CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lambakan Telur Premium- Orang Tak Minat Telur Kayangan, Mahal Sangat Nak Beli!

6-12-2022 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3669| Komen: 51

Description: Kuala Lumpur: Lambakan bekalan telur premium di pasaran ketika ini berbanding telur gred biasa adalah disebabkan telur jenis itu tidak mendapat permintaan utama pengguna.
Kuala Lumpur: Lambakan bekalan telur premium di pasaran ketika ini berbanding telur gred biasa adalah disebabkan telur jenis itu tidak mendapat permintaan utama pengguna.


Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Selangor Mohd Khairi Jamaludin berkata, bekalan telur negeri itu meliputi pelbagai gred seperti A, B, dan C termasuk jenis premium yang mempunyai nilai tambah.

Menurutnya, bekalan telur gred A, B dan C yang juga item di bawah penentuan harga maksimum atau kawalan harga memerlukan pemantauan rapi dari KPDNKSH.


Foto: Harian Metro

"Ini kerana permintaan telur spesifikasi itu mendapat perhatian dan permintaan tinggi dari pengguna.

"Berbeza dengan permintaan bekalan telur gred yang tidak dikawal (ada nilai tambah) yang tidak mendapat permintaan utama pengguna," katanya.

Telur kayangan mahal sangat nak beli!

Lambakan telur ayam 'kayangan' atau telur ayam omega di sekitar Selangor dan ibu kota tidak membantu mengatasi masalah kekurangan bekalan telur di pasaran kerana harganya lebih mahal berbanding telur gred biasa.

Tinjauan Harian Metro di beberapa premis dan pasar raya mendapati bekalan telur ayam omega masih banyak di rak jualan manakala telur biasa sudah kehabisan bekalan terutama selepas jam 11 pagi.

Difahamkan, orang ramai terutama golongan B40 lebih memilih telur biasa kerana harganya lebih murah berbanding telur ayam omega.

Harga sepapan atau 30 biji telur ayam untuk gred A, B , C dan D bermula antara RM18 hingga RM12, manakala telur ayam omega antara RM7.99 sehingga RM9.50 mengikut saiz untuk 10 biji di beberapa premis.

Pembantu kedai di Selayang yang hanya mahu dikenali sebagai Yana, 42, berkata, hidangan telur ayam dianggap lauk harian keluarganya terutama untuk berjimat pada tengah bulan.

Menurutnya, biarpun bekalan telur ayam omega masih banyak di pasaran, namun dia memilih untuk tidak membelinya kerana harga telur itu baginya sangat mahal berbanding telur biasa.

"Masalah bekalan telur sudah berlaku sejak dua hingga tiga bulan lalu dan bulan ini lebih sukar nak dapatkan bekalan itu yang banyak dijual telur ayam omega.

"Kalau telur biasa gred C saya boleh dapat 30 biji pada harga RM13 tetapi telur ayam omega satu pek hanya ada 10 biji sudah hampir RM10 memang membuatkan saya tidak mampu," katanya.

Yana berkata, dia berharap kerajaan dapat mencari mekanisme baharu untuk bekalan telur ayam kerana ia adalah keperluan penting.

"Bila bekalan tiada memang susah terutama untuk golongan kurang berkemampuan tetapi saya kalau tiada bekalan telur memang tidak akan beli telur ayam omega walaupun hanya tinggal telur itu saja di pasaran," katanya.

Kakitangan swasta, Azrin, 35, berkata, dia baharu membeli telur ayam gred C, baru-baru ini di ibu kota berharga RM15 sepapan.

"Ketika saya pergi pasar raya itu tiada telur gred A dan B, hanya ada gred C saja itu pun sudah tak banyak tinggal dalam 10 papan saja. Tapi saya lihat telur ayam omega masih banyak di rak.

"Harga satu pek telur omega RM9.50 dan bagi saya tak berbaloi untuk saya beli kerana mahal sangat harganya.

"Biasanya selepas jam 11 pagi telur memang sudah habis sebab saya pernah datang pasar raya jam 10 pagi telur banyak lagi, tetapi kenalan pergi selepas itu telur sudah habis," katanya.

Peniaga kedai makan, Mohd Luas Abdul Rahman, 46, berkata, dia yang tinggal di Jinjang terpaksa mencari bekalan telur di Selayang kerana premis di tempatnya sudah kehabisan bekalan telur.

Katanya, dia memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat papan telur sehari dan kini tiada bekalan telur sejak seminggu lalu.

"Saya pernah beli telur ayam omega sebab tiada telur ayam biasa, tetapi tak sanggup nak beli lagi untuk berniaga sebab mahal sangat dan tidak berbaloi.

"Untuk kegunaan di rumah juga saya pakai telur biasa juga. Kalau di pasaran saya dah tak kisah gred apa beli saja kalau ada kecuali telur ayam omega tetapi sekarang telur memang tak ada," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote testly 6-12-2022 01:12 PM
Awat aku pi beli kat supermarket xdak pun omega ke apa .kosong raknya. Aku lg suka beli yg omega semua ni sbb gred bgs n elok bersih telur dia..dr yg 30biji tu...
Quote Thunderclouds 6-12-2022 01:19 PM
Aku pejam mata ja beli telur omega tu. Sorg ja mkn lauk telur dlm umh ni n dia xmkn lauk lain selain telur. Telur omega ni sentiasa ada. Time riuh 'tadak' telur hr tuh aku aman2 ja. Tp utk org berniaga mmg naya la. Xblk modal.
Quote ina_na 6-12-2022 01:35 PM
Telur omega pun x de...telur masin pun X de.. ape daaa.. ckp je dekah2..
Quote shernazz 6-12-2022 01:41 PM
Iols gi kelmarin kat hero.ado telur..fresh
Harga takde naik pung
Cuma..stok nya sikit je..tak penuh satu rak.mcm.biasa lah..naseb2 je yang dpt beli..

Kawan iols niaga kek...terpaksa guna telur omega..
Kayangan sungguh la..haha...tp.nak buat mcmana..dia.ckp.orang dah order..terima.jelah
Quote mejaputih 6-12-2022 01:41 PM
semua telur takde, yg omega pun takde...telur ayam kampung je ada...
Quote vespa_oren 6-12-2022 01:56 PM
tempat aku telur masih ada semua gred
cuma harga naik sikitlah berbanding sblm ini
Quote krustykrab 6-12-2022 02:01 PM
Korg yg tinggal kt area berdekatan kompleks muhibbah kg pandan tu pi cari kt kedai borong telur depan kompleks tu....byk je
Quote talapia 6-12-2022 02:05 PM
ya ka melambak? Biasa2 je aku tgk.. aku biasa beli yg pack 15 biji tu.. yg omega ka.. yg jumbo ka.. slalu beli yg camtu.. x suka beli yg papan 30 tu.. susah nk simpan.. banyak sangat x abis pon ye.. takat makan sendiri anak beranak.. ok la lagi telur2 camni.. aku suka telur2 pack camni sebab kulit dia lebih tebal.. susah nk crack. klau telur2 murah tu.. ya ampun kulit nipis.. ketuk sikit habis pecah semua. Kalau yg pack2 ni.. ketuk sikit.. n kena kopak sikit baru keluar telurnya .. cantik kuningnya bulat2 x pecah.
Quote ninja boy 6-12-2022 02:13 PM
Pelahap korang anak beranak telur beli sepapan itu utk seminggu kah melainkan telur masak sambal masak kari masak lemak campur tauhu soohon tempe kentang yg lagi murah itu
Quote sangbara2020 6-12-2022 02:17 PM
kat kg aku byk telur...
mak aku kat kg nun xkesah pun...dia xtau pun psl mnde nih
dia pun xmkn tulur...so do i care kekdahnya...
aku balik kg ritu borong jugala 2 rack 30s tu...kohkoh
Quote namieamuro 6-12-2022 02:19 PM
bab telur ni plg kesian kt geng bakers. serba serbi mahal bahan2.
Quote sukacactus 6-12-2022 03:31 PM
Jenis mkn sdr mmg la xberkira nak beli telur jenis ni
Kalau yg meniaga tu la kesian
Quote bulalof 6-12-2022 04:03 PM
tu baru tulur. byk lagi harga barangan yg perlu di nilai dan uga barangan yg perlu di car di mana kena sorok.
Quote asudau 6-12-2022 04:08 PM
telur premium pun..ada dalam 10 biji tu mesti ada satu dua biji yang dah busuk
Quote snowflakes 6-12-2022 04:29 PM
Bela la ayam sorang 3 ekor... boleh cover keperluan telur tu
Quote mizruncing 6-12-2022 04:34 PM
aku tak kisah premium ke ape janji ada telur
Quote naina 6-12-2022 04:36 PM
Gile ya zaman sekarang. Telur dan ayam yang paling basic dan mampu pun sekarang jadi tak mampu dah. Ayam seekor dekat rm20 apa jadah lahh. Korang mahal2 nak pergi mana. Takda konsep kebajikan langsung. Cekik selagi boleh. Ada kpdnk pun mampu tengok jelah tak mampu turunkan harga ke, tangkap kartel ke..wayang je lebey
Quote TulenBang 6-12-2022 04:52 PM
Giant batu caves slalu ada hari rabu or khames. kene rajin jenguk but sebelum kul 12 tengahari dh habes licin sampai ke lantai.. yg premium pun takdok.. yg puyuh dgn telur masin je nampak berlambak2
Quote Kurex 6-12-2022 04:57 PM
Ritu kata telur dah murah

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.059687 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top