CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Turkiye Tak Boleh Terima Keputusan Sweden Benar Tindakan Bakar Al-Quran

21-1-2023 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 932| Komen: 4

Description: Kerajaan Turkiye memanggil Duta Sweden ke Ankara berikutan kebenaran yang diberikan kepada seorang pemimpin perkauman berhaluan kanan untuk membakar senaskhah kitab al-Quran, lapor laman berita TRT.Ra ...
Kerajaan Turkiye memanggil Duta Sweden ke Ankara berikutan kebenaran yang diberikan kepada seorang pemimpin perkauman berhaluan kanan untuk membakar senaskhah kitab al-Quran, lapor laman berita TRT.


Rasmus Paludan menerima permit daripada kerajaan Sweden untuk membakar kitab suci umat Islam itu di hadapan bangunan kedutaan Turkiye hari ini, lapor akhbar The Washington Post.


Rasmus Paludan mendapat kebenaran dari kerajaan Sweden untuk membakar kitab suci al-Quran di Stockholm. - Mikkel Berg Pedersen

“Apabila mengetahui mengenai kebenaran yang diberikan untuk membakar kitab suci al-Quran berhampiran kedutaan kami di Sweden, duta Sweden ke Turkiye telah dipanggil ke kementerian hari ini (semalam),” kata sumber daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Turkiye.

Ankara mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokasi itu yang jelas merupakan jenayah kebencian, tambah sumber berkenaan.


“Sikap Sweden tidak boleh diterima. Kami menjangkakan perbuatan itu tidak dibenarkan dan penghinaan terhadap nilai-nilai suci tidak boleh dipertahankan dengan bertopengkan hak-hak demokrasi,” kata sumber itu lagi.

Paludan, 41, mengetuai parti sayap kanan Denmark, Stram Kurs dan memegang kewarganegaraan Denmark dan Sweden. Dia ialah seorang tokoh yang sering menimbulkan kontroversi.

Pada 2020, dia dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas menyiarkan video anti-Islam di media sosial rasmi partinya. Walaupun Paludan telah membuat rayuan terhadap sabitan itu, Mahkamah Tinggi Denmark masih mengekalkan keputusan tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 23-1-2023 11:26 PM
Kasi perang la apa lagi.
Quote she 24-1-2023 12:58 AM
Sweeden ni memang pelik undang2 dia
Anak2 kena rotan sikit
Parents masuk penjara

Go Turkey go
Bior deme tahu ayam turki enak dibuat gulai bukan dimasak dalam oven
Quote mawardia 24-1-2023 02:41 AM
Adoiyai.
X paham asal x suka islam nak bakar quran dpn org islam.
Asal x suka islam bakar tudung.
Macam skt ati bebenor dgn islam ni padahal kau kat sweden tu bkn nya sesuka ati pun org islam nak mendonia.
Sah-sahlah negara kau.
Just ketatkan lagi undang-undang kau yg da tersedia ketat tu.
Apa perlunya nak cemar udara bakar kitab?
Apo.
Quote noor2 24-1-2023 05:33 AM
Cer cuba baca alquran tu dulu sebelum ko nk bakor....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.051340 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top