CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nah, Tengok Siapa Pengganti Song Hye Kyo Di Hati Song Joong Ki

28-12-2022 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3210| Komen: 14

Description: Beberapa hari kebelakangan ini, bertebaran gosip mengatakan Song Joong Ki kini sedang bercinta dengan seseorang yang bergelar selebriti.Laporan daripada Sport Chosun pula menyebut, Song Joong Ki berci ...

Beberapa hari kebelakangan ini, bertebaran gosip mengatakan Song Joong Ki kini sedang bercinta dengan seseorang yang bergelar selebriti.

Laporan daripada Sport Chosun pula menyebut, Song Joong Ki bercinta dengan gadis bukan selebriti daripada England. Bahkan, laporan itu menyebut hubungan cinta di antara mereka sudah terjalin lebih setahun lalu.


Koreaboo

Agensi yang dinaungi Song Joong Ki, High Zium Studio pula mengesahkan tentang laporan berita Song Joong Ki sedang bercinta tetapi tidak dapat mengesahkan perkara yang lain-lain.

Pihak High Zium Studio meminta semua orang supaya tidak membuat pelbagai spekulasi yang belum sahih tentang percintaan aktor mereka itu.


Namun, memetik laporan Koreaboo, ada spekulasi terbaharu mengatakan bahawa kekasih Song Joong Ki merupakan aktres British, Katy Louise Saunders (juga dikenali sebagai Kate Saunders).


Koreaboo

Sewaktu menghadiri acara Anugerah APAN Star, Song Joong Ki telah mengucapkan terima kasih dengan menyebut beberapa nama iaitu Katy, Marla, Mata and Antes.

Yang mana nama pertama yang disebut itu adalah untuk Saunders dan beberapa lagi untuk anjing-anjing milik aktres tersebut.

Buktinya, Saunders pernah memuat naik gambar bersama anjing-anjingnya dengan yang sama.


Koreaboo

Tapi, siapa Katy Louise Saunders?

Dia dilahirkan oleh bapa yang berwarganegara British dan ibu daripada Columbia di London, England, pada 21 Julai 1984, menjadikannya usia 38 tahun iaitu hanya setahun lebih tua daripada Song Joong Ki.

Oleh kerana profesion bapanya, yang memerlukan keluarga untuk berpindah, dia dibesarkan di antara London dan Itali. Jadi, dia belajar di sebuah sekolah Inggeris di Rom sebelum mendapat ijazah sarjana muda dalam pentadbiran perniagaan daripada Universiti Bocconi di Milan.

Saunders membuat debut sebagai pelakon dalam filem drama romantik Itali 2002, Un viaggio chiamato amore (dilancarkan di peringkat antarabangsa sebagai A Journey Called Love or A Scandalous Journey),

Drama yang diarahkan Michele Placido dihasilkan berdasarkan kisah benar tentang hubungan yang cukup menyekakan antara penulis Sibilla Aleramo dan penyair Dino Campana. Dia melakonkan watak Laura Morante, versi Sibilla Aleramo yang lebih muda.

Saunders kemudian telah muncul dalam beberapa filem dan televisyen, yang mana kebanyakannya adalah bahasa Itali. Pada tahun 2013, dia telah membawakan watak Gina dalam filem Third Person pada 2013, yang dibintangi Liam Neeson, Mila Kunis dan Olivia Wilde.

Saat ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana Song Joong Ki dan Saunders bertemu sedangkan mereka tidak pernah bekerjasama dalam mana-mana projek drama atau filem.


Koreaboo

Ya, itu memang menjadi persoalan yang utama, apatah lagi Saunders dilaporkan agak kurang aktif berlakon, lebih-lebih lagi selepas menjadi guru bahasa Itali ketika ini.

Malah, dia sendiri memang jarang aktif di media sosialnya. Dan hal ini cukup berbeza dengan Song Joong Ki! 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orangbiasaje 28-12-2022 05:35 PM
"guru bahasa Itali" . Nah, terjawab sudah macam mana diorg bertemu. Kan Song Joong Ki belajar bahasa Itali untuk Vincenzo.
Quote gideoncross 28-12-2022 06:36 PM
orangbiasaje replied at 28-12-2022 05:35 PM
"guru bahasa Itali" . Nah, terjawab sudah macam mana diorg bertemu. Kan Song Joong Ki belajar bahasa ...

Pminat luar dh wish yg trbaik utk dorg, hopefully fans dri SKorea x melebih2, esp Sasaeng.
Quote orangbiasaje 28-12-2022 08:54 PM
gideoncross replied at 28-12-2022 06:36 PM
Pminat luar dh wish yg trbaik utk dorg, hopefully fans dri SKorea x melebih2, esp Sasaeng.

Tu la kadang. Dgr gak yang peminat2 kpop boleh sampai boikot artis yg diorg suka kalau dating atau kawen. Retis pun manusia gak, nak rasa ada family.
Quote sailormars 28-12-2022 09:10 PM
tahniah vincenzo...
Quote gideoncross 28-12-2022 10:36 PM
orangbiasaje replied at 28-12-2022 08:54 PM
Tu la kadang. Dgr gak yang peminat2 kpop boleh sampai boikot artis yg diorg suka kalau dating atau ...

Pling seram klau psl Sasaeng.
Quote Whatsofunnyth 29-12-2022 11:59 AM
Tk faham la nape byk yg ckp kesian dgn SHK..

Dorang pun dh lama divorce, dorang divorce pun bukan sbb ada 3rd person kan. tkkan la SJK ni nk single teross. Peminat song-song couple kena cepat2 moveon
Quote shoyuna 29-12-2022 11:51 PM
Ai dulu suka je couple song-song.
Lega sangat sjk dah move on. Bukan sebab ai fans sjk. Tapi dah bosan fans song-song still nak kaitkan deols ni. Hairan kenapa fans masih tak move on. Klu follow pasal divorce deols ni rasa impossible nak reconcile pun.

So ai hope shkpun jumpa pengganti cepat2. Cannot imagine klu shk yang dapat pengganti dulu. Mesti lagi banyak hencapan dari haters.

Quote jiwakacau06 30-12-2022 09:27 AM
shoyuna replied at 29-12-2022 11:51 PM
Ai dulu suka je couple song-song.
Lega sangat sjk dah move on. Bukan sebab ai fans sjk. Tapi dah bo ...

mlysia kita ada fan jahlop vs fattzura...dHollywood ada fan selena vs hailey bieber...korea fans songsong.... ntah2 smpai ajm pn xleh move on
Quote monamogai 30-12-2022 05:52 PM
Beribu ribu taniaaahh sjk
Quote borrow 1-1-2023 10:04 PM
aww ticer dgn student. Sesama dh dewasa oklah   Congratz.
Quote iolss 5-1-2023 12:49 PM
semoga shk jumpa mr right dia plak lps ni.. she deserve to be happy jugak.. raut muka dia looks soo gloomy n sad.
Quote cloud_jade 5-1-2023 04:36 PM
Song song divorce ni yg kena teruk shk. Dikata lebihkan mak, tak nak anak, lebihkan kerjaya. Sjk elok je mendunia.
Quote delia3003 5-1-2023 08:57 PM
Biracial ke girlfriend dia ni? Dah tua jugak, baya2 dia. Biasa umur2 SJK ni cari gf 20-an.
Quote LauraRichis 6-1-2023 05:00 PM
jul ripin versi korea

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062071 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top