CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Akan Bebas Dari Perkahwinan Itu Sekiranya Fikir Anak” – Shila Amzah Bahagiakan Diri Sendiri Dulu

19-1-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3456| Komen: 33

Description: Shila Amzah mengakui keputusannya untuk ‘meninggalkan’ perkahwinan bersama bekas suaminya, Haris Idraki adalah yang terbaik dalam hidupnya.
Shila Amzah mengakui keputusannya untuk ‘meninggalkan’ perkahwinan bersama bekas suaminya, Haris Idraki adalah yang terbaik dalam hidupnya.

Shila yang pernah berdepan ujian episode hitam dalam rumah tangga menganggap perkara sebenar yang berlaku dalam sebuah perkahwinan hanya diketahui oleh suami isteri sahaja.



Foto: IG

“Satu benda yang perlu diingatkan kepada kita semua adalah dalam perkahwinan itu cuma suami isteri sahaja yang tahu keadaan sebenar terjadi. Tidak kiralah rakan baik, atau ibu bapa.

“Saya tak berpihak kepada mana-mana pihak, tapi segala komen yang dilemparkan itu amat membuatkan saya rasa sangat sedih. Sebab pada saya kita tak tahu apa yang terjadi.

“Saya juga jenis yang sangat berterus terang. Tapi dalam masa yang sama saya sangat risau implikasi pada anak. Letakkan anak di tempat utama dalam diri kita,” ujarnya ketika disoal mengenai isu hangat tentang masalah rumah tangga masa kini.




Sementara itu, Shila ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia hanya memberi tumpuan dan fokus kepada kesihatan mentalnya terlebih dahulu dan tidak meletakkan anaknya, Seth Uwais sebagai yang utama.

Jelas pelantun lagu Jauh Hati itu, Shila yakin bahawa kebahagiaan anaknya bergantung kepada tahap kestabilan dan kebahagiaan dirinya sendiri.

“Dalam saya punya kes pula, saya tidak meletakkan Seth sebagai utama sebab saya yakin kalau saya letak dia yang pertama saya akan masih berada dalam perkahwinan itu.

“Dan saya percaya saya perlu bahagiakan diri saya dahulu sebelum saya bahagiakan anak saya. Saya tak nak nampak sangat serabut, balik dari kerja rasa tak bermaya..,” ujarnya.



Dalam pada itu, Shila sempat menitipkan pesanan kepada semua wanita dan bapa tunggal untuk membuat keputusan yang membahagiakan diri.

“Wanita boleh membuat keputusan sendiri tak kisah sama ada awak ada pasangan ataupun tidak. Sebagai wanita perlu mampu untuk menghadapi segala perkara dan bertahan seorang diri.



“Kepada semua wanita atau bapa tunggal di luar sana, jangan malu dan takut. Kalau perkara tersebut membuatkan anda bahagia dan tidak menjejaskan emosi anak, maka teruskan,” tambahnya lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 19-1-2023 07:03 PM
Halah..halah..halahhhhhhh....
Quote spy_caridotdot 19-1-2023 07:11 PM
Terpaling jugak!!! Apo lah ayat dia kata tak meletakkan anak sebagai utama??? Kalau cerai sekalipun, bukan anak tu tak boleh bahagia!
Quote woven11 19-1-2023 08:04 PM
Kau lah yg paling tersakiti
Quote SherryZass 19-1-2023 08:30 PM
terpaling bagi hint
Quote anony-mous 19-1-2023 08:37 PM
Spill je la semua oiii. Org mcm ni pon boleh ramai pemenat
Quote Tunakimchi 19-1-2023 08:40 PM
Sedarlah diri tu takde orang peduli pun. Sendu. Dok cerita pasal bercerai but no one care. Kesian
Quote lyshafull 19-1-2023 08:53 PM
Ish bolh diam x
Lagu xseberapa sedap
Ulang2 cite sama

Tolong la ex dia bukk cerita pasal dia
Org lain salah ko je la yg betul
Cuba la muhasabah diri betul2
Masa awal2 kemain speaking london nk ikut cara laki tu
Last2 ko slahkan dia

Quote ekselen 19-1-2023 09:01 PM
Masa kawin puji bagai nk rak...semua terpaling... Bila dah cerai, hamek kawww londeh habis semua... Terbukak satu persatu... Lainkali kalo kawin x yah show off sgt, xyah puji sgt, buat biasa2 jah kalo rasa bila bergaduh mulut jenis xbole dok diam asik nk menceceh je salahkan org...
Quote perembes 19-1-2023 09:08 PM
aku  x rasa ex laki dia ni jhat sgt...
Quote lyshafull 19-1-2023 09:32 PM
Ctfantasi replied at 19-1-2023 09:09 PM
Meols setuju..lagu baru dia tu mcm bukan lagu. Mcm tengah mumbling jah..dgn mv angkat beban berat  ...

Lagu miley dgn shaki tgh popular skang
Lagu miley dyrg kabo lagu single anthem hahahaha

Shaki nye lagu mmg direct diss track
Hope shaki mula hidup baru
11 tahun lama tu
Quote akies 19-1-2023 09:39 PM
Dh la shila..move on
Buhsan pulak baca kisah perkahwinan ko yg dah lepas tu. Cari je la bf baru
Quote anilanil 19-1-2023 09:47 PM
Move on je la silah. Dulu bukannya kena kahwin paksa pon. Terpaling london sgt zaman tu. Lidah pon made in manchester.
Quote cm_vungtau 19-1-2023 10:35 PM
Dia ni kalau mencapub pasal laki pun entah2 acik forum semua side laki dia
Quote Freezies 19-1-2023 11:00 PM
Ex tk berbunyi pon nk lelebih buat ape..Konon dielah paling tersakiti..
Quote tahanie 19-1-2023 11:41 PM
Bising.

Lagu tak sedap. Ada ke camtu je lirik? Tak puitis langsung.
Quote Aneem 19-1-2023 11:45 PM
Dah stop cite psl jantan, kali ni sokmo cite psl kes cerai
Ni kalau dpt jantan baru, kompom menggelintat sakan la betina ni.
Terus lupa ingatan dia yg mintak dijandakan.
Tak pernah serik!
Quote Dolmat 19-1-2023 11:47 PM
Edited by Dolmat at 19-1-2023 11:55 PM

Eeeeeewhhhh bila si birah belit2 flip prataaaaaa dahhhh bobal... Very the Terpaling ehhhh ..

https://youtu.be/WY3nXnMeH3o

Very the birah nyanyi lagu Perfect and lagu cina chengchong chengchong.. peluk sakan. slang English London bridge is falling downnnn
Laki nyer expresi muka biawok!
Quote NonaNaga 20-1-2023 12:56 AM
sejak dah kurus sket dia tak pakai tudung sangkak menajam dagu ahaks....
Quote ohsoyaya 20-1-2023 12:58 AM
Bukan ritu kau ckp xpyh kecoh2 ke hal rumahtangga ni. Kau dah kenapa nyah

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.360208 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top