CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Pasti Hadir Isnin Ini Untuk Fail Permohonan Cerai

12-1-2023 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14931| Komen: 221

Description: Kepincangan rumah tangga pengarah sensasi Syamsul Yusof mungkin memasuki fasa baharu berikutan isterinya, Puteri Sarah akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini pada Isnin ini.Difahamkan ...
Kepincangan rumah tangga pengarah sensasi Syamsul Yusof mungkin memasuki fasa baharu berikutan isterinya, Puteri Sarah akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini pada Isnin ini.


Difahamkan permohonan untuk bercerai itu sepatutnya difailkan hari ini namun ditangguhkan ke minggu depan berikutan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan.


IG

Perkara tersebut kemudian disahkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.

Peguam terbabit turut memberitahu pada ketika ini, hanya permohonan cerai sahaja yang akan difailkan Isnin ini.

Menjawab pertanyaan sama ada ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, itu akan hadir pada pemfailan permohonan cerai itu, Akberdin menjawab: “Pasti hadir”.

Baru-baru ini melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, mengharapkan agar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang serta banyak bersabar.

Terdahulu, Syamsul akhirnya mendedahkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand pada Jumaat minggu lalu.

Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar didedahkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

Puteri Sarah, 38, menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang pengecut dan mendedahkan dia telah disekat oleh Syamsul dalam aplikasi WhatsApp selama setahun. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Incanto 12-1-2023 04:13 PM
semoga di permudahkan segala urusan PS
Quote babelina 12-1-2023 04:14 PM
moga yg baik2 semmua nya..
Quote miszclassique 12-1-2023 04:15 PM
Dah 2 hari ni tengok puteri sarah kerja sampai ke pagi
Bz shooting kot tak sempat nak gi sana
Quote ketupatnasi 12-1-2023 04:17 PM
Cantik pulak tudung beliau.

Lepas ni Sarah balik rumah family, semoga lebih aman, bertenang dan lebih positif.
Sayang manapun keluarga mentua....sayang lagi keluarga sendiri kekdahnya.

Thread gossip dah boleh bagi laluan pada retis lain pulak
Quote ayukpingu 12-1-2023 04:24 PM
miszclassique replied at 12-1-2023 08:15 AM
Dah 2 hari ni tengok puteri sarah kerja sampai ke pagi
Bz shooting kot tak sempat nak gi sana

ada up status takde org jaga anak juga.

moga ps terus kuat
Quote ashilalat 12-1-2023 04:26 PM
Semoga cepat la bercerai dan move on. Semak lah kisah kau hari²
Quote chocobozhere 12-1-2023 04:27 PM
Semoga dipermudahkan urusan sarah.
Quote chocobozhere 12-1-2023 04:28 PM
ashilalat replied at 12-1-2023 04:26 PM
Semoga cepat la bercerai dan move on. Semak lah kisah kau hari²

Orang bukak thread dia hari hari sebab tu nampak semak.
Quote Nnasda53 12-1-2023 04:28 PM
Semoga di permudahkan setiapnya urusan.
Moga baik2 sahaja buat ke semuanya.
Quote manehnya 12-1-2023 04:30 PM
praying for her the best in life
Quote ayukpingu 12-1-2023 04:44 PM
ashilalat replied at 12-1-2023 08:26 AM
Semoga cepat la bercerai dan move on. Semak lah kisah kau hari²

jadi menyemak bila ko buka thread dia.
kalau dah tau menyemak, ko baca aje la title thread, pastu boleh skip. apa susah.

Quote jlo 12-1-2023 04:47 PM
moga dipermudahkan
Quote Nnasda53 12-1-2023 04:51 PM
ayukpingu replied at 12-1-2023 04:44 PM
jadi menyemak bila ko buka thread dia.
kalau dah tau menyemak, ko baca aje la title thread, pastu  ...

Biar la dia chuols.
Hadir memenuhi komen.
Quote jambatannetizen 12-1-2023 04:52 PM
Edited by jambatannetizen at 12-1-2023 04:56 PM

Hati dia confirm hancur.
Syamsul boleh pulak
Post gambar 2 wives mintak tenang.
Kau tak faham ke nak pujuk
Perempuan? Ira minta tenang pebenda.
Nampak naw dah sayang lebih dekat Ira,
Banding PS. At least u can do,
Kalau pujuk PS balik, post je lah
Gambar dia sahaja. Ini kau posted
Up gambar 2 wives. Dah lah gambar dgn
Ira bertentang mata, senyum2 lagi.
Mesti dlm hati PS, hancur hati nya

Pada aku sesiapa nak jadi wife bernombor,
Kena belajar toleransi. Apa2 bagi wife no1
Terlebih dahulu. Kat sini nampak, Syamsul
Sayang lebih Ira banding PS, sekarang.
Jantan tak tahu nak beradil.

Pastu kat video, dia ada kata stop maki orang yang
Terlibat dlm cite dia kan. Kat sini, nampak la dia
Nak back up Ira maybe sian tengok wife no2 dia
Kena maki. Tapi to play safe, dia kata maki dia ajee.
Quote Labubabibu 12-1-2023 04:52 PM
Kesian mmg kesian.. Tapi tulah, kalau hari2 tiga empat thread baru cerita pasal diorang je, muak la...
Quote jambatannetizen 12-1-2023 04:58 PM
Edited by jambatannetizen at 12-1-2023 04:59 PM

Pastu aku checked Syamsul ada posted gambar dekat pantai kan.
After few days, Ira post gambar kat pantai jugakkk phewww
dua dua memang kena maki.

Part ini bertubi2 hancur hati PS
Nak jadi wife bernombor tak salah,
Tapi kalau kau tak tau nak hormat
Madu sendiri . Memang wajib kena maki
Quote namieamuro 12-1-2023 04:59 PM
waah amek  datok akberdin. best of luck. moge dipermudahkan dan sume pn move on. jgn lupe tuntut reta byk2
Quote Suchi 12-1-2023 05:04 PM
Ada member kata ngn cerai soh bertahan je jadi queen katanya
Isteri tua kena kekal je jd ketuaa jgn kuar dr perkahwinan tu

Dah dia tanak biarlaah
Lagipun dia masih muda dan lawa
Kalau yg dh tua mungkin la bertahan
Nak plak kalau yg hidup bergantung ngn laki kan susah lerr nak caucincau
Hadap jelaa walau sakit hati
Quote nazsh 12-1-2023 05:17 PM
PS takmo kongsi2 batang ngn IK...file cerai terus...

Lihat semua komen(221)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.085960 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top