CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sedih Tunang Mati Akibat Alahan Susu Selepas 4 Hari Dilamar

23-1-2023 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3206| Komen: 58

Description: Seorang lelaki di Britain mengalami detik sedih dalam hidupnya apabila kematian tunangnya selepas empat hari dia melamar wanita itu, lapor akhbar Daily Star semalam.Craig McKinnon, melamar teman wanit ...
Seorang lelaki di Britain mengalami detik sedih dalam hidupnya apabila kematian tunangnya selepas empat hari dia melamar wanita itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Craig McKinnon, melamar teman wanitanya, Jess Prinsloo, di puncak Mpumalanga ketika melancong ke Afrika Selatan pada hujung Disember tahun lalu.



Jess dan Craig baru empat hari bertunang ketika wanita itu meninggal dunia. - Craig McKinnon

“Ketika berlutut untuk melamar Jess, saya memandang ke arah wajahnya dan benar-benar ikhlas. Dia menjawab ‘ya’ sebelum menangis kegembiraan,” kata Craig.

Tambah Craig, empat hari selepas itu, mereka pergi rumah ibu Jess di Johannesburg pada 30 Disember untuk meraikan pertunangan mereka.

Tanpa disedari, ketika mahu mengacau air teh, Jess menggunakan sudu yang sebelum itu digunakan untuk mengacau susu.

Dalam hanya beberapa saat, wanita itu mengalami reaksi anafilaksis, sejenis reaksi yang boleh membawa maut yang menyebabkan kerongkong tertutup.


Dia kemudian disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Jess sebelum itu diketahui mengalami anafilaksis atau alergik kepada beberapa keadaan termasuk makanan atau minuman bersusu.

“Apabila Jess meninggal dunia, sebahagian daripada diri saya turut mati. Namun, tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan kerana kematiannya,” kata Craig. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 23-1-2023 10:57 AM
Kisah tunang dlm negara si myra zainal yg tgh trending kat twitter x de ke
Quote mbhcsf 23-1-2023 12:25 PM
eh bukan ade pesakit macam ni, depa ade satu pen berupa injection  adrenaline  vial yg ada diberikan in case  ade termakan allergen  mcm kes ni la. i wonder why dia tak dak injection  nidekat dia.sbb known seriou allergic  history.
Quote limesherbet 23-1-2023 12:42 PM
Ya ada pen inject tu....maybe chronic sgt kot her case sampai pen didnt help
Quote dua_chzy 23-1-2023 12:49 PM
Takda kaitan tapi aku teringat komen ni.

IMG_20230122_051935.jpg

RIP Jess.
Quote stingerpressor 23-1-2023 12:58 PM
dua_chzy replied at 23-1-2023 12:49 PM
Takda kaitan tapi aku teringat komen ni.



eerrr, eerrrrrr,eeerrrrr.....goshhhh

Quote cmf_premierleag 23-1-2023 02:08 PM
Oh aku baru tahu kalo alahan pd certain food mmg bleh bawa kematian ya
Ingatkan selama ni stakat gatal2 kulit, sakit perut,loya, muntah2 je
RIP buat tunang dia
Quote Decaffeinated 23-1-2023 02:10 PM
Omputih biasanya kalau dah propose tu maknanya dah rasalah. So, takde lah terkilan sangat. Sekian.
Quote Tinot7 23-1-2023 02:19 PM
Decaffeinated replied at 23-1-2023 02:10 PM
Omputih biasanya kalau dah propose tu maknanya dah rasalah. So, takde lah terkilan sangat. Sekian.

Takkan takde omputih yg prektis abstinence?
Quote Tinot7 23-1-2023 02:19 PM
dua_chzy replied at 23-1-2023 12:49 PM
Takda kaitan tapi aku teringat komen ni.



Restoran mana tu? So jahat..

Takziah kpd keluarga deme..
Quote che-cikL 23-1-2023 02:35 PM
Ye, simpati RIP...
So? SEMASAnya isu ni?
Quote tikusmontok 23-1-2023 02:48 PM
Decaffeinated replied at 23-1-2023 02:10 PM
Omputih biasanya kalau dah propose tu maknanya dah rasalah. So, takde lah terkilan sangat. Sekian.

Meaning test drive dulu kah?
Quote she 23-1-2023 02:51 PM
RIP

Anak macik sorang alahan susu
Sorang alahan kacang
Aduhhh susah oiii nak jaga
Yang alahan kacang tu
Kalau termakan
Kebas2 mulut dia
Berlari2 cari air paip nak kumur

Yang alahan susu tu
Dah besor ni ok pulak
Elok aje minum setabak
Kecik2 dulu kemain masuk ER tiap bulan

Saja ajelah story
Komer layan ajelah cite macik yang dah tua nih
Quote jazaa100 23-1-2023 02:54 PM
Decaffeinated replied at 23-1-2023 02:10 PM
Omputih biasanya kalau dah propose tu maknanya dah rasalah. So, takde lah terkilan sangat. Sekian.

Klu nk ckp pasal rasa tak rasa.....
Kekdg tu sblm propose pun dah rasa....
One night stand pun ada....

Quote sayawifenikmie 23-1-2023 02:58 PM
matjerk replied at 23-1-2023 10:57 AM
Kisah tunang dlm negara si myra zainal yg tgh trending kat twitter x de ke

haaa
siapa myra zainal tu
trending kat twiterland
Quote Decaffeinated 23-1-2023 03:48 PM
tikusmontok replied at 23-1-2023 02:48 PM
Meaning test drive dulu kah?

bukan test drive sahaja, siap dah sekali tukar minyak hitam. Kekadang tu dah abis warranty pun ada means memang puas hati lah baru beli


Quote Decaffeinated 23-1-2023 03:51 PM
jazaa100 replied at 23-1-2023 02:54 PM
Klu nk ckp pasal rasa tak rasa.....
Kekdg tu sblm propose pun dah rasa....
One night stand pun ada ...

Itu maksud aku dah confirm sedap baru beli.

One night stand tu tak kemana pun. Nama sebenar pun tak sempat tanya.


Quote Sesuatu… 23-1-2023 05:02 PM
mbhcsf: eh bukan ade pesakit macam ni, ...


Dia ada standby 2 epipen tp katanya x berkesan. Either epipen expired or x cukup dose - mmg ajal dia
Quote margo20 23-1-2023 05:53 PM
Kawan aku anak dia alah telur kalau mkn bole muntah muntah nasib baik belum tahap ke jannah
Quote Suchi 23-1-2023 06:21 PM
cmf_premierleag replied at 23-1-2023 02:08 PM
Oh aku baru tahu kalo alahan pd certain food mmg bleh bawa kematian ya
Ingatkan selama ni stakat gat ...


Yup sbb saluran pernafasan dia tu tertutup

Tp yg ni mmg agak teruk la sbb dlm masa bebrapa saat je malah kuantiti susu tu sikit je kan cuma guna sudu bekas bancuh susu pun dah teruk sampai meninggal dia.
Kesian sbb ni mcm satu kecuaian kan
Sbb tu iols tak suka org nk perlekehkan masalah alahan org ni, ada kwn iols alah ngn susu dan coklat bila mkn jd mcm tebal lidah dia. Rasa mcm mkn nenas tu

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.402529 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top