CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ia Bukan Kemenangan Sebuah Perjuangan, Namun Permulaan Pelbagai Cabaran,"-Zahid Hamidi

3-12-2022 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 498| Komen: 2

Description: PUTRAJAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) merupakan satu permulaan dalam menghadapi pelbagai ...
PUTRAJAYA – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) merupakan satu permulaan dalam menghadapi pelbagai cabaran sebaik sahaja diberi amanah untuk memegang jawatan berkenaan.


“Ia bukan kemenangan sebuah perjuangan, namun adalah satu permulaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan tiba sebaik sahaja diberi amanah memegang jawatan ini.

“Terima kasih atas doa tidak henti dan sokongan begitu ikhlas daripada semua. Moga Allah akan membalasnya,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter tadi.


Foto: Kosmo

Terdahulu, Ahmad Zahid berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan beliau bersama keluarga serta Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengikuti pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung lantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

“Mengikuti pengumuman Kabinet Malaysia oleh Perdana Menteri bersama keluarga tercinta, sahabat dan saf kepimpinan tertinggi parti di Yayasan Al Falah Country Height semalam.

“Tiada kata selain ucapan penuh syukur ke hadrat Allah Maha Esa atas takdir ini,” jelasnya.

Selain memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi Kerajaan Perpaduan yang turut menyaksikan sebanyak 28 kementerian diwujudkan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote lightheaded67 3-12-2022 12:50 PM
ape acikwak ckp ni, pantun tidak sajak pon bukan. watevah
hidop acikmatsabu
Quote Buritan 3-12-2022 11:25 AM
Emmm.. mana mana la wak oii.. yg penting nobody trust u

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.100498 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top