CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Terima Kasih My King And Queen' - Michelle Yeoh

12-1-2023 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3228| Komen: 26

Description: Berita pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam terus diraikan di ...
Berita pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam terus diraikan di pelbagai platform media sosial.


Bahkan, ucapan tahniah buat Yeoh yang mencatat rekod membanggakan sebagai rakyat Malaysia pertama menerima pengiktirafan itu turut tidak berhenti-henti diterima beliau.

Sehubungan itu, Yeoh, 60, berkongsi kegembiraan dan keterujaan beliau dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, hari ini.


IG Michelle

Dalam hantaran itu, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang menitipkan ucapan tahniah dan kata-kata motivasi buatnya termasuk yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Kata Yeoh, peluang untuk beliau berada di kedudukan hari ini bertitik tolak pada permulaan perjalanan karier seninya.

Justeru, ujar pelakon masyhur dunia itu, kasih sayang, sokongan dan ilmu-ilmu berharga yang dicurah dan dikongsi oleh semua yang mengiringi perjalanan karier seninya amat-amat dihargai beliau.

“Terima kasih di atas mesej-mesej yang dikirim dan saya masih membalasnya,” tulis Yeoh lagi.



Dalam acara Anugerah Golden Globe yang berlangsung di AS semalam, Yeoh meraih kemenangan Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal/ Komedi menerusi filem Everything Everywhere All At Once yang dibintanginya.

Seniwati itu menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).

Dalam filem itu, beliau memainkan watak Evelyn Wang, seorang pendatang berbangsa Cina yang gagal dalam perniagaan kedai dobi.

Yeoh yang memulakan kerjaya lakonan di Hollywood sekitar 40 tahun lalu sudah membintangi lebih 70 buah filem antarabangsa.

Antara lakonannya dalam filem terbitan Hollywood ialah James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti karya-karya lain seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of Geisha, The Lady, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Pada tahun lalu, majalah antarabangsa terkemuka, Time mengumumkan Yeoh sebagai Ikon Tahun 2022 sekali gus mengiktiraf sumbangan besarnya kepada industri perfileman.

Bahkan, pada Ogos 2022 juga, Yeoh menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, AS.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 12-1-2023 07:32 PM
Di medsos dok bercakaran ngn ummah hk sbb label acik ni hk actor. Technically betoi la khuenss..pilem malaysia mana satu dia penah blakon? Career dia pon start kt sinun. Tahniah acik Michelle!
Quote chekacheku 12-1-2023 07:37 PM
Lahir je kt melesia..bekerja n hidup di sanun..congrats!
Quote Nenolen 12-1-2023 08:21 PM
HK actress but ticket beliau tembus market kat sana Michelle as Miss Malaysia...apa2pun kita raikan kemenangan Michelle dgn gumbira
Quote Cleocatra 12-1-2023 08:35 PM
Sama sebuk jagong laki bini ni. Ada je isu dia nak menyelit
Quote Dodod 12-1-2023 09:07 PM
lerr ingat michelle ni betul2 taip in bahasa kt ig dia. kihkih.
Quote DARSITA 13-1-2023 07:17 AM

Tapi dia tak mendatangkan income buat Malaysia.
Quote duri_durians 13-1-2023 08:01 AM
DARSITA replied at 13-1-2023 07:17 AM
Tapi dia tak mendatangkan income buat Malaysia.

kalau dia balik Msia dia rajin je buat charity..

kalau kerja kt Msia mana ada hasil. tak bpeluang dia nk blakon James Bond n menang GG..
Quote makihamis 13-1-2023 09:20 AM
taniyaaaa acik
Quote aammyy 13-1-2023 09:54 AM
DARSITA replied at 13-1-2023 07:17 AM
Tapi dia tak mendatangkan income buat Malaysia.

Ya. Tapi dia promote Malaysia dalam movie atau kadang2 dlm interview. Sikit ja tapi boleh la daripada takda. Dia masih boleh fasih cakap Bahasa Melayu kalau tak silap. Bare minimum but better than Chinese yg bermastautin di sini.
Quote renko 13-1-2023 10:09 AM
Thunderclouds replied at 12-1-2023 07:32 PM
Di medsos dok bercakaran ngn ummah hk sbb label acik ni hk actor. Technically betoi la khuenss..pile ...

netijen malaysia ke arah indonisasihahahahaha
Quote TomyamPuteh 13-1-2023 10:30 AM
Dh 60 umo. Anak xde. Duit menggunung. Msti byk menderma Tok Misyel nih.
Quote ayukpingu 13-1-2023 10:34 AM
TomyamPuteh replied at 13-1-2023 02:30 AM
Dh 60 umo. Anak xde. Duit menggunung. Msti byk menderma Tok Misyel nih.

Dia rajin buat charity work.

apa2 program charity kat msia pun dia join uolss.

mangsa banjir pun dia tolong. bagus la, tak lupa daratan kan?

Quote tipah89 13-1-2023 10:41 AM
bagus acik michelle ni walaupun xduduk sini tapi xpernah lupa asal usul
Quote pembacagosip 13-1-2023 10:52 AM

alamak first baca mcm tahinyaaaaaaa

Quote sleepandream 13-1-2023 11:12 AM
last film iols tgk yg sheols belakon crazy rich asians...
filem yg sheols menang golden globe ni best ke?
Quote ketupatnasi 13-1-2023 11:14 AM
tapi cite tu idok le sekelakar mana pun
Quote misc 13-1-2023 11:24 AM
Edited by misc at 13-1-2023 11:27 AM
sleepandream replied at 13-1-2023 11:12 AM
last film iols tgk yg sheols belakon crazy rich asians...
filem yg sheols menang golden globe ni bes ...


Nak tgk citer ni kena dlm keadaan yg relax dan cukup rehat. Kalau tgh penat, sel2 otak susah berhubung nak faham jalan cerita. Hari tu aku tgk tahan 40 minit je terus zzzzzz. Nanti weekend nak sambung balik tgk citer ni.  Btw citer ni macam Matrix versi kelakar. Level kelakar no comment aku pun tgk tak habis lagi
Quote supernaturalee 24-1-2023 09:54 PM
Yeay!!!!
Michelle yeoh berjaya tercalon top 5 Oscar's best actress
Orang Malaysia pertama
So proud of her ❤
Quote Rhyno 25-1-2023 01:47 AM
Thunderclouds replied at 12-1-2023 07:32 PM
Di medsos dok bercakaran ngn ummah hk sbb label acik ni hk actor. Technically betoi la khuenss..pile ...

dia pernah berlakon di Malaysia ye nyah. watak Wan Azizah.

[youtube]Xcx-AALginE[/youtube]

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.229065 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top