CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mama Ingin Lihat Sarah Bahagia, Cukuplah Segala Derita," -Ibu Syamsul Yusof

19-1-2023 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5670| Komen: 57

Description: Ibu mentua kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail masih lagi bersedih mengenangkan nasib menantu kesayangannya itu meskipun menyokong penuh tindakannya memfailkan cerai terhadap suami, ...
Ibu mentua kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Patimah Ismail masih lagi bersedih mengenangkan nasib menantu kesayangannya itu meskipun menyokong penuh tindakannya memfailkan cerai terhadap suami, pengarah Syamsul Yusof.


Patimah berkata, sebagai seorang ibu, dia mahu melihat Puteri Sarah bahagia dan merasakan sudah cukup derita ditanggung aktres berkenaan selama ini.

"Mama ingin lihat Sarah bahagia, cukuplah segala derita," katanya.


Patimah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu turut berkongsi kata-kata semangat yang dipercayai ditujukan khas buat menantunya tersebut.

"Saya berharap kamu diberikan kekuatan untuk mengharungi cabaran dengan penuh keyakinan dan kebijaksanaan dalam memilih jalan terbaik.

"Saya berharap perjalanan yang terbaik untuk kamu dan berhenti membantu orang sepanjang masa. Dengar kata hati dan ambil risiko dengan teliti," katanya.



Foto: IG

Terdahulu, Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Tindakan itu dibuat Puteri Sarah selepas Syamsul mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka baru-baru ini.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 19-1-2023 01:29 PM
Datin...saya tau Datin sayangkan PS
Tapi rasanya dah tiba masa Datin tak payah upload apa2 lagi dlm med sos
Datin panggil lah PS personally and cakap dgn dia directly
Quote dua_chzy 19-1-2023 01:29 PM
Aiol benci Sajat tapi boleh pulak tergelak tengok dia panggil Ira Kazar, DBKL.

Quote dua_chzy 19-1-2023 01:30 PM
Video cedok youtube.

[youtube]kZgnJB5-hP4[/youtube]
Quote winky1 19-1-2023 01:35 PM
Dlm tiktok budak tu duk ckp tak dosa cinta suami org. Dosa bila bertindak. ... YIK DM sol dan Dol layan .....ini lah consequences nya. Kita2 ni pun sama ...we deal with consequences most of the time.
Quote pinkpunk 19-1-2023 02:39 PM
well done datin timah.. sisampah sol tu dah rosakkan nama keluarga dorg.. sian makpak smpai tua nk pikir anak buang hal.
Quote makcun14 19-1-2023 02:46 PM
Bakalan jadik macam ND ngan mak jejai. Rapat sampai sekarang seret laki baru jumpa mak jejai..
So PS diharap terus menempel banglo tok selam biar rempit family sedarr diri
Quote ais_kosong 19-1-2023 03:33 PM
Takde whatsapp ke? Perlu ke semua nak  upload kat mediasoc?
Quote MademoiselleZan 19-1-2023 04:46 PM
Biarlah dia nak release kat socmed..sakit hati ambik masa nak pulih, yer lah anak kandung tetiber perangai haprak, sakitnya hanya dia yg tahu…masih tak hubungi emak ke SOL?
Quote ohsoyaya 19-1-2023 04:52 PM
IG dia. Biarlah dia. Kita nak merempan buat apa
Quote Hypothetically 19-1-2023 04:56 PM
Edited by Hypothetically at 19-1-2023 04:57 PM

Datin yg paling tahu pahit jerih susah senang hidup sarah sbb datin dan dato yg ambik sarah tinggal dgn mereka bila sol tinggalkan sarah. So mmg datin lah the best person to speak up for her, sama2 perempuan dan dia lihat sendiri penderitaan sarah yg terpaksa kena kuat demi anak2 dia bila suami takde, daripada keadaan dia yg lemah dan tak berdaya sampailah dia jadi kuat balik dan bangkit utk meneruskan hidup. Salute to u datin.
Quote msdummy.2018 19-1-2023 05:14 PM
Kami berhrp akan dtf jgn pula berlaga pipi dgn menantu br n besan...sat2 g kuar statement buang yg keruh ambil yg jernih?

If that happen, habislahhh..xckp tanah nk lari dr dicerca
Quote Hypothetically 19-1-2023 05:24 PM
msdummy.2018 replied at 19-1-2023 05:14 PM
Kami berhrp akan dtf jgn pula berlaga pipi dgn menantu br n besan...sat2 g kuar statement buang yg k ...

For something like that to happen, mesti lah ada juga effort di sebelah sana utk datang minta maaf ke or something like that, if not i think its unlikely datin will take back her words.
Quote namieamuro 19-1-2023 05:35 PM
dua_chzy replied at 19-1-2023 01:29 PM
Aiol benci Sajat tapi boleh pulak tergelak tengok dia panggil Ira Kazar, DBKL.

iols pn tergelak die nganjeng psl sisa dbkl
Quote Straya 19-1-2023 05:36 PM
Untung PS dapat mak mertua yg sayang dia macam anak sendiri walau malang dpd husband mcm sol
Quote lyna22 19-1-2023 05:42 PM
biar la dia up up lg dan lg...i suka mak mertua camni at least ada gak sample yg bukan smer mak mertua tu support anak sendiri yg hauk
Quote mahalnya 19-1-2023 05:46 PM
Sedih tgk..
Quote winky1 19-1-2023 05:47 PM
Mak sol ni mmg terluka amat sgt dgn sol. No one can help heal except Allah . Sorang tak boleh terima sorang tak boleh lepas. No one wants to be in this situation. Semoga dipermudahkan.
Quote winky1 19-1-2023 05:51 PM
Straya replied at 19-1-2023 05:36 PM
Untung PS dapat mak mertua yg sayang dia macam anak sendiri walau malang dpd husband mcm sol

Sbb mertua ni pikir cucu-cucu dia dijaga baik. Hubungan dgn besan pun baik. Ini kira ujian Allah. Sebab nikmat byk dah bagi. Yg kaya yg miskin diuji sama-rata.
Quote lilcountess 19-1-2023 05:53 PM
sebelum ni mak sol ni bukan jenis mencapub kat socmed psl hidup anak-anak kan? terluka sgt agaknya dgn perangai anak sendiri

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045831 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top