View: 969|Reply: 6
|
Isteri Aaron Aziz Trauma Kemalangan Tapi Semakin Pulih, Dah Boleh Kerja
[Copy link]
|
|
Isteri Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik, 40, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya hingga dirawat di sebuah hospital di sini, Rabu lalu, dilaporkan pulih.
Berkongsi berita gembira itu, Aaron, 46, lega dan bersyukur kerana isteri tersayang tidak mengalami kecederaan serius dan sudah kembali bekerja.
Foto: IG
"Alhamdulillah, Diyana semakin pulih. Dia sudah pun kembali bekerja selepas dua hari berehat di rumah.
"Tidak dinafikan selepas kemalangan, Diyana trauma. Tetapi selepas melakukan ujian X-Ray dan mendapati tiada kecederaan serius, barulah dia lega," katanya kepada BH Online.
Kelmarin, menerusi hantaran di Instagram (IG), Aaron yang meraih trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011 dan 2013 ini berkongsi rasa cemas apabila mendapat berita Diyana yang juga pengurus peribadinya, terbabit dalam kemalangan.
Melalui entri itu, pelakon drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa itu memberitahu kenderaan jenis MPV dinaiki Diyana remuk pada bahagian belakang selepas dilanggar.
Susulan kejadian itu, Diyana menerima rawatan pesakit luar di sebuah pusat perubatan di ibu negara dan dinasihatkan berehat di rumah.
Aaron dan Diyana mendirikan rumah tangga pada 2003. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.-CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
yelah kesah plak org sal bini ko |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe lah..
Janji semua okay saja...
Hoho.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bertabahlah. Semoga baik2 aja |
|
|
|
|
|
|
|
Kene hit dr blkg, tp cerita macam kete terbabas langgar tiang letrik dan tiang tu jatuh hempap kereta lain dan menyebabkan kereta tu terbabas ke arah trafik bertentangan dan menghentam sebuat lagi pacuan empat roda dan pacuan empat roda tu pula terjatuh ke dalam parit. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Tak upah driver buat Bini kesayangan. |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 3-12-2022 10:41 AM
Kene hit dr blkg, tp cerita macam kete terbabas langgar tiang letrik dan tiang tu jatuh hempap keret ...
hahahaah lepas tu masuk sepital kerajaan wad3 toilet berlumut makanan basi nurses xlayan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|