CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tolong Tak Reti Terima Kasih, Tinggalkan Taik! -Diana Rafar

19-1-2023 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2446| Komen: 4

Description: Baru-baru ini, perkongsian terbaru pelakon Diana Rafar di Instagram Story yang berbaur seakan tidak berpuas hati terhadap individu telah menimbulkan 1001 persoalan.Meskipun tidak menyebut nama, Diana ...
Baru-baru ini, perkongsian terbaru pelakon Diana Rafar di Instagram Story yang berbaur seakan tidak berpuas hati terhadap individu telah menimbulkan 1001 persoalan.

Meskipun tidak menyebut nama, Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar itu meluahkan rasa kesal terhadap individu berkenaan yang tidak menghargai pemberian dan bantuan ikhlasnya.


Foto: IG

Menurut isteri kepada pelakon Zamarul Hishan itu, individu berkenaan turut didakwa telah menconteng arang dan menjaja fitnah berkaitan dirinya.

“Tak semua orang hati perut.. betullah orang kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!

“Kita dah hulurkan bantuan tak reti terima kasih tak apa, tapi jangan tinggalkan taik! Fitnah lagi? Tinggalkan cerita yang busuk!

“Canang cerita sana sini yang tak betul.. MasyaAllah..,” tulisnya.



Sementara itu, Diana turut memohon pengikutnya untuk mendoakan individu tersebut agar diberi hidayah daripada Sang Pencipta.

“Kalau siapa followers saya yang baca ni minta sedekahkan Al-Fatihah moga Allah bagi hidayah pada orang macam ini ya,” tambahnya lagi.


Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak Diana mahupun suaminya, Zamarul berhubung isu berkenaan. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-1-2023 03:31 PM
Dia marah sapa tu cuolls?
Quote telracs 20-1-2023 09:52 PM
Zaman sekarang, nak marah, nak sedih, nak meroyan, nak menyondol, semua buat dalam media sosial.
Nak suruh orang baca.
Pastu, nak buat apa?
Kenapa.... kenapa... kenapa?????
Quote Minami2013 20-1-2023 09:58 PM
MO nak naik kan nama balik ke? Setelah sendu.. senang nak jual barang kat tiktok
Quote DeLuna85 20-1-2023 09:59 PM
telracs replied at 20-1-2023 09:52 PM
Zaman sekarang, nak marah, nak sedih, nak meroyan, nak menyondol, semua buat dalam media sosial.
Nak ...

Betul. Semua meroyan di media sosial

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.043400 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top