CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Aaron Aziz Trauma Kemalangan Tapi Semakin Pulih, Dah Boleh Kerja

2-12-2022 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1352| Komen: 6

Description: Isteri Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik, 40, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya hingga dirawat di sebuah hospital di sini, Rabu lalu, dilaporkan pulih.Berkongsi berita gembira itu, Aar ...
Isteri Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik, 40, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya hingga dirawat di sebuah hospital di sini, Rabu lalu, dilaporkan pulih.

Berkongsi berita gembira itu, Aaron, 46, lega dan bersyukur kerana isteri tersayang tidak mengalami kecederaan serius dan sudah kembali bekerja.


Foto: IG

"Alhamdulillah, Diyana semakin pulih. Dia sudah pun kembali bekerja selepas dua hari berehat di rumah.

"Tidak dinafikan selepas kemalangan, Diyana trauma. Tetapi selepas melakukan ujian X-Ray dan mendapati tiada kecederaan serius, barulah dia lega," katanya kepada BH Online.

Kelmarin, menerusi hantaran di Instagram (IG), Aaron yang meraih trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 dan 2013 ini berkongsi rasa cemas apabila mendapat berita Diyana yang juga pengurus peribadinya, terbabit dalam kemalangan.




Melalui entri itu, pelakon drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa itu memberitahu kenderaan jenis MPV dinaiki Diyana remuk pada bahagian belakang selepas dilanggar.

Susulan kejadian itu, Diyana menerima rawatan pesakit luar di sebuah pusat perubatan di ibu negara dan dinasihatkan berehat di rumah.

Aaron dan Diyana mendirikan rumah tangga pada 2003. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.-CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 3-12-2022 11:09 AM
yelah kesah plak org sal bini ko
Quote shernazz 3-12-2022 11:13 AM
Takpe lah..
Janji semua okay saja...
Hoho..
Quote virgocircus 3-12-2022 11:30 AM
Bertabahlah. Semoga baik2 aja
Quote slyfynx 3-12-2022 11:41 AM
Kene hit dr blkg, tp cerita macam kete terbabas langgar tiang letrik dan tiang tu jatuh hempap kereta lain dan menyebabkan kereta tu terbabas ke arah trafik bertentangan dan menghentam sebuat lagi pacuan empat roda dan pacuan empat roda tu pula terjatuh ke dalam parit.
Quote mehmet 3-12-2022 01:16 PM
Kenapa Tak upah driver buat Bini kesayangan.
Quote LadyCarefree 3-12-2022 02:54 PM
slyfynx replied at 3-12-2022 10:41 AM
Kene hit dr blkg, tp cerita macam kete terbabas langgar tiang letrik dan tiang tu jatuh hempap keret ...

hahahaah lepas tu masuk sepital kerajaan wad3 toilet berlumut makanan basi nurses xlayan.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.051327 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top