...

Album Dangdut Terbaik tu pun pengiktirafan lebih kepada penerbit album tu..  tahun 1998 (album Dunia Cinta) & 2000 (album Bolehlah Boleh) dua2 penerbit yg sama Ruslan Mamat.. Kalau kapasiti sbg penyanyi, dia x pernah mng apa2 anugerah pun..
Quote ashilalat 29-1-2023 05:36 PM
fadz84 replied at 29-1-2023 05:13 PM
Album Dangdut Terbaik tu pun pengiktirafan lebih kepada penerbit album tu..  tahun 1998 (album Dun ...

Hahaha..itu lah maksud aku.
Quote woven11 29-1-2023 05:39 PM
Kalau menang malaysia idol pon boleh terima lagi asal kapasiti sebagai penyanyi Album terbaik tu credit penerbit
Quote ekselen 29-1-2023 05:48 PM
fadz84 replied at 29-1-2023 05:13 PM
Album Dangdut Terbaik tu pun pengiktirafan lebih kepada penerbit album tu..  tahun 1998 (album Dun ...

IMO, ilmu muzik tu bkn sekadar jadi penyanyi yg hebat je dan berjaya bawak pulang berlori2 anugerah.. juri yg bagus x semestinya kena jadi penyanyi yg hebat.. dan penyanyi yg x hebat x semestinya tak boleh jadi juri yg bagus…nk jadi juri bkn sekadar kena ada vokal yg bagus dan menang setiap anugerah tp lebih dr tu…tok pinaz pun x penah mng apa2 anugerah sama la tok ram pun bkn penyanyi tp terbukti diorg antara juri yg bagus..sama gak cam ajai… ZZ, Dayang N, Ella even tokti (sekadar menyebut bbrp nama) yg antara penyanyi2 hebat tp adakah mereka juga juri yg bagus? ni berdasarkan apa yg iols tgk cara diorg menjurikan sesuatu pertandingan…tu yg kita kena tgk dan compare…mungkin mummy kena tone down sikit.. tu je..
Quote ekselen 29-1-2023 05:53 PM
Edited by ekselen at 29-1-2023 05:59 PM
woven11 replied at 29-1-2023 05:39 PM
Kalau menang malaysia idol pon boleh terima lagi asal kapasiti sebagai penyanyi  Album terbaik  ...


bkn semua penyanyi yg menang anugerah layak jadi juri.. cer kira brp ramai penyanyi hebat yg mampu utk jadi juri yg bagus? setahu iols cuma Tok wie, Aishah, buk hetty or FT yg iols nampak mampu bg input dan komen yg releven…tok pinaz tu boleh kira bape byk je lagu sheols..ntah2 korang pun tak tau apa lagu sheols…tp sheols juri terpaling gitu

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.113345 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top