CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikus Gergasi Berpesta Di Kawasan Rumah Flat, Nak Keluar Rumah Pun Takut

3-12-2022 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1132| Komen: 3

Description: Ibarat mimpi ngeri, seorang penduduk terkejut melihat tikus gergasi keluar dari tong sampah di pangsapurinya.
Ibarat mimpi ngeri, seorang penduduk terkejut melihat tikus gergasi keluar dari tong sampah di pangsapurinya.

John Rough yang berusia 40 tahun berkata, tempat tinggalnya itu di Scotstoun di Glasgow, Scotland itu sememangnya dipenuhi dengan tikus.


Namun katanya, tiada pihak yang mengambil tindakan bagi menangani masalah itu.


Foto: The Sun

Dakwanya, pihak berkuasa tempatan enggan membuat kawalan haiwan perosak di stesen kereta api berdekatan yang dikatakan menjadikan sarang tikus tersebut.

"Tikus ini boleh gigit plastik tong sampah itu untuk buat lubang dan mereka boleh masuk dan keluar tong sampah sesuka hati.


"Dalam tong sampah tu ibarat 'syurga' buat haiwan-haiwan ni.

"Kami risau sebab tikus-tikus ni boleh bawa banyak penyakit sehingga kami pun dah takut untuk keluar berjalan-jalan di kawasan rumah," kata John.

Menurut John, tikus itu terlampau banyak sehingga dia menggelarkan tempat tinggal mereka sebagai 'bandar tikus'.

"Sebelum pandemik Covid-19 lagi dah terjadi isu ni.

"Tapi lepas perintah berkurung untuk kawal penularan wabak, isu tikus ini semakin menjadi-jadi.

"Tempat ni dah macam tikus tu 'berkuasa'," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar/ The Sun

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 3-12-2022 12:39 PM
kalau vietnam duduk flat tu rasanya licin tikus tu
Quote Decaffeinated 3-12-2022 02:33 PM
Motif sampai ke Scotland nak cari cerita tikus. Whatever happens to lorong haji taib.
Quote krustykrab 3-12-2022 02:41 PM
CiliPadiSedap replied at 3-12-2022 12:39 PM
kalau vietnam duduk flat tu rasanya licin tikus tu

Boleh buat biz tu..tangksp & ekspot ke vietnam, china

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.202892 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top