CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Didakwa Jadi Punca Kematian, Bekas Kekasih Aktres Gantung Diri Di Lokasi Penggambaran Ditahan

27-12-2022 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2032| Komen: 4

Description: Berita kematian pelakon Tunisha Sharma yang ditemui tidak bernyawa selepas menggantung diri di lokasi penggambaran terus menjadi perhatian.
Berita kematian pelakon Tunisha Sharma yang ditemui tidak bernyawa selepas menggantung diri di lokasi penggambaran terus menjadi perhatian.

Terkini media tempatan melaporkan pihak berkuasa menahan bekas kekasihnya, Sheezan Khan kerana didakwa menjadi penyebab kepada kematian wanita berusia 20 tahun itu.



Hindustan Times

Dakwaan tersebut datang dari ibu Tunisha yang mengatakan pelakon berusia 27 tahun itu menjadi ‘pendorong’ anaknya mengambil nyawa sendiri di lokasi penggambaran Ali Baba: Dastaan-e-Kabul pada Sabtu kerana kemurungan selepas mereka putus cinta.

“Ibunya mendakwa Sheezan melakukan provokasi terhadap Tunisha untuk melakukan aksi bunuh diri.

“Mereka bercinta, namun Sheezan tidak mahu berkahwin dengannya. Mereka berpisah pada November lalu dan situasi tersebut membuat Tunisha kemurungan.

“Namun mereka masih profesional dan meneruskan kerja bersama di set penggambaran sama.

“Jadi setakat ini kami menyiasat Sheezan dan akan membawanya ke mahkamah,” ujar wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan Hindustantimes.com.

Sheezan kini ditahan selama empat hari oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Pihak berkuasa juga menafikan desas-desus jika pelakon muda itu hamil, seperti yang dipersoalkan media tempatan.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 27-12-2022 09:35 PM
Edited by intan244 at 27-12-2022 09:38 PM

**deleted**
Quote Cokoro 28-12-2022 08:54 AM
Hmmmm. Muda lagi
Quote KamikuP 28-12-2022 09:22 AM
Sapa ni noks tak kenal meolss
Quote marchikobonzo 30-12-2022 11:13 AM
Kesiannya, muda lagi

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048916 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top