CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Marilah Jalin Hubungan Erat Sesama Seluruh Kaum' - Hadi Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

21-1-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1040| Komen: 5

Description: Bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa rakyat negara ini untuk bersama-bersama menjalinkan hubungan yang erat antara keluarga, sanak saudara dan seluru ...
Bersempena perayaan Tahun Baru Cina, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa rakyat negara ini untuk bersama-bersama menjalinkan hubungan yang erat antara keluarga, sanak saudara dan seluruh kaum.




Dalam hantaran sempena perayaan Tahun Baru Cina menerusi laman Twitter beliau pada Sabtu, Abdul Hadi berkata, kerukunan itu sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang harmoni dan stabil.

"Islam sangat menghormati dan menjaga hubungan semua pihak serta berlaku adil terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Kewujudan kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia sebagai satu perkara positif berkonsepkan masyarakat majmuk yang berasaskan kepada konsep negara Madina di zaman nabi," ujarnya pada Sabtu.

Tambah Abdul Hadi, setiap bangsa mempunyai kelebihan dan kepakaran tersendiri yang boleh dimanfaatkan dengan baik demi membangunkan negara.



"Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Cina khususnya kaum Tionghua yang hidup bersama kita di Malaysia," jelasnya.



Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 21-1-2023 11:40 PM
Teringin nak dengar ucapan balas dari cina pula. Ada ka?

Quote sharlenetexas 21-1-2023 11:49 PM
Adakah makin tua, hidung makin kembang mcm bangnon?
Asalkan bukan shadung, lanadung, jatdung.




Quote pooh~key 22-1-2023 10:34 AM
Wow tang ni akak salute hokeh sis. Bravo bro hadi sis!
Quote clara_nur 22-1-2023 01:36 PM
Decaffeinated replied at 21-1-2023 11:40 PM
Teringin nak dengar ucapan balas dari cina pula. Ada ka?



ada...salah sorg menantu perempuan dia cina kot..


Quote Decaffeinated 22-1-2023 01:49 PM
clara_nur replied at 22-1-2023 01:36 PM
ada...salah sorg menantu perempuan dia cina kot..

Yang itu haruslah cina yang telah dijinakkan

Cina2 DAP dalam group WA aku kata muka eddy macam kena paksa ja


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048222 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top